semalam yg suram

salam

nyatanya, memang tiada apa2 yang ada pada nombor. haha. sehari sebelum semalam, aku mengharapkan yang baik2 n indah2 untuk tanggal 030509 tu. em, tapi nyatanya, sebaliknya pula yang berlaku.

seawal pagi smalam aku da diuji ALLAH dengan dugaan perasaan, dugaan jiwa yang sangat menyesakkan. adekku sakit. yang seorang memang sedang dan sering sakit. yang seorang lagi, baru aku tahu tentang kesakitan yang di alaminya. dan oleh kerna aku kira, aku orang yang terakher tahu tentang itu, (itupun setelah aku yang memberanikan diri menghantar sms kepadanya, setelah beberapa hari aku merasa sangat kuat teringat padanya…) aku jadi sangat kecewa, n marah barangkali? he. aku kecewa n marah kerna, aku xminta apa2 darinya, aku cuma mohon, jujur pada aku. jika sakit atau susah. itu saja. atau mungkin sebenarnya permohonan aku tu sangat berat…..?

ntah la…ditambah pula dengan kehadiran mesej2 yg mengucapkan ‘epi besday’. hahaha. besday aku ke? dorg salah phm kot…he. tp terus terang aku katakan, sekalipun benar smlm bsday aku, aku hrp jgn wish apa2 pd aku. aku tidak selesa. sgt tidak suka. ntah. aku lebih gumbira jika mereka tidak ingat atau tidak tahu.. ntah, mungkin kerna aku tidak mahu mereka mengingatku pada tarikh itu semata2. aku lebih senang diingati kerna diri aku. kerna kenangan2 yang pernah kami lalu bersama… haha! tah pe2 je.

ditambah lagi dgn ‘itu’ ‘ini’ , gigi yg sakit, perut yg pedih. smalam terasa sangat suram n panjang. (n terasa seperti nak mengamuk n menumbuk orang!.he)

tapi aku bersyukur…sebab walau pe pun yg berlaku, semalam telah jadi kenangan.

‘oh TUHAN…kasehi n kasehanilah adek2 ku… kuatkanlah hati mereka dalam menempuh ujian-MU, berikanlah ketenangan kepada mereka…kurangkanlah kesakitan mereka…kalau boleh dibahagi2kan, bahgikanlah kesakitan2 mereka itu kepadaku, n berikanlah sedikit kesihatan yg ada padaku ini pada mereka. oh TUHAN…akulah hamba-MU yg sangat lemah…hanya pada-MU lah aku berharap n berserah…’

<rkukaudya>

Leave a comment

Filed under rkukaudya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s