DIDIK ANAK2 KECIL DENGAN HIKMAH

bismillaah.

aku salu dengar orang2 pesan, bila nak menegur, menasehat ke apa…kena bil hikmah (dgn berhemah). takleh bil ‘terjah’ , main blasah je.
tapi salu gak, tu kita wat kat orang yang sama besar dgn kita.

dan bila tiba kat budak2 kecik or kanak2…aku jarang nampak , kaedah tu di pergunakan. yang aku salu nampak, kanak2 diperbodohkan, ditakut2kan, dilemah2kan semangat…kenapa ya? sebab budak2 tu ‘budak’ lagi ke? sepatutnya if sebab dia ‘budak’ lagi, xtau apa2, lum memayyiz (lum boleh bezakan baik dan buruk), lum paham, lum pandai nak gunakan akal dorang, dan buat ikut suka je…lagi lagi lah kita kena pujuk dan ajar dengan berhikmah. dengan lembut tapi berisi.

atau mungkin kita yang sebenarnya begitu angkuh, oleh kerana kita lebih tua, kononnya lebih lama makan garam…so kita la yang betul semuanya, dan pe kita cakap, budak2 tu kena patuh, kena ikut…walaupun dorang xpaham dan xdijelaskan kenapa dan mengapa.

ntah la…he. ntah la dan ntah la lagi.(tu je la yg ko tau tim.he!)

aku memang la blum ada anak, dan aku pun xde adek. tapi…aku de dua puluh lebih anak sdara, anak spupu spapat, dan aku salu bgaul dgn budak2 even till now…dan aku melihat sepatutnya kita kena menegur dan mengajar kanak2/budak2 kecik juga kena bil hikmah….anyway…aku pun (sblum besar panjang mcm skang nih) penah jadi kanak2. penah melalui perasaan seorang kanak2.

pe la yang aku merapu nih. pe pun, aku nak pesan wat diri aku sndiri dan kat sme mak ayah, ibu bapa, ummi abi, walid, mummy daddy… or sesape je, please la… bila kamu berurusan dengan seorang anak kecil…kamu sepatutnya cuba menyelami perasaan mereka, memahami kerenah mereka dan berada dalam pemikiran mereka. tidak patut kalau kamu mahu mereka yang berfikir seperti kamu.

[1] jangan terlalu sekat hidup mereka, biar mereka membesar semulajadi mengikut usia. jangan biar mereka terseksa, dengan menjadi tua sebelum dewasa.

[2] pujilah mereka. puji mereka bila mereka berjaya. (biar mereka rasa bersemangat untuk terus berjaya)

[3] doronglah mereka. dorong mereka andai mereka gagal. kita semua tidak akan pernah sempurna. dorongan kita akan buat mereka rasa semangat untuk bangkit, dan buat mereka sedar, yang kegagalan dalam sesuatu itu bukan penghujung segala perkara. (janagn marah apatah melakukan kekerasan…)

[4] sokonglah  mereka, sokong mereka bila mereka buat baik, bila mereka berakhlak baik. supaya mereka rasa berbuat baik dan berakhlak baik itu menyeronokkan. (jangan perli mereka…)

[5] tegurlah mereka, tegur mereka dengan baik bila mereka wat salah atau silap. dan sebaiknya terangkan pada mereka kenapa mereka ditegur dan di mana silap dan salahnya. supaya mereka tahu dan ada alasan kukuh untuk tidak  mengulanginya lagi.

[6] jangan selalu sangat menggunakan kekerasan. atau jangan hanya menggunakan kekerasan untuk mengajar mereka. sekalipun akhirnya kekerasan itu adalah jalan terakhir…tolonglah…janagn di tibai mereka tanpa rasa belas kasehan.( jangan lempang di muka…)

[7] adakalanya, kita yang melakukan kesalahan…dan andai kita yang sememangnya bersalah dan melakukan kesalahan…mengaku salah dan mohonlah maaf pada mereka sekalipun mereka hanya anak2 kecil, walaupun kita rasa kita lebih tua. (bagi aku, pemikiran bahwa orang lebih tua xboleh/xlayak minta maaf pada orang yang lebih muda darinya adalah satu pemikiran yang jahil. lupakah kita bagaimana akhlak nabi sekalipun dengan anak2 kecil? sedang nabi itu sebaik2 akhlak manuisa…)

akher skali…(buat saat ini);

buatlah anak2 anda, atau anak2 kecil itu…hormati kita,
bukannya takutkan kita. (kerna kita semua, tua atau muda, hanya takutkan ALLAH…)

buatlah anak2 anda, atau anak2 kecil itu…sayangi kita,
bukannya bencikan kita.(kerna kita semua, tua atau muda, hanya bencikan syaitan dan musuh2 ALLAH)

salam sayang

<rkukaudya>

Leave a comment

Filed under catatan rkukaudya, peringatan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s