slamat mengundi

salam

em…esok adalah kali pertama aku mengundi. baru dapat peluang. he. teruja ada, takut pun ada. teruja sebab, ini adalah salah 1 cara untuk aku menunaikan tanggungjawab aku sebagai rakyat malaysia n terutama sebagai hamba-NYA. pekaitan plak dengan aku sebagai hamba?

em.setiap yang berlaku di muka bumi adalah terpundak di atas bahu manusia, sebagai  khalifah yang ALLAH telah beri amanah untuk menjaga dan memakmurkan bumi. so itulah kaitannya. aku kena mengundi untuk memastikan negara yang aku diami dan tumpangi ini terus aman, makmur dan selamat untuk aku hidup selayaknya sebagai hamba-NYA. dapat secara tenang ber’ibadah kepada-NYA. tiada sekatan untuk aku, mengajak saudara2ku mengingati-NYA. yelah, ramai yang buat tak kesah dengan nilai 1. contohnya satu sen. bagi aku satu sen sangat penting, cuba fikir, jadi tak seringgit kalau kita cuma ada 99 sen? bukankah 1 sen itu juga  melengkapi nilai 999999.99 kepada sejuta? (eh betul tak jumlah tu ek?he. betol la tu kan…) so, tanpa  satu sen yang dianggap tak berguna tu, seseorang tu tak dapat digelar jutawan.

em…terlebih lajak. maksud aku, kalau aku tak mengundi, dan kerna undi seorang aku, menyebabkan jumlah orang yang patut menang jadi tak menang. aku akan rasa bersalah dan berdosa. bukankah satu dosa memilih  @ menyebabkan mereka yang kafir  menjadi ketua? de dalam alQur-an ALLAH sebut. yelah…tempat aku ni, de wakil cina, sebaik manapun dia, aku berkewajipan mengundi wakil yang seagama dengan aku.

teringat pesan ustat aku dulu

‘bila pilih pemimpin, 1- pilihlah yang seagama dengan kita, 2-klo semuanya seagama, pilihlah yang agamanya lebih baik dari kedua itu. 3- agama yang baik tidak sekadar, tidak hanya pada pakaian, tapi pilihlah yang akhlaknya baik. perilakunya baik, kata2nya baik. 4- andai keduanya baik, pilihlah yang paling sabar antara keduanya, iaitu yang menjaga mulutnya dan yang paling eklas kerana-NYA. selebihnya, berdoa dan berserah pada ALLAH kerna, kita hanya memandang yang zahir, sesungghnya yang ada di sebalik seketul hati itu hanya ALLAH jua yang mengetahuinya. ‘

takut plak  sebab. aku takut apa yang aku pangkah sok, sesuatu yang ALLAH tak redho. tapi setelah berfikir sedalam2nya. aku harap, sangat~ harap dan berdoa moga2 ALLAH memberi petunjuk yang terbaik dan moga ALLAH redo dengannya.

em. sama2lah kita berdoa yek.aku tak tau berapa ramai yang baca blog aku ni, cuma bagi kalian yang membaca ini sekarang, andai esok kalian mengundi, sama2lah kita mengundi pada yang haq. ingat, kita hidup bukan habis setakat di sini sahaja. segala apa yang kita  wat di ‘sini’ pasti akan disoal di ‘sana‘. sebaiknya, before kua ngundi sok, kita solat sunat dulu mintak petunjuknya, berniatlah kerna ALLAH moga2 beroleh pahala.

jadi wat semua para pencinta ALLAH. buktikan kecintaan kalian.

 yok mengundi yok! mengundi kerana ALLAH dan ISLAM tentunya!!!

takbiiiiir!

<rkukaudya>

1 Comment

Filed under peringatan

One response to “slamat mengundi

  1. Assalamualaikum…sama lah, 1st time mengundi. riso jgk slh pilih…pas selidik kedua2 calon, doa, solat, tawakal pd Nya moga xsalah pilih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s