jika khusyuk itu…

:: Jika dimaksudkan khusyuk solat itu tenang, kita memerlukan kaedah untuk menenangkan diri,

:: Jika khusyuk itu dikatakan memberi tumpuan kepada bacaan, kita pelajari teknik membaca dengan berkesan.

:: Jika khusyuk itu dikatakan sedang ‘bercakap dengan ALLAH’, kita pelajari ilmu berkomunikasi dengan berkesan.

:: Jika dikatakan khusyuk itu membayangkan ka’abah dan membayangkan syurga – neraka, kita pelajari ilmu mengendalikan imaginasi dan ilmu otak manusia.

:: Jika khusyuk itu dikatakan berdiri tegak dan sempurna toma’ninah, kita pelajari teknik betul megikut kaedah biologi untuk menggerakkan otot dan sendi2 badan.

:: Jika dikatakan khusyuk itu mengosongkan fikiran dari memikirkan hal2 dunia, kita pelajari ilmu penumpuan fikiran.

:: Jika dikatakan khusyuk itu mendengar teliti bacaan sendiri dan mendengar bacaan imam serta bacaan hati, kita pelajari ilmu kehebatan deria pendengaran dan hati manusia.

:: Jika mengetahui maksud ayat2 yang dibaca akan membantu khusyuk, maka sepatutnya kita mempelajari tafsir terutama al-fatihah dan tahiyyat.

:: Jika mata ditumpukan ke tempat sujud akan lebih fokus, marilah kita ketahui secara fisiologi hebatnya penglihatan kita.

:: Atau jika dikatakan kesempurnaan wuduk asas menyempurnakan solat, maka kita pelajarilah kehebatan ciptaan air yang telah ahli saintis buktikan di makmal.

:: Ataupun jika merasakan dengan menjaga pemakanan, kecergasan dan kesihatan, akan membantu khusyuk, … maka kita cari usahakannya.

sungguh tiada alasan bagi kita. sekiranya solat itu benar2 penting bagi kita, dan khusuk tika bersolat itu memang sangat kita harapkan dalam solat kita, kita perlu berusaha ke arahnya. setiap persoalan ada jawaban, tiap kebuntuan ada jalan keluar. kita berusaha, pasti ALLAH akan beri hasilnya.

<rkukaudya>

(untuk dapat jawaban2 tersebut, cuba baca buku

BIO MEKANIK SOLAT – Kaedah kemahiran KHUSYUK melalui fitrah biologi dan satu kaedah terapi. ( edisi Bio-Perubatan-IBADAH) – http://pondokbuku-rkukaudya.blogspot.com )

Leave a comment

Filed under rkukaudya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s