TENTANG LIMA

:: dalam banyak nombor yang ALLAH ciptakan, rasanya aku pernah btau yg aku suka nombor ganjil. n nombor yg paling terkesan bagi aku adalah nombor 1, 3 n 5. tapi entry kali ni aku nak kongsi pe aku baca baru2 ni, yg berkaitan dgn no 5. ::

LIMA PENAWAR BAGI HATI

Berkata Imam Ibrohim al-Khowwas r.a :-

“Penawar yang mujarab bagi hati itu, ada 5 pekara :

i- membaca alQur-an dengan tadabbur
ii- selalu berpuasa (mengosongkan perut)
iii- sembahyang di malam hari (qiyam, tahajjud)
iv- merendahkan diri ketika besahur
v- sentiasa mendampingi orang2 soleh.”

LIMA JARI

Pada suatu malam Imam Malik telah bermimpi bertemu dengan malaikat maut. Lalu beliau pun bertanya : “ Wahai malaikat maut! Masih berapa lama lagikah tinggal usiaku?”

Maka malaikat maut pun menunjukkan kepada beliau lima jarinya.

Beliau pun bertanya, “ Apakah maksud 5 jari yang kamu tunjukkan itu? Apakah ia dimaksudkan dengan 5 tahun, 5 bulan, 5minggu, ataupun 5 hari?”

Tiba-tiba beliau pun terjaga dari tidur sebelum beliau sempat mendengar jawapan dari malaikat maut.

Oleh kerana tidak berpuas hati, pada keesokan paginya beliau pun pergi menemui Imam Ibnu Sirin yang terkenal sebagai seorang yang alim tentang tafsiran mimpi. Setelah menceritakan perihal mimpinya itu, Imam Ibnu Sirin pun berkata :

“ Sesungguhnya malaikat maut ingin memberitahu bahawa soalan kamu itu ada kaitannya dengan 5 perkara :-

1- sesungguhnya hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mengetahui bilakah berlakunya Kiamat.
2- Dan sesungguhnya hanya ALLAH yang menurunkan pertolongan.
3- Dan hanya ALLAH yang mengetahui apa yang haram.
4- Apakah kamu tahu apa yang bakal berlaku ke atas diri kamu esok?
5- Dan apakah kamu tahu di atas bumi manakah kamu akan mati? Sesungguhnya ALLAH itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

-dipetik dari buku, ‘warkah hiburan, kisah para solehin’, muhammad ghazali, darul nu3man-

2 Comments

Filed under peringatan

2 responses to “TENTANG LIMA

  1. mawarbungsu

    assalamualaikum..
    adik, maafkan kak.dh lama sgt kita xberhubung ye.rindu pulak. bukan berarti kak dh lupain adik, tidak. kak lagi sibuk ngerjain tesis sebelum ini, dan alhamdulillah syukur…udah selesai kok semuanya…
    adik, doakan kak yer..kak pun ni baru sempat menyempatkan diri ziarah ke laman adik..kangen bangeet ni…smg sgla usaha dan ilmu yg adik sharing akan beri manfaat dan adik terus istiqomah berdakwah di jalanNya…doakan kak jg…salam sayang 4eva

  2. rkukaudya

    salam kak,

    its ok. tau sibuk. sibuk dgn ilmu xpe,asal xsibuk dgn dunia. lupakan org pun xpe, asal jangan lupakan DIA. he.

    org akan doakan kak ct, smoga tenang slalu menjalani hidup n smoga sgala ilmu yg dicari dan dipelajari dipraktikkan dalam hidup. lantas membawa keberkatan buat kak, k.

    doakan org juga ye. supaya slalu menjadi hamba-NYA yg reti bersyukur dlm senang apatah susah. n hanya berharap hanya pada-NYA.

    ;=p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s