ZAINAB AL – GHAZALI

ZAINAB AL – GHAZALI

Dilahirkan di Al-Bihira pada tahun 1917, berketurunan Umar Al-Khattab dan Hasan bin Ali bin Abi Talib. Anak kepada seorang ulama’ lulusan Al-Azhar. Pada permulaan beliau merupakan pejuang aktivis Islam dan aktif di dalam pergerakan feminis dan menyertai Kesatuan Wanita Mesir ( Egyptian Feminist Union ) yang diasaskan oleh Huda As-Syarawi pada tahun 1923. Pada tahun 1936 di usia 18 tahun, beliau menubuhkan Persatuan Wanita Islam untuk menguruskan hal ehwal dan aktiviti wanita berlandaskan ajaran Islam.

Pada permulaan penubuhan Ikwanul Muslimin oleh As-Syahid Hasan Al-Banna, as syahid meminta beliau mengetuai bahagian wanita di dalam ikhwan, namun beliau menolak tawaran tetapi menyatakan kerjasama . Namun setelah ikhwan diharamkan pada 1948, Zainab Al-Ghazali telah berbaiah kepada As-Syahid Hasan Al-Bana untuk bersama memperjuangkan daulah Islamiyah. Malangnya As-Syahid Hasan Al-Bana telah gugur syahid dan kesedihan hati Zainab tercoret di dalam bukunya Hari-hari dalam Hidupku, beliau kemudian menyambung perjuangan Hasan Al Bana di mana diganti oleh Hasan Al-Hudaibi. Walaupun ikhwan bergerak secara rahsia di bawah pemerintahan Jamal Abdul Naseer sekitar tahun 150-1960 an.

Dalam temuramah di rumahnya di Heliopolis, Mesir pada tahun 1981, beliau berkata :

Islam telah menyediakan segala-galanya untuk lelaki dan perempuan. Islam memberikan wanita semuanya kebebasan, hak ekonomi, politik, sosial, hak awam dan juga persendirian. Islam memberikan hak wanita di dalam keluarga leibh daripada persatuan dan agama lain. Wanita boleh berkata tentang kebebasan wanita dalam masyarakat Kristian, Yahudi dan juga pagan tetapi di dalam Islam adalah satu kesilapan besar untuk berkata tentang kebebasan wanita. Wanita muslim perlu mempelajari Islam supaya mereka tahu Islam memberikan mereka semua hak-hak mereka.

Zainab Al-Ghazali menyakini tanggungjawab agama dan sosial apabila berkahwin. Pada perkahwinan beliau yang pertama, suami beliau tidak bersetuju untuk membenarkan beliau bergiat aktif dalam perjuangan Islam. Di dalam buku ‘ Hari-hari Dalam Hidupku – Ayyam min hayati , diceritakan bagaimana suami beliau yang kedua membenar dan menyokong perjuangan beliau walaupun berasa bimbang. Beliau menekankan agar tidak mengabaikan tanggungjawab kepada suami, keluarga dan anak-anak walaupun beliau merupakan sayap kanan kepada perjuangan ikhwan. Beliau amat kecewa dengan revolusi Mesir 1952 yang didokong oleh mereka pada mulanya namun dikhianati oleh Jamal Abdul Naseer. Beliau menyatakan bahawa rejim Jamal Abdul Naseer adalah musuh kepada Islam. Setelah begitu ramai pemimpin dan penyokong ikhawanul muslimin di tangkap dan dihukum mati, beliau mendahului pergerakan menolong isteri, janda dan keluarga pejuang yang telah dibunuh.

Pada tahun 1960 beliau dipenjarakan oleh rejim Jamal Abdul Naseer dan diseksa di dalam penjara. Diantaranya ialah beliau di rendam di dalam air kotor hingga paras dada , dirotan bertubi-tubi, dilepaskan anjing-anjing liar ke dalam penjara beliau, diletakkan bara api di bawah kakinya dan hampir-hampir dirogol oleh pengawai penjara. Namun dengan kehendak Allah lelaki yang ingin merogolnya mati setelah digigit beliau. Dalam tahun 1962, beliau dapat berhubung secara rahsia dengan Sayyid Qutb melalui dua orag adik Sayyid Qutb dan menerima penulisan beliau tentang perjuangan Islam, tafsir dan hadis. Beliau juga menerima buku Sayyid Qutb yang berjudul Ma’lim Fit-Tariq – Petunjuk Sepanjang Jalan ketika di dalam penjara.

Apabila kerajaan Mesir berasa curiga dengan gerak kerja secara rahsia mereka, ikhwan diserbu pada tahun 1965, ikhwan dan akhawat semuanya ditangkap dan dipenjarakan. Pada masa ini jemaah wanita ikhwan dibubarkan. Beliau dibicarakan bersama yang lainya pada tahun 1966, dan pada tahun 1971, beliau dibebaskan apabila matinya Jamal Abdul Naseer , dan diganti oleh Anwar Sadat. Dan beliau terus sahaja menerukan perjuangan untuk menegakkan daulah Islamiyah di bumi Mesir.

Zainab Al – Ghazali kembali ke rahmatullah pada hari Rabu, 3 Ogos 2005 , ketika berumur 88 tahun. Beliau menghabiskan umurnya dengan memperjuangkan agama Allah dan menjadi idola dakwah kepada pejuang-pejuang muslimin dan muslimat kini. Beliau juga menjadi bukti bahawa islam membina pejuang-pejuang wanita di jalanNya.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada beliau. ameen.

– kisah ni aku copy dr satu blog, tapi kerna kecuaian aku yg hina ni, aku lupa nk salin add blog tu. pepun, smg penulis, penaip, pemilik blog yg aku amek artikel ni, diberi habuan oleh ALLAH … –

-kagum aku dengan mereka2 yg punya semangat juang begini, kalaulah aku juga punya kekuatan seperti itu. mg2 EnGKAU menjadikan aku juga slh sorg si syahid di jalan-MU, wlu dgn jln aku sendiri…-

p/s: bg sesape berkenan dan nak beli buku tentang zainab nih, leh gi blog ni http://pondokbuku-rkukaudya.blogspot.com

Leave a comment

Filed under buku@rkukaudya, peringatan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s