Senyum Rosulullah sallallahu ‘alaihi wa sallim

Senyumnya Rosulullah…

Rosulullah s.a.w adalah insan yang paling banyak tersenyum. Apabila Rosulullah senyum, senyuman bagindalah yang paling indah, manis, bentuk mulut baginda adalah yang paling bagus di antara manusia serta bau mulut bagindalah yang paling harum.

Selagi di rumah, baginda adalah orang yang paling banyak tersenyum (sebagaimana yang dikhabarkan oleh sayyidatina ‘Aisyah). Baginda Rosul juga tersenyum ketika para sahabt menyampaikan syair, sementara sahabat2 yang lain tertawa.

Daripada Jabir bin Samurah r.a, bahwa dia pernah ditanya seseorang, “ Apakah pernah duduk-duduk bersama-sama Rosulullah s.a.w?”

Lalu Jabir menjawab,” Pernah,” “ Beliau suka berdiam dalam jangka waktu yang lama. Lalu para sahabat menyampaikan macam-macam syair dan menyebutkan pelbagai masalah jahiliyyah. Lantas mereka pun tertawa. Jika mereka tertawa maka baginda tersenyum.” (diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad, an-Nasa-ie)

senyum rosulullah kerana perbuatan ‘Aisyah r.a

Daripada ‘Aisyah rodiallahu anha, dia berkata : Rosulullah s.a.w tiba dari perang Tabuk atau Khaibar, sementara di rak tempat barang-barang milik ‘Aisyah ditutup tabir. Ketika ada angin yang berhembus, tabir itu pun tersingkap dan menampakkan beberapa boneka mainan ‘Aisyah.

Lalu baginda bertanya ; “ Apa ini wahai ‘Aisyah?”

“ Boneka-bonekaku, “ jawab ‘Aisyah.

Di antara boneka-boneka itu beliau melihat ada boneka kuda yang mempunyai dua buah sayap daripada kertas. Beliau bertanya ; “ Apa yang kulihat di antara boneka-boneka itu?”

“ Seekor kuda, “ jawab ‘Aisyah.

“ Apa di atas kuda itu?” Tanya baginda.

“ Dua buah sayap,” jawab ‘Aisyah.

“ Adakah kuda memiliki sayap?” Tanya baginda lagi.

“ Apakah engkau tidak pernah mendengar bahawa Sulaiman memiliki seekor kuda yang mempunyai sayap?” jawab ‘Aisyah.

‘Aisyah menuturkan, ‘ Maka Rosulullah s.a.w tersenyum mendengarnya, hingga dapat kulihat gigi geraham baginda,”

(diriwayatkan oleh Abu Daud dan Al-Baihaqy, disebut2 oleh as-Suyuti, ibn kathir. Hadith di sohihkan oleh al-Albany, at-Turkumany, juga Ibn Hazm. )

senyum Rosulullah s.a.w kerna tingkah laku anak2 kecil.

Nabi Muhammad s.a.w biasa tersenyum kerna tingkah laku sebahgian anak2 kecil yang suka bermain2 sehingga meninggalkan kewajipan tertentu yang diperintahkan kepadanya.

Sebagaimana dikisahkan…

Suatu hari baginda mengutuskan Anas bin Malik (yg masa itu masih kecil) untuk satu keperluan. Tetapi si Anas malah pergi bergabung bersama anak2 kecil yang lain, hingga dia leka dengan bermain lantas menunda dalam memenuhi keperluan Rosulullah s.a.w.

Ketika melihat si Anas kecil ini leka bermain2, Baginda mendekatinya , memegang bahunya dan tersenyum atas tingkah laku dan cara pemikiran anak2 kecil. Anas bin Malik sendiri yang menuturkan kejadian tersebut.

“ Rosulullah s.a.w adalah orang yang paling baik akhlaknya. Suatu hari beliau mengutusku untuk suatu keperluan. Maka aku berkata, ‘ Demi ALLAH , aku tidak akan pergi.’ Sedangkan di dalam hatiku sebenarnya aku hendak pergi, kerana Nabi ALLAH lah yang telah menyuruhku.”
Anas menuturkan lagi…” Lalu aku pun keluar, hingga aku melewati anak2 kecil yang sedang bermain di pasar. Tiba2 Rosulullah s.a.w memegang kedua bahuku dari arah belakang…Aku melihat ke arah beliau, dan beliau tersenyum. Beliau bersabda,

‘ Wahai Anas kecil, pergilah seperti yang tadi ku suruh!’

Anas menuturkan , “ Demi ALLAH , aku menjadi pembantu beliau selama tujuh tahun@ sembilan tahun. Namun belum kuketahui beliau bertanya tentang sesuatu yang kuperbuat, ‘Mengapa engkau berbuat begini dan begitu?’ Beliau juga tidak bertanya tentang sesuatu yang kutinggalkan, ‘ Mengapa tidak kau berbuat begini dan begitu?’ “

(diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Daud)

diubahsuai dari buku terjemahan ‘ sifatu dohky wa buka in nabi wa muzajuhu ma’a ashaabihi’ 

Leave a comment

Filed under rkukaudya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s