aku bersyukur

ya…aku juga sedang belajar untuk terus bersyukur.

mungkin aku da xmampu bersabar, kerna laptop aku da 4 bulan xboleh dibuka/digunakan, walau aku da order adaptornya 4 bulan juga lamanya. (order dari out of space gaknya.he). tapi aku masih boleh online internet dan menaip kerja2 aku, walau kadang2 cuma dapat paling lama 1-2 jam (malam). (tapi selalunya Cuma dapat 5 minit xpun 15 minit je klo siang. sebab siang bagi aku sangat terbatas dan selebihnya sebab komputer ni selalu ‘hang’.haha)

tapi aku patut tetap bersyukur, kan?

mungkin keje yang aku buat sekarang, ramai orang x anggap tu satu keje yang sepatutnya bagi budak macam aku, dengan sijil akademi yang aku ada ( walau x tinggi mana) dan bidang yang aku amek (kononnya la…he). tapi sekurang-kurangnya aku ada keje untuk dibuat. tidak sekadar membuang masa. dan yang paling penting, dalam masa yang sama aku leh tunaikan amanah ALLAH pada aku. menjaga orang lain. (dan salah seorangnya bukanlah orang lain. kerna dia ibuku.)

tapi aku patut tetap perlu bersyukur, kan?

mungkin juga, gaji aku tak mahal macam kawan2 yang len, malah mungkin gaji amah indonesia tu lagi besar dari gaji aku. tapi aku xkesah sebab dengan gaji yang x seberapa tu, aku masih boleh bayar hutang pinjaman pelajaran aku dulu tiap2 bulan, boleh beli buku2/majalah bacaan aku, boleh beli ubat2 untuk mak aku, boleh belanja orang len makan (he.eskem ngan berger je leh la.haha) , boleh bayar bil2.(walau akhernya baru tengah bulan, aku rasa da nak melayang2 sebab duit xde yang left untuk disimpan.he)

tapi aku wajib untuk tetap bersyukur, kan?

mungkin aku da xde bapak. xtahu sangat rasa hubungan ber ‘adik-beradik’.(walau anak sedara aku ramai hingga xingat nama mereka. Maafkan cik, k…) da hilang ramai kawan2 (sebab dorang da kawen.he). tapi aku masih ada mak, 1-2 kawan/adek2 (yang kenal kat blog). pakcik2 dan makcik2. dan yang penting aku ada DIA. dan diri aku sendiri.

dan aku memang perlu untuk tetap bersyukur…bukankah begitu?

lagipun, apa pilihan yang aku ada saat ni, tika ini selain bersyukur? he
aku bersyukur. dengan harapan mudah2an syukur aku mendekatkan aku lagi pada-NYA, n membuatkan DIA redo aku sebagai hamba-NYA dan lantas mengurniakan lagi kebaikan2 buat aku.he.

<rkukaudya>

2 Comments

Filed under catatan rkukaudya, keHIDUPan

2 responses to “aku bersyukur

  1. Zaharah

    Salam.
    Adik, kita adalah rahsia ALLAH! Yang DIA beri, ada rahsia-Nya. Yang DIA tidak beri, ada juga rahsia-Nya. Masa akan membawa kita jadi lebih dewasa, dan lama-lama kita akan memahami sebahagian daripada rahsia itu, dan kemudian, kita akan sedar, betapa DIA adalah Yang Maha Tinggi dan Maha Mengasihi.

    Kak Teh Zaharah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s