pesan saiyyiduna ‘Ali k.w.h

Telah berkata Saidina Ali karomallahu wajhahu

“ Janganlah kamu jadi dari kalangan mereka,

yang selalu berkata-kata dengan perkataan orang yang zuhud, akan tetapi berkelakuan dengan kelakuan orang yang tamak dengan dunia.

Yang suka kepada orang soleh akan tetapi tidak mahu beramal dengan amalan mereka.

Yang membenci orang-orang yang melakukan dosa akan tetapi mereka adalah salah seorang di antara mereka yang melakukan dosa.

Yang bangga diri bila beroleh ni3mat dan menyesal bila ditimpa bala. Bila ditimpa bala bersungguh-sungguh dia berdoa meminta pertolongan dariALLAH S.W.T akan tetapi bila beroleh kejayaan dia lupa akan ALLAH S.W.T.

Dia begitu yakin dengan apa yang dirasakannya, akan tetapi tidak yakin dengan apa yang telaah diyakininya.

Mereka selalu menyuruh orang lain mengambil iktibar, akan tetapi dia tidak mahu mengambil iktibar.

Mereka berlebih-lebih dalam memberi nasihat, akan tetapi mereka tidak mahu menerima nasihat orang lain.

Di hadapan orang lain berpura-pura tidak mahu berbuat ma3siat, tetapi bila di belakang mereka ialah kaum ma3siat.

Di depan orang ramai mereka menunjuk-nunjuk bahawa merekalah yang paling banyak mengerjakan keta3atan, tetapi di belakang merekalah orang yang paling malas.

Mereka lebih suka berpoya-poya dengan orang kaya daripada bermesra dengan orang miskin.

Mereka menghukum sesuatu untuk hanya untuk orang lain, tetapi tidak untuk dirinya.

Selalu memberi tunjuk ajar, tetapi mereka sendiri yang tidak mahu berbuat sedemikian.

Di depan orang ramai mereka mengatakan bahawa mereka takut kepada ALLAH S.W.T tetapi di belakang mereka berkelakuan sebaliknya.

Maka janganlah kamu tergolong di antara mereka!”

:: :: :: :: :: :: :: :: ::

ya ALLAH ya TUHAN kami…
lindungilah kami, peliharalah kami dari bersikap sebagaimana di atas.

Ya ALLAH, moga2 aku bukan dari kalangan yang disebut saiyidina Ali itu….
Ameeen…

<rkukaudya>

3 Comments

Filed under peringatan

3 responses to “pesan saiyyiduna ‘Ali k.w.h

  1. min-qalil

    salam..

    Allahu Allah… terima kasih atas posting yg sgt menikam qalbu.hampir semua sifat itu ada pd diri ini walau hanya sekelumit, walau hanya sesaat, tetap ia pernah ada… Moga2 Allah mengurniakan ampunanNya, dan mengurniakan kekuatan dan inayahNya utk kita menjauh dr itu semua… Amin

  2. kt aku lg bnyk…smue ckup lengkap pd diri ni…ni knyataan yg aku brani mngaku sbb aku nk sgt kuar dr duk dlm sifat x baik ni,betapa aku hindari namun sekerap itu jua ia sll hadir menjelajah kembali ruang hidupku….aku terkadang sengaja mlakuknnya,mmbiarknnya…lantas mnjadiknnya sbhgn dr diriku jua.mdh2an slps mmbaca artikel ini aku x lg mengulangi nya wlau skdr gurauan bersenda,jg kpd skelian muslimin dan muslimat hndknya aminnn

  3. Lulut Agustoro

    Ijin berbagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s