bila kematian datang…

kullu_nafsin zaa iqotul maut

salam

bila kematian datang, ‘ia’ tidak memilih usia kamu, tua atau muda. juga ‘ia’ tidak memilih kondisi apa kamu tika ini, sakit atau sehat. dan yang paling penting, ‘ia’ tidak mengira samada kamu sedia atau tidak sedia, mahu atau tidak mahu.

lazimya juga, bila sesebuah kematian datang, sebahgian manusia akan memujuk keluarga si mati dengan kata2 seperti ‘ sudahlah, yang mati dah tentu dah mati. kita yang hidup ni kena teruskan hidup. janganlah kenangkan yang dah takde tu. jangan sedih sangat’. ( n aku tak pasti kata2 tu datangnya dari hati, atau sekadar di mulut.em.)

entah ye. kadang2 aku terfikir begini, ye ke mereka bersedih kerna kenangkan yang dah tiada tu? asalnya memang dah tentu la kan. tapi…mungkin juga yang mereka kenangkan nasib mereka sendiri yang masih hidup.

yelah, kalau yang meninggal dunia tu; si bapa, punca rezeki keluarga. ibunya pula sekadar suri rumah tangga. tidak bekerja, blajar pun tak tinggi mana. dengan anak2 yang masih kecil, yang tua pun masih blajar…memang patut jika si ibu tu bersedih. mengenangkan nasib dirinya sendiri yang telah pun bergelar ibu tunggal dan juga nasib anak2 yang telah menjadi anak yatim.

entahlah. aku bukan suruh mereka2 yang kehilangan tu untuk terus berada dalam kesedihan. tapi, mungkin kita patut beri mereka sedikit ruang. untuk mereka tenang2kan hati sendiri dahulu. biarkan mereka seketika hinggalah fikiran mereka jernih dan hati mereka tenang kembali. tidak jarang, kata2 kita hanya menambah beban kesedihan mereka.

beri mereka semangat. andai mereka sebahgian dari keluarga kita, saudara mara kita, jauh apatah lagi dekat…tunjukkan pada mereka yang mereka masih ada kita. beri mereka semangat dengan membantu apa yang termampu. mampu bantu dengan wang atau barang2 keperluan, bantulah. jika tak pun, bantulah dengan kaseh sayang dan mengambil berat. dan yang paling utama dan penting…bantulah jiwa mereka dengan doa yang tak putus.

jangan selalu membandingkan orang lain dengan diri kita sendiri. maksud aku, mungkin bagi kita, kesedihan dan ujian yang mereka lalui, sesuatu yang remeh bagi kita, sesuatu yang tidak berat. tapi tetaplah bukan kita yang merasainya tika itu. apa2 yang remeh bagi kita, adakalanya berat bagi orang lain.

kerna memang kita semua mempunyai seketul hati, tapi rasa dan jiwa kita berbeza2. ingatlah, boleh jadi juga apa yang kita rasa sangat susah, mungkin bagi orang lain sangat remeh, dan saat itu kita mesti tidak mahu atau akan rasa sedih dan kecil hati jika orang lain meremeh2kan masalah dan kesedihan kita tika itu.

begitulah bila kematian datang. ‘ia’ bukan sekadar menjadi ujian bagi keluarga yang ditinggalkan, tapi juga ujian buat kita semua yang berkaitan. saudara maupun jiran. DIA mahu lihat apa yang kita lakukan. apakah kita akan melaksanakan tanggungjawab dan amanah ALLAH sebagai hamba yang berIman atau kita hanya sekadar memandang dan melepaskan tangan.

<rkukaudya>

Leave a comment

Filed under catatan rkukaudya, keMATIan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s