mukaddimah penulis (syeikh Salim el-hilaly)- point2 penting

Sambungan bedah kitab AZKAR

MUKADDIMAH PENULIS

Secara ringkasnya, di sini aku nyatakan beberapa isi atau point penting yang dinyatakan oleh penulis kitab ini dalam mukaddimahnya.

-point 1 , penulis menyatakan perihal ikhlas , perintah untuk berlaku ikhlas dan memperbaiki niat dalam setiap perbuatan , baik yang nyata maupun yang tersembunyi.

Penulis memulakan mukaddimahnya dengan melampirkan ayat alQuran dan sebuah hadits yang sangat masyhur, di mana telah diriwayatkan dari Imam Abu Sa’id ‘Abdurrahman bin Mahdi rohimahullah, beliau berkata , ‘ Barangsiapa yang ingin menyusun sebuah kitab, maka hendaklah ia memulai dengan hadits ini’.

“ Padahal mereka tidak diperintah kecuali supaya beribadah kepada ALLAH dengan memurnikan (ikhlas) ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus.” Al-Baiyyinah : 5

Juga sebagaimana maksud hadits Rasulullah s.a.w ;

‘ Sesungguhnya setiap ‘amal (perbuatan) itu bergantung kepada niatnya, dan bahawasanya setiap orang dibalas sesuai dengan apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang hijrahnya kerana ALLAH dan Rosulnya, maka hijrahnya itu kepada ALLAH dan Rosulnya, dan barangsiapa hijrahnya kerana dunia yang dia usahakan atau kerana perempuan yang hendak dinikahinya, maka hijrahnya itu kepada apa yang diniatkannya.’

berikut adalah beberapa pandangan,pendapat atau riwayat oleh tokoh2, imam2 dan ilmuwan2 Islam.

Dari Abu ‘Ali al-Fudhail bin ‘Iyadh r.a, beliau berkata : ‘ Meninggalkan suatu perbuatan kerana manusia adalah riyak, dan melakukan suatu perbuatan kerana manusia adalah syirik, sedang ikhlas adalah ketika ALLAH menjagamu dari dua hal tersebut.’

Imam al-Harits al-Muhasibi rohimahullah berkata : ‘ Orang jujur adalah orang yang tidak peduli bila sekiranya keluar seluruh penghormatan kepada dirinya dalam hati manusia, demi menjaga kebersihan dan kelurusan hatinya. Dia tidak menyukai kalau orang lain mengetahui kebaikan yang dia lakukan walau ia seberat zarah dan dia tidak benci kalau orang lain mengetahui kejahatan yang dia lakukan.’

Dari Huzaifah al-Masy’ari rohimahullah, dia berkata, ‘ Ikhlas adalah bahawa perbuatan seorang hamba, sama antara lahir dan batin.’

Imam Abul Qosim al-Qusyairi rohimahullah, pula menyatakan, ‘ Yang dimaksudkan dengan ikhlas adalah meng-Esakan ALLAH s.w.t dalam setiap tujuannya ketika menjalankan suatu ketaatan, iaitu bahawa yang dia inginkan dalam menjalankan ketaatan itu adalah ALLAH s.w.t tanpa sesuatu yang lain, termasuk berpura-pura dalam menjalankan suatu kerana orang lain, atau kerana ingin menuntut pujian dari orang lain, atau menyukai sanjungan dari makhluk, atau apa saja yang semakna dengan itu selain dalam rangka untuk taqarrub ilaLLAH (mendekatkan diri kepada ALLAH).’

Berkata Abu Muhammad Sahl bin ‘Abdullah at-Tustari r.a; ‘ Orang-orang cerdas dari kalangan ulamak telah memperhatikan makna ikhlas, maka mereka tidak menemukannya kecuali hal ini, iaitu bahawa setiap gerak atau diamnya seseorang itu hanyalah kerana ALLAH Ta’ala, baik dalam keadaan tersembunyi maupun dalam keadaan yang terang dan tidak dipengaruhi oleh jiwa, hawa nafsu maupun dunia.’

Abu ‘Ali ad-Daqqaq r.a pula berkata; ‘ Ikhlas adalah menjaga diri dari perhatian orang lain. Sedang yang dimaksud dengan as-sidq (jujur) adalah mensucikan diri dari pengaruh hawa naafsu. Maka orang yang ikhlas itu tidak akan riyak, sedang orang yang jujur itu tidak akan berbangga terhadap diri sendiri.’

Dari Dzun Nun al-Misri rohimahullah, beliau berkata; ‘ Tanda ikhlas itu ada 3: pujian dan celaan orang lain sama saja baginya, mengabaikan amalan dari suatu amal dan hanya mengharapkan balasan dari amalnya di akhirat.’

demikian antara definisi atau pandangan ulamak atau tokoh2 Islam tentang ihklas yang disertakan dalam terjemahan kitab ini.

-point 2 ; penulis juga menyentuh tentang mengamalkan atau melaksanakan sesuatu ibadah atau suruhan sesuai dengan kemampuan dan kesanggupan seseorang.

Berdasarkan satu hadits Nabi yang disepakati oleh para ulamak akan kesohihannya;

‘ Apabila aku memerintahkan sesuatu kepada kalian, maka laksanakanlah menurut kemampuan kalian.’

maksudnya, pada pandangan aku, sekiranya ada perkara2 atau suruhan2 dalam Islam yang kita rasakan macam berat, jangan sesekali kita tinggalkannya terus, tapi cuba lakukannya sesuai dengan kemampuan kita. Contohnya dalam solat malam, klo kita xmampu nak wat sume solat sunat, cuba wat pe yang kita termampu , seperti sekadar solat sunat taubat, 2 rakaat. Contoh lagi, macam solat sunat tasbih, klo xdapat wat tiap2 malam, sekurang2 sekurang2nya, kita wat sekali seumur hidup.Ataupun bila terjaga di waktu malam, terus istighfar. Sekurang2nya dalam usaha membiasakan dan melatih diri.

bersambung…

Leave a comment

Filed under rkukaudya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s