Monthly Archives: April 2007

tentang cintaku pada-MU

Tuhan, seringkali aku mengucapkan yang aku cinta pada-MU. Aku terlalu dahagakan cinta-MU. Aku terlalu mendambakan terlalu ingin merasakan manis, asyik dan mabuk dalam cinta dan rindu kepada-MU. Seringkali juga, kulafazkan pada teman2 yang rapat dan yang turut sama menginginkan cinta-MU tentang perkara itu. Tetapi…cukupkah begitu? Cukupkah sekadar melafazkan yang aku terlalu inginkan perasaan cinta pada-MU dan terlalu butuhkan cinta-MU padaku lalu aku sudah mendapatkannya? Semudah itukah? Dengan diri yang terlalu lemah, mampukah? Dengan diri yang terlalu hina, layakkah? Apakah yang perlu kuperbuat ya ILAHY?

“ Katakanlah, ‘ Hai hamba2-KU yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya ALLAH mengampuni dosa2 semuanya. Sesungguhnya DIAlah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepada-NYA, sebelum datang ‘azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong lagi. Dan ikutilah sebaik2 apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sebelum datang ‘azab kepadamu dengan tiba2, sedang kamu tidak menyadarinya.” (Az-Zumar: 53-55)

“ Tidakkah mereka mengetahui bahawasanya ALLAH menerima taubat dari hamba2-NYA dan menerima zakat. Dan ALLAH sesungguhnya DIA Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. “ (At-Taubah: 104)

“ Supaya jangan ada yang mengatakan , ‘kalau sekiranya ALLAH memberi petunjuk kepadaku, tentulah aku termasuk orang yang bertaqwa’. Atau supaya jangan ada yang berkata ketika melihat ‘azab, ‘kalaulah sekiranya aku dapat kembali ( ke dunia ), nescaya aku akan termasuk orang2 yang berbuat baik.” (Az-Zumar: 57-58)

Ya ILAHY…bila mengingat kembali semua perlakuanku sepanjang usia yang telah KAU pinjamkan ini…terlalu banyak dosa yang terpundak di bahu ini ya ILAHY…terlalu banyak kehinaan yang aku salutkan pada tubuh ini…hati ini terlalu karat dan hitam. Buat aku ketakutan. Buat aku keresahan. Sudikah KAU menoleh padaku? Sudikah KAU mengakui aku sebagai hamba-MU? Sudikah KAU merelakan cinta-MU padaku? Sudikah KAU menerima aku sebagai antara kekasih-MU?

‘ bertaubat lah wahai diri…ingatlah kalam TUHAN mu…’

“ Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu…..” (Ali ‘Imran: 133)

Ya ILAHY…bimbinglah aku dalam bertaubat pada-MU. Jadikanlah kau seorang yang kuat dan istiqamah dalam taubatku…..

‘ Ya ALLAH…jadikanlah aku, dari golongan hamba2-Mu yang bertaubat…dan jadikanlah aku, dari golongan hamba2-Mu yang suci bersih…dan jadikanlah aku dari golongan hamba2-Mu yang ahli ‘ibadat dan soleh…”

rkukaudya
11 rabi’ul akhir 1428H

Leave a comment

Filed under catatan rkukaudya, cinta

puitis cinta baginda…

 

‘ Ya Tuhan…jadikanlah hamba ini

termasuk orang-orang yang mencintaiMU

dan mencintai orang-orang yang mencintaiMU

serta mencintai segala sesuatu yang mendekatkan kami kepadaMu

 

Ya Tuhan…jadikan rasa cintaku kepadaMU

melebihi rasa cintaku kepada diriku…kepada keturunanku…

dan air yang menyejukkan ‘

 

Leave a comment

Filed under cinta

aku dan cinta…

‘aku hanya manusia biasa’. itulah satu2nya perkataan ku dulu. Aku lupa..aku bukan sekadar manusia biasa. Aku sebenarnya manusia biasa juga hamba-NYA yang hina. Seorang hamba yang buta, bodoh, emosi dan lemah.

Aku buta kerna aku tak dapat melihat sesuatu yang terang tentang cinta.
Aku bodoh kerna aku tak dapat memahami hakikat sebenar tentang cinta.
Aku emosi kerna aku tak dapat merasai sesuatu yang pasti tentang cinta
Aku lemah kerna aku tak dapat menyedari sesuatu yang jelas tentang cinta.

Aku tak pasti apakah aku pernah merasai ‘cinta’ atau apakah yang pernah dan masih aku rasai ini adalah CINTA. Yang pasti…aku mencintai ibubapa ku, keluarga ku dan kawan2 ku.
dan kerna ‘cinta’2 itu aku pernah jadi buta, bodoh, emosi dan lemah…bukan kerna kejam dan tidak berprikemanusiaannya mereka pada cintaku. Tapi kerna biasa dan hinanya aku sebagai manusia dan hamba-NYA.

Aku lupa 2 ayat yang ternyata amat pantas bagi aku…
‘CINTA DUNIA itu tiada yang kekal. lalu…cintailah seadanya. Sebagaimana kita merelakan cinta dunia itu hadir dalam hidup kita…lalu kita juga perlu bersedia dengan lapang dada seandainya cinta dunia itu ingin pergi.
‘CINTA SEJATI itu suci, tulus, ekhlas. Tidak mengharap balasan…dan cinta sejati itu tak semestinya bersatu. Tidak selalunya bersama.

Sungguh, DIA yang menciptakan kita , lalu DIA lebh memahami kita. DIA menyayangi kita, amat mengambil berat tentang kita…lalu telah DIA tinggalkan peringatan2 tentang bagaimana seharusnya cinta itu…supaya…di suatu saat, kita tak bersedih saat kehilangan cinta dan kita takkan sewenang2nya menyalahkan-NYA hanya kerna cinta.

rkukaudya

Leave a comment

Filed under catatan rkukaudya, cinta

mencari cinta

Dengan mohon izin dan restu yang Esa 

Dengan indah dan  beratnya  kaseh sayangMu dalam lafaz …Bismillahirrahmanirrahim………ku mulakan pencarian cintaku… 

akan ku persembahkan pencarian ku ini teruntuk DIA yang Maha Agung 

akan ku abadikan pencarianku ini terutama untuk diriku yang hina…juga buat ibu yang ku dukung 

Juga buat semua…

Smoga kita sama2 berhasil…Mencintai dan dicintai…oleh yang sebenar2nya patut dicinta. Lalu…beroleh tenang dan bahgia…..Di sini…..dan di sana………       

::rkukaudya::
260407

Leave a comment

Filed under catatan rkukaudya, cinta

di sini bermula…

tentang cinta…

apa itu cinta?

indahkah ia?

maniskah ia?

menyenangkankah ia?

Kalau ‘ya’…

Bagaimana pula mendapatkannya?

Bagaimana ingin kurasai…

Indah . manis dan senangnya cinta?

Di mana harus kucari cinta?

Di mana dapat kutemui cinta?

Kalau aku sudah mendapatkannya…

Apakah aku akan merasai nikmat cinta itu

percuma-cuma?

Atau aku harus korbankan sesuatu untuk cinta…

Atau aku sendiri harus terkorban kernanya………

Berbaloikah pengorbananku

demi suatu yang bernama cinta?

Bila aku telah mencintai sepenuh hati…

Akankah aku merasai yang sama?

Dicintai sepenuh hati dan jiwa…

Mampukah aku untuk menjadi pencinta yang setia?

Layakkah aku untuk dicintai oleh yang tercinta?

Seputar tentang cinta …

Takkan cukup laut untuk jadi tintanya

Takkan cukup kurun untuk menceritakannya

Apakah cukup nafasku untuk menemui cinta

yang bisa buat ku tenang…bahagia…asyik…

tanpa perlu derita…dan kecewa

lalu,

di sini…aku harus bermula.

::rkukaudya::

    250407

Leave a comment

Filed under catatan rkukaudya, cinta