Bismillâh..

Malam ini, masuk Romadhon ke 16..

Ya Allah.. Dengan berkah Romadhon yang mulia ini.. Dengan berkah cintanya makku kepada solawat.. Dengan berkah ta3atnya makku ber3ibadat kepada Mu sekalipun dalam sakitnya.. Ku bermohon dengan sangat.. Berikanlah keringanan dan kesembuhan buat makku, ya Syâfi. Berlemah lembutlah dengan makku, Ya Lathif.. Kasehanilah makku, Ya Wadûd..

Ya Ar7amar Rô7imeen.. Ir7amnâ..

Berikanlah kesembuhan buat mak.. Panjangkanlah umur mak dan izinkanlah mak dapat bertemu lagi dengan Romadhon tahun-tahun akan datang. Panjangkanlah umur mak dalam kesihatan yang baik dan keta3atan kepada Mu. Berkatilah umur makku, ya Allah.. Ro7matilah makku, Ya Ro7man.. Maqbulkanlah permintaan ku, ya Ro7eem..

Leave a comment

Filed under catatan rkukaudya

sakit

sakit yang kurasakan
mengaburi jiwa ini…

Leave a comment

Filed under catatan rkukaudya

hidup mati

Bismillâh…

Diam tak diam.. Malam ni dah 6 Sya3ban ya? Allah..

Lama dah tinggalkan blog ni, dan selama itu juga, macam-macam hal dah aku lalui dalam hidup aku. kematian.. kematian.. kehilangan.. kesedihan.. sampai memberi kesan yang sangat mendalam dan ketara dalam hidup aku.

sampai ada masa-masanya yang aku jadi takut tuk tersenyum, takut tuk gembira, takut tuk merasa bahagia.. kerna bila aku merasakan itu semua, pantas sahaja perasaan itu akan bertukar menjadi kesedihan, keresahan dan ketakutan yang amat.

Namun.. kesemua itulah cara Allah mengajar hamba-NYA, menunjukkan Cinta-NYA.. kerna ia membuat aku takut tuk jauh dari-Nya, takut kalau terlepas dari pergantungan kepada-NYA..

Leave a comment

Filed under catatan rkukaudya

diriku milik mu

ada orang.. dirinya miliknya. dia boleh buat, fikir, ikut apa yang dia mahu, dia suka, yang dia fikir baik tuknya.
ada orang.. dirinya milik orang lain. dia perlu selalu fikir tentang orang lain, mendahulukan kepentingan dan kemudahan serta kesenangan orang lain, lebih dari dirinya.
tapi, saat dia sedar hakikatnya dia milik Allah, dia menerima apapun keadaan yang Allah tempatkan dia di dalamnya.

Leave a comment

Filed under catatan rkukaudya

segalanya tuk DIA dan Rosul-Nya

Bismillâh…

ada orang, Allah anugerahkan kepetahan bercakap. kalau bercakap, percakapan nya lunak enak didengar.
ada orang pula, Allah anugerahkan kepandaian menulis dan mengarang ayat. tiap butir tulisan nya tersusun indah. bait-bait katanya mudah dibaca dan dihadam.

ada orang lain pula, tidak banyak berkata-kata, tidak juga banyak menulis, tapi peribadi dan sikap yang terzahir pada dirinya buat orang senang dan selesa dengan nya. buat orang ingin mencontohinya, menjadi sepertinya.

apa pun kelebihan dan anugerah yang Allah berikan, gunakanlah dengan sebaik-baik nya. dan tidaklah ada yang lebih baik dari menggunakan anugerah itu sebagai jalan mengajak kepada kenal dan cinta kepada Allah, rindu kepada Rosulullah, sayang kepada Ahli Bayt nya Rosulullah, hormat dan berbuat baik kepada kedua ibubapa, berkhidmat kepada guru, melayani semua makhluk Allah dengan sebaik-baik nya.

Leave a comment

Filed under catatan rkukaudya

3 jan 2014

 

kumasih percaya dan kan terus mempercayai mu, hingga ujung nyawaku.

 

 

Leave a comment

Filed under catatan rkukaudya

percaya pada ALLAH

 

” … hendaklah kepercayaanmu dengan apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH lebih besar dari kepercayaanmu terhadap dirimu sendiri. ”

‘… kerana rezeqy telah dibahagi-bahagikan oleh ALLAH, dan jihad atau bersungguh-sungguh adalah kewajipan atas setiap Muslim.. maka hendaklah setiap Muslim berlapang hati kerananya. ‘

tiap-tiap ajal telah ditetapkan. ALLAH menghapuskan apa jua yang dikehendaki-NYA dan DIA juga menetapkan apa jua yang dikehendaki-NYA. dan ingatlah pada sisi-NYA ibu segala suratan.
QS,ar-Ra3d,38-39

ensha Allah, ya ALLAH tetapkan hatiku, dan tetaplah di hatiku.

Leave a comment

Filed under catatan rkukaudya, keHIDUPan, peringatan