chinta

kisah ‘chinta’, sememangnye sarat dengan kesah cinta. cinta yang pelbagai. pelbagai sebab, pelbagai makna, pelbagai warna.

masa mula2 drama ni keluar di tv3, rasa ingin nonton terdetik, kerna aku tengok ade unsur2 islami dalam drama tu…(he.yok-yo-ooo je aku ni, unsur islami…em ) tapi setelah beberapa minit nonton… jadi terbantut kerna ade babak2 yang terasa ‘xbest’ (bagi aku la). so pastu da xpenah amek kesah pun dengan kesah tu. tapi syukur… di beberapa episod akher, DIA gerakkan hati aku tuk menontonnya kembali. em… mungkin ade yang geleng kepala.he. yela, ade plak syukur sebab DIA gerakkan hati tengok drama melayu yang terkenal dengan…em…paham2 je la. tapi betul, aku rasa syukur sebab tergerak tuk tengok. di 2-3 episod terakher kisah ‘chinta’ tu… aku pelajari banyak perkara. hati rasa ditegur Tuhan. Allah…

#  jangan tertipu dengan diri sendiri. di saat kita merasa tidak berbuat dosa2 besar… kita masih orang yang berdosa dengan dosa2 kecil. dan dosa kecil itu, apabila berterusan bisa menjadi besar kiraannya. dengan itu… tiada ruang sebenarnya untuk kita mencerca seseorang yang kita lihat pernah melakukan dosa besar, seandainya  dia telah bertaubat.

# menghina seorang hamba yang telah bertaubat itu satu penganiayaan. dan doa hamba yang teraniaya itu amat maqbul, sekalipun dulu dia seorang yang pernah melakukan dosa besar. kerna setelah dia bertaubat, dia menjadi hamba-NYA yang dicintai-NYA. kerna ALLAH cinta dan sangat dekat kepada hamba-NYA yang bertaubat.

# ke syurga atau ke neraka, bukan urusan kita. maksudku, bukan dalam ilmu kita untuk menuduh orang itu ke neraka, menentukan orang itu ke syurga. syurga itu milik ALLAH, neraka juga milik ALLAH. semuanya dengan rohmat dan keadilan-NYA.

dan yang paling utama… tentang taubatnya hamba yang berdosa… hamba yang telah melakukan dosa itu, saat dia sedar dosa2nya, saat dia kembali dipandu Tuhannya pada cahaya-NYA… taubatnya lebih terasa menyentuh jiwa. taubatnya lebih bersungguh dan menyentuh hati. seperti taubatnya ‘chinta’…

kesah chinta tu da tamat episodnya hari ini petang tadi.

ya Allah… terima kaseh untuk pengajaran yang KAU berikan untukku hari ini. smoga aku slalu mengkoreksi diri, berusaha tidak menyinggung manusia lain samada dengan kata2 atau perlakuan, smoga aku slalu berusaha menjadi hamba-MU yang bersyukur… dan menikmati setiap apa jua pemberian-MU dengan tenang dan bahagia.

1 Comment

Filed under catatan rkukaudya, cinta

One response to “chinta

  1. afiqahabuhashim

    Assalamualaikum.
    Saya ikut juga ceritanya sis. Memang mula2 sakit hati juga. Agak poyo2 pun ada ceritanya.
    Tapi saya mesti terlepas episod akhir. Nur Kasih pun camtu. Hehe~
    Tapi memang benar kesimpulan sis. Amat saya hargai. Moga Allah sentiasa bukakan mata hati kita.

    Selamat berhujung minggu sis dya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s