Category Archives: cinta

menjadi pencinta

 

“Janganlah menjadi pencinta kecuali pencinta Allah, sebab Allah menginginimu untuk kebaikan dirimu, sementara yang lain menginginimu untuk kebaikan dirinya.”

[Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a.]

Leave a comment

Filed under cinta, peringatan

cinta

“Sungguh aneh orang yang menganggap cinta… dan merasakan perlu kepada yang dicintainya, namun ia tidak menyebutnya kecuali dengan sekali sebutan sahaja. Paling tidak, seseorang yang berada dalam cinta… tidak lupa untuk mengingati orang yang dicintainya.”

~ibnul Qayyim~

1 Comment

Filed under cinta, peringatan, rkukaudya

flee… to YOU

 

bila cinta ada di dalam jiwa
wangi bunga dunia tanpa nestapa
sgala yang dirasa hanyalah  ‘dia’
hatikan memuja hanya pada ‘nya’

rindu… rindu kalbu

memanggil-mangil nama ‘mu’

bagai terbang di langitMu

seperti terbang di langit ‘mu’

tenggelam di lautan cintaMu

tenggelam di lautan cinta ‘mu’

bertabur kalbu yang rindu
melebur menjadi satu

ketika cinta memanggil

‘rindu… rindu.. rindu…’

 

Leave a comment

Filed under melodi cinta, rkukaudya

ALLAH ya Nur…

dalam hitam kelam malam
dalam sepi rindu padaMu
ya Allah… ya Allah…

suara rintih dalam dada
dahaganya hati tanpaMu
ya Allah… ya Allah…

karna jiwa yang meronta
hampa segala tanpa cahayaMu

Ya Allah Ya Rohman
Ya Allah Ya Rohim
Subhanallah wabihamdihi
Subhanallah hil adzim

Ya Allah Ya Rohman
Ya Allah Ya Rohim
Subhanallah wabihamdihi
Subhanallah hil adzim

dalam lelah dalam resah
dalam bimbang hilang arah
ku zikrullah…
kerna jiwa yang meronta
hampa segala tanpa cahayaMu

Allah ya Nurul (…)
Allah ya Nurul Mukminin
Allah ya Nurul Adzim
Allah Allah Ya Nur…

~opick/ Allah ya Nur~

sub7anallah wa bi7amdih, sub7anallahil-3adzim…
sub7anallah wa bi7amdih, sub7anallahil-3adzim…
sub7anallah wa bi7amdih, sub7anallahil-3adzim…..

Leave a comment

Filed under melodi cinta

dia

PERSAHABATAN
khalil gibran

Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.

Dan dia menjawab:

Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.

Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.

Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.

Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.

Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita; Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan. Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.

Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu. Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu? Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu! Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.

Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan.. Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

sumber: http://puisisurga.wordpress.com/khalil-gibran/khalil-gibran-4/

::rkukaudya::

kutujukan puisi ini teruntuk dia yang kucintai. dialah saudara. dialah sahabat. dialah bintang2 di malam yang gelap. dialah pelangi di renyai hujan panas. dialah petir kilat di kala hujan lebat. dialah fajar pagi di awal hari yang nyaman. dialah burung yang berterbangan ria di dada langit nan luas. dialah bunga yang mekar di jambangan. dialah… dialah…

1 Comment

Filed under cinta

damai

Kepekatan Malam Dihiasi Rembulan
Siang Pula Datang Bersama Sinaran Mentari
Dalam Resahnya Hati Ini
ku Turutkan Langkah Kaki
Tak Terasa ku Lalui
Jalan yang Berliku-liku

ku Jatuhkan Pandangan
ku Lihat Jurang Dalam
Penuh dengan Onak Duri
yang Amat Mengerikan

Kudongakkan Kepala
Kulihat Langit Tinggi
Terbentang Luas Tiada Bertepi

CahayaMu Indah Menyinari Hidupku Ini
KasihMu Tambah Memupuk Iman di Jiwaku
Dengan CahayaMu Terang Pelita di Hatiku
SyiarMu (indah)  Membuat musuhMu Terpaku

KalamMu Indah Terdengar Merdu di Telinga
MehnahMu itu Mengajar Menyedarkanku
KasihMu oh  Tuhan Membuat Hatiku Merindu
Kurasa Indah Di Dalam RohmatMu

-damai nan indah : hijjaz-

 

Leave a comment

Filed under rkukaudya's songs

chinta

kisah ‘chinta’, sememangnye sarat dengan kesah cinta. cinta yang pelbagai. pelbagai sebab, pelbagai makna, pelbagai warna.

masa mula2 drama ni keluar di tv3, rasa ingin nonton terdetik, kerna aku tengok ade unsur2 islami dalam drama tu…(he.yok-yo-ooo je aku ni, unsur islami…em ) tapi setelah beberapa minit nonton… jadi terbantut kerna ade babak2 yang terasa ‘xbest’ (bagi aku la). so pastu da xpenah amek kesah pun dengan kesah tu. tapi syukur… di beberapa episod akher, DIA gerakkan hati aku tuk menontonnya kembali. em… mungkin ade yang geleng kepala.he. yela, ade plak syukur sebab DIA gerakkan hati tengok drama melayu yang terkenal dengan…em…paham2 je la. tapi betul, aku rasa syukur sebab tergerak tuk tengok. di 2-3 episod terakher kisah ‘chinta’ tu… aku pelajari banyak perkara. hati rasa ditegur Tuhan. Allah…

#  jangan tertipu dengan diri sendiri. di saat kita merasa tidak berbuat dosa2 besar… kita masih orang yang berdosa dengan dosa2 kecil. dan dosa kecil itu, apabila berterusan bisa menjadi besar kiraannya. dengan itu… tiada ruang sebenarnya untuk kita mencerca seseorang yang kita lihat pernah melakukan dosa besar, seandainya  dia telah bertaubat.

# menghina seorang hamba yang telah bertaubat itu satu penganiayaan. dan doa hamba yang teraniaya itu amat maqbul, sekalipun dulu dia seorang yang pernah melakukan dosa besar. kerna setelah dia bertaubat, dia menjadi hamba-NYA yang dicintai-NYA. kerna ALLAH cinta dan sangat dekat kepada hamba-NYA yang bertaubat.

# ke syurga atau ke neraka, bukan urusan kita. maksudku, bukan dalam ilmu kita untuk menuduh orang itu ke neraka, menentukan orang itu ke syurga. syurga itu milik ALLAH, neraka juga milik ALLAH. semuanya dengan rohmat dan keadilan-NYA.

dan yang paling utama… tentang taubatnya hamba yang berdosa… hamba yang telah melakukan dosa itu, saat dia sedar dosa2nya, saat dia kembali dipandu Tuhannya pada cahaya-NYA… taubatnya lebih terasa menyentuh jiwa. taubatnya lebih bersungguh dan menyentuh hati. seperti taubatnya ‘chinta’…

kesah chinta tu da tamat episodnya hari ini petang tadi.

ya Allah… terima kaseh untuk pengajaran yang KAU berikan untukku hari ini. smoga aku slalu mengkoreksi diri, berusaha tidak menyinggung manusia lain samada dengan kata2 atau perlakuan, smoga aku slalu berusaha menjadi hamba-MU yang bersyukur… dan menikmati setiap apa jua pemberian-MU dengan tenang dan bahagia.

1 Comment

Filed under catatan rkukaudya, cinta

Setelah Ku Dipaling

 
Hampir aku hanyut kerana rindu
Pada harta yang pasti reput
Dan lenyap di sini
Hampir aku lupa pada yang Kekal
Kejahilan menyelubungi jiwaku

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu

Yang hanya ku idam
Di dalam pandanganMu
Bersama mereka terdahulu

Sungguh aku cari cahaya itu
Untuk menyuluh kelam ini
Setelah ku dipaling
Sungguh aku hina menagih secebis
KeampunanMu setelah aku malu

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu
Yang hanya ku pinta
Harapan keampunan
Hati ini telah ku lukai

Sebaiknya manusia Kau ciptakan
Hinanya angkara diri sendiri
Sedegup jantung terleka
Dibuai arus dunia
Selangkah kau menghampiri kehancuran

Sungguh aku cari
Cahaya itu
Untuk menyuluh
Setelah ku dipaling

Rast – Setelah Ku Dipaling

Leave a comment

Filed under rkukaudya's songs

jangan menyerah…

 

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal putus asa

-d’masive-jangan menyerah-

p/s : jangan menyerah… lum saatnya menyerah…

Leave a comment

Filed under catatan rkukaudya, rkukaudya's songs