Aqrabkanlah dengan TUHAN sedari kecil

Tajuk atas tu macam sirius je bunyinye, kalau nak diikutkan dengan pe yg nak dicerita kongsikan kat bawah ni. Tapi…dari suatu sudut, perkara ni memang patut di anggap sirius pun.

Ceritanya pasal anak2 sedara dan anak2 sepupu aku nih. ramai umat Muhammad ni… da berpuluh (umat Muhammad yang sebetulnye lebih…tau…maksud aku anak sedara aku ni). Pe yang aku perasan, bila peratikan budak2 kecik ni…dorang lebih kenal binatang dari yang lain2. citernye macam ni…

Aku ingat aku sorang yang perasan, sampailah satu hari, tiba2 terpacul persoalan tu dari mulut makcik aku.

‘ *, nape ek budak2 ni. Dorang kenal cicak dulu…’ (sebab budak2 nih, asal datang umah kami je, pertama yang dorang cari ialah cicak, dan itu juga satu2nya perkataan pertama dorang suke sebut. Cak! Cak! )Dan aku pun jawab,
“mane dorang tak kenal cicak dulu… dah mak bapaknye pun, bila budak2 tu melalak pun dorang pujuk dengan cicak. Bila nangis kita pun kata ‘ eh, tengok2…pe tu? Cak! Cak! Ha…Cicak tengok cicak…budak ni nangis…’ kalau tak cicak pun, kucing. cat‘syhhh..diam diam. Tengok tu…kucing…miaw, tengok miaw tu, cantiknya bulu miaw tu…’ ‘ comelnye miaw tu…..’

‘ha’ah ek…’ kata makcik aku.

Bukan 1 2 budak, rata2 budak2 ni macam tu masa kecik. Pantang klo tengok cicak dengan kucing. Tapi pelik gak, 2 binatang ni je yang famous. he!

Pe yang aku cuba nak ajak berfikir bukanlah perihal cicak maupun kucing yang juga makhluk peliharaan ALLAH tu…tapi tentang bagaimana ‘aqal2 yang masih muda dan masih bertenaga ni patut di manfa’atkan sebaik2nya. Ajarkan dan kenalkan dengan sesuatu yang paling penting dan terutama.

Kenalkan dengan TUHAN yang menciptakannya, dengan kebesaran, keagungan dan kepentingan-Nya dalam hidup kita. Kenalkan dorang dengan nama2-Nya yang lain. Yang setiap satunya membawa pengertian yang berbeza. Beritahu mereka betapa ALLAH itu sangat kaya dengan sifat pemurah , penyayang dan amat mengasihani hamba2-Nya. Cuba kaitkan seboleh2nya semua benda, semua perkara dengan ALLAH. Cuba kembalikan pokok semua perkara kembali pada-Nya.

Bukan tu saje, ajar budak2 ni juga supaya takut pada ALLAH. Beritahu mereka, memang…ALLAH tu Maha Penyayang…tapi, kalau kita wat salah, wat dosa…ALLAH boleh marah…boleh murka. Macam kita manusia, bila kita wat salah, mak bapak marah. Leh kena rotan, Kalau kat sekolah lak, kalau meniru…malas siapkan keje skolah, cekgu2 pun leh marah, cekgu2 leh denda. (teringat lak…dulu mase skolah menengah, kena denda ketuk ketampi 100x …sampai xleh jalan) biasekan, kalau nak tegur mereka, cakap ‘ jangan wat gini, jgn wat gitu, xbaik, TUHAN marah…bila TUHAN da marah… adek jugak yang susah…klo ALLAH marah, nanti DIA tarik sume benda dari adek…adek xleh makan, xleh minum, xleh gi skolah, xleh main…’ pe2 je la. Tapi ingat, tegur…dengan baik…bukan terus marah, terus naik tangan kaki. Aku yakin, mesti boleh. Macam yang orang2 tua slalu buat, takut2kan dengan momok, hantu…baik takut2kn dorang dengan ALLAH . Biar sampai besar dorang lebih takut ALLAH dari takut hantu.

Aku sedar perkara ni memang tidak mudah. Apatah, aku sendiri belum ada anak. ( cane nak de anak, nikah pun lom.he) tapi jalan ke arah kebaikan itu bukankah memang penuh dugaan dan rintangan?.

Ah cakap memang senang ek. Lembut gigi dari lidah. Tapi ini bukan sekadar cakap2. Bahkan ini adalah tanggungjawab. Bukankah mendidik anak itu memang tanggungjawab dan amanah dari ALLAH pada ibu bapa. Klo tak sedari kecil, bila? Bila otak dan akalnya dah takmampu melawan nafsu yang pandai mencari alasan untuk keseronokan semata2? Atau bila ‘aqal da tumpul. (Atau bila mereka da pandai cakap ‘ nanti2 la…bila da sampai seru, bila tua, kita kembali la pada ALLAH…sementara muda nih…muda hanya sekali, so kitaaa enjoy!.) he!!!

Ayuh, aqrabkanlah Muslim Muslimah kecil ini dengan TUHAN mereka. Masa kecik ni la… masa untuk kita tuang smua keimanan agar terbentuk cetakan2 taqwa dan kehambaan.

Semoga kita sekeluarga seluruh keluarga umat Islam dirohmati, dilindungi, dikasehi dan dikasehani-NYA…

<rkukaudya>

Leave a comment

Filed under peringatan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s