slamat pengantin baru.

hari ini tanggal 13hb march tahun 2009.

hari ni, ensha ALLAH malam karang, de sorg lg kawan aku akan bergelar zaujah. he. aku tumpang gembira buat kamu. selaut syukurku pada-NYA kerna telah memelihara kamu hingga kini, lantas sebentar lagi akan sempurnalah sebahgian dr agamamu. (walau kita xpernah bersemuka, harap2 persahabatn kita dapat selamanya)

biasa la kan…musim cuti skola da mula. esok lak, 14hb, 2 lagi kawan aku akan melalui proses yg sama. melangkah ke alam baru. alam perkongsian dua jiwa, alam kepercayaan n tanggungjawab, yg perlu bersama2 digalas, tak kira suami atau isteri.

maaf skali lagi, ternyata aku masih xmampu untuk pergi ke walimah korang. maaf sgt. walau bagaimanapun, aku akan tetap slalu mendoakan kebahgiaan kalian, mungkin selepas ini, hubungan kita akan mula menjarak. aku xkesah n aku paham, cuma satu pesan ku, kalau2 la korg baca ape yg aku tulis ni…aku nak btau, sampai aku mati pun, aku adalah kawan kalian. so…if de pe2…yg aku leh bantu, or if de pe2 yg korg nak share tp masa tu, xtau nk share ngan sape…cari aku k. walau da 10 thn, 20 thn…klo aku hidup lg…ensha ALLAH. aku slalu mahu jadi kawan kalian.

he.so…tinggal 3 org kwn rpt aku yg bujang.he. masuk aku 4 la kan. hahaha… de gak kwn2 yg tanya, ‘ko bila plak’ .he. tu aku xtau nk jawab. n salunya aku akan jwb camni ‘ tu korang kena tanya DIA la.’

haha.bukan menidakkan, cuma, aku berserah je pada-NYA. aku xmengharap apa2. kalau x di sini pun, aku yakin DIA xzalim n x pernah sesekali mensia-siakan hamba-NYA. klo x di sini, aku harap di sana.he.

dulu pernah gak, bertekak ngan sorg spupu lelaki, dia la yg banyak cakap. coz aku banyak diam.he. aku malas cakap banyak ngan org2 yg aku rasa xkan paham pendapat aku.haha. dia kata lebih kurang setelah di shortkan begini la…” ko xnak kawen ke.kawen la cepat2.kawen tu bukan ke sunnah nabi!kan nabi kata, bukan dr umatku org2 yg x kawen”.
he.aku senyum je. n dalam hati aku masa tu berdetik begini, ‘ ye, berkahwen tu salah satu sunnah nabi, tp bukan ini je sunnah nabi.banyak lagi, kenapa yg len xikut pulak?’ haha.teruk kan aku ni.

dulu, 2-3 tahun lepas, aku de terfikir2 gak. aku penah dengar satu kata2 (xpasti hadits atau apa.nnti aku cuba cari) , kata2 tu berbunyi lebih kurang gini, ‘perempuan yg bernikah awal tu, perempuan yg yg diberkati. perempuan2 baik.’ masa tu, aku bukan terfikir nak cepat2 kawen, tp aku terfikir…ya ALLAH, andai begitu…adakah aku ni perempuan yg jahat? saat tu hati ni rs sayu sgt, bukan sayu sebab xkawen2…tp sayu sbb…aku xnak tergolong dlm golongan2 perempuan yg jahat, apatah lg xdberkati…tapi…setelah beberapa lame…hati aku ok smula…bak kata orang, jodoh, pertemuan (meh aku tambah satu lagi; perpisahan) ajal maut sume di tangan ALLAH. so…aku xnak masuk campur urusan-NYA. DIA Lebih Mengetahui. aku de urusan aku sebagai hamba. ada sebab aku diciptakan di dunia ni, dan berkahwen bukan satu2nya sebab n bukan sebab utama penciptaan aku, aku kira. (n ya Rosulullah…walau byk kekuranganku,walau aku ditakdirkan xbkahwen di dunia ni, ku mohon ku harap, kau tetap masih sudi menerima aku sbgi umatmu…)

hahaha.nape a leh tetiba citer pasal ni. xpela. ape2 je la.

(da merapu2 banyak. baik aku stop dulu. beberapa minggu ni, fikiran n jiwa mmg banyak terganggu. kesakitan yg dirasakan sejak berhari2 di tangan kiri pun, smalam da mula menjalar sakitnya ke kaki kiri. n pagi tadi pula, aku sewenang2nya telah mengguris hati seorang hamba ALLAH. maafkan aku.ntah la. saat ini sebenarnya, aku menanti2 apa pula ujian n ketentuan-NYA buat aku. cume, ya ALLAH…walau apapun yg ingin KAU timpakan buatku, tetapkanlah hatiku slalu menjdai hamba-MU yg sabar n slalu bersyukur…)

<rkukaudya>

Leave a comment

Filed under catatan rkukaudya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s