persediaan menjaga ibu bapa yg telah tua

salam jum3at yg dimuliakan buat semua.

semoga kalian tetap selalu dalam perlindungan n rohmat ALLAH hendaknya.

hari Ibu telah berlalu (untuk dirai, tapi tidak pernah berlalu hari ibu untuk kita berbakti). x lama lagi, hari bapa pula ye? sebab kat cover majalah Anis yg bulan Jun, fokusnya tentang BAPA/AYAH.

em, sebenarnya kali ni, aku nak berkongsi sesuatu. sebagai anak, kita ada tanggungjawab n amanah ALLAH untuk menjaga kedua ibu bapa ( xkira lah berapa banyak ibu n bapa yg kamu ada. 2, 3, 4… ibu bapa kandung, ibu bapa angkat yg membela kamu dari kecil, ibu tiri atau bapa tiri, ibu susuan, ibu mertua, bapa mertua . mereka semua bagi kita, ada amanah2 yg akan ditanya kelak di ‘sana’.)

n sebagai anak, aku yakin yg semua anak2 kalau boleh ingin jadi anak yg soleh n solehah. anak yg bermanfa3at n dapat berbakti kepada ibu bapanya. cuma kadang2 kita x tau caranya. kerna acapkali dalam kehidupan ni, kita hanya disuruh2, digesa2, dikerah2…tapi jarang yg tunjukkan caranya. akhernya, kita terkapai2 sendiri. buntu.

so, aku nak kongsi sesuatu. persediaan2  menjaga ibu bapa yg semakin tua n uzur.

pertama (untuk kesempatan ni) ialah menyediakan keperluan2 yg mungkin sangat diperlukan di masa akan datang.

1- tandas duduk.

– bila da berusia, kaki ibu bapa kita selalunya da x kuat sangat. kalau umah korang da ada tandas duduk, bagusla. umah2 di bandar rasanya sume da pakai tandas duduk ni. tapi yg kat kampung, jika xde, better korang buat satu. boleh juga, korang pergi je farmasi n beli satu kerusi khas untuk buang air. kerusi tu ada kelengkapan takungan seakan baldi (untuk menampung najis), boleh dibuka untuk dibersihkan. kiranya leh letak kat mana2, leh letak kat tandas, sekalipun bilik mandi. tapi aku tetap je mencadangkan, jika korang ada kemampuan lebih, buatkanlah satu tandas duduk n pastikan ianya terletak di rumah bawah (jika rumah kamu 2-3-4 tingkat).

2- tongkat, atau alat bantu jalan yg kaki 3@ 4.

– untuk memudahkan mereka berjalan samada di dalam rumah atau semasa berjalan2 di luar.

3- kerusi roda.

-untuk saat2 kecemasan. juga untuk memudahkan kita membawa ibu/bapa bersiar2 ambil angin di luar atau sewaktu berjalan2 atau melancong. (ingat, sesekali bawa mereka bersiar2 n berjalan2 sekalipun kita terpaksa menyorong mereka dengan kereta sorong. jangan biar mereka terperap di bilik atau di rumah berminggu2 atau dalam tempoh waktu yg lama. kerna itu hanya kana buat mereka ,ebih n bertambah sakit)

bersambung ensha ALLAH.

p/s: hadiah yg paling diperlukan n dihargai oleh seorang ibu/bapa yg tiada berdaya kukira adalah diri anak tu sendiri. kaseh sayang n bakti sang anaknya pada dirinya.

p/s: berbakti kepada ALLAH juga tanda sesorang hamba itu menyintai TUHANnya, kerna bila kita menyintai sesuatu, lazimnya kita akan melakukan apa yg disukai n disenangi oleh yg kita cintai. sedang ALLAH itu memang cinta n senang kepada anak yg berbakti kepada orang tuanya.

‘ya ALLAH , moga2 KAU meredoiku..moga2 ada walau secebis cinta-MU padaku….’

<rkukaudya>

Leave a comment

Filed under peringatan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s