Tag Archives: hassan al-basry

oh Tuhan, selamatkan aku!

Wahai saudara2ku, Tidakkah kamu menangis kerana takut dari neraka? Ingatlah… Sesiapa yang menangis kerana takut dari neraka ALLAH ,  ALLAH menyelamatkannya daripada nya (neraka)  Pada hari makhluk2 diheret dengan rantai dan dibelenggu. 

Wahai saudara2ku, Tidakkah kamu  menangis kerana rindu kepada ALLAH ? Ingatlah bahawa orang yang menangis kerana rindu  kepada  ALLAH , dia tidak diharamkan  memandang kepada ALLAH pada hari qiamat apabila DIA  tajalla (nampak) dengan rohmat NYA  dan memberi khabar dengan pengampunan, serta sangat murka ke atas  orang2  yang derhaka. 

Wahai saudara2ku, Tidakkah kamu menangis kerana takut dari kehausan  pada hari qiamat ? hari yang dibangkitkan seluruh makhluk dan bibir mereka kering . Mereka tidak menjumpai air kecuali  di telaga Al-Mustofa sallallâhu 3alayhi wa sallam. Lalu satu kaum diberi minum dan  yang  lainnya tidak diberi minum.  Ingatlah , sesiapa yang  menangis  kerana takut dari dahaga pada hari itu,  ALLAH memberinya  minum dari mata air Firdaus. “ 

~ Hassan al-Basry ~

(oh TUHAN…selamatkanlah aku dari Neraka-Mu…selamatkanlah kami umat Islam seluruhnya…)

Leave a comment

Filed under peringatan