apa2 aja

>bila sesekali aku dapat bukak kom n layari internet. bila da masuk blog sendiri, aku slalunya jadi kaku sjuta kata. walhal…telalu banyak benda yg nak ditulis n dikongsi.
entah. memang da macam ni. makin banyak yg bersawang di kepala, berbuku di dada n bermain di jiwa, makin buat aku lebih suka memilih diam. akhernya jemari yg mulanya bersemangat nak menaip , jadi kejang sebab tak bergerak. kaku kat atas keyboard. n akhernya juga, aku pun mule merayap2 tengok blog2 orang lain.

>sronok bila dapat jumpa blog2 yg comel2, penuh sentuhan kreativiti pemiliknya, lagi2 bila isinya menjurus kepada mencari cinta-NYA. buat aku rasa sangat teruja n gembira. berkira2 klo la mereka2 itu sudi bersahabat denganku. he. tapi…xmungkin kot. pe yg aku perhatikan sejak aku skolah, budak2 aliran agama, yg pakai tudung labuh, jubah (aku gelar budak agama) lebih suke berkawan dengan budak agama gak. betullah pe dorang buat tu. sebab kita memang dituntut mencari kawan yg baik agamanya. kerna kawan yg baik akan mendorong kita bebuat kebajikan n menegur kita bila kita ingin melakukan kejahatan. menasihati kita. tapi klo asek dengan geng2 agama je…buat aku yg bese2 ni rasa tak layak nak mendekati n mendampingi mereka. buat aku rasa kecik.

he. apa yg aku nak cakap sebenarnya ek.

> ntah.moga ALLAH ampuni sgala dosaku n izinkan aku tetap dalam jalan-NYA yg lurus, walaupun banyak kali langkahku tersasar, terbengkok2, moga aku kan tetap menuju ke destinasi yg SATU lagi ABADI…

<b.lanun>
 

1 Comment

Filed under catatan rkukaudya

One response to “apa2 aja

  1. mujahidah

    tak perlu rasa tak layak, ataupun rasa kecil untuk mendampingi *budak agama*, kerana.. semua umat Islam mempunyai matlamat yang sama, capaian yang sama.. redha Allah dan SyurgaNya. Mereka punya matlamat untuk mencari Deen Allah, begitu juga anda. Mereka mungkin lebih pada pakaian, dan akhlak.. tetapi ada kekurangan di tempat lain. Kekurangan yang mungkin boleh ditampung oleh insan seperti anda. Kekurangan anda pula mungkin boleh ditampung oleh mereka. Kesimpulannya, kesemuanya mempunyai kelebihan dan kekurangan. Hanya Allah yang layak menilai kecil atau besarnya seseorang di mata Dia. Teruskan pencarian Islam tanpa gundah. Moga terus tsabat atas jalannya.

    Barakumullahufikum

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s