tentang hati

Ya ALLAH kurniakan kepadaku HATI seperti ini…

HATI yang SEDAR

Firman ALLAH Sub7ânahu wa Ta3aala mafhumnya:-
“ Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar), atau yang menggunakan pendengarannya bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya.” (suroh al-Qoff; 50:37)

HATI yang BERSIH

Firman ALLAH Sub7ânahu wa Ta3aala mafhumnya:-
“ Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya (yang sedia bersih) bertambah bersih (dengan iman dan 3amal kebajikan).” (suroh as-Syams; 91:9)

HATI yang LURUS

Firman ALLAH Sub7ânahu wa Ta3aala mafhumnya:-
“ Mereka berdoa dan berkata; ‘ Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami, kurniakanlah kepada kami limpah rohmat daripada sisi-Mu, sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya.’ ” (suroh Ali Imron; 3:8)

Dan KAU peliharalah HATIku daripadaku menjadi HATI ini…

HATI yang TERTUTUP (TERHIJAB)

Firman ALLAH Sub7ânahu wa Ta3aala mafhumnya:-
“ Dan antara mereka ada yang memperdengarkan kepadamu (alQuran), padahal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya (alQuran), dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak).” (suroh al-An3am; 6:25)

(disalin dari majalah Solusi edisi 4: edisi “JAGALAH HATI” m/s 30)

-ya ALLAH…PELIHARALAH HATIKU ya ALLAH…-

Leave a comment

Filed under keHIDUPan, peringatan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s