perihal Lailatul Qadar

salam

‘ Bab fadly qiyami lailatil qadry wa bayani arja layaliyha ‘
( bab pada menyatakan keutamaan mengerjakan solat di malam lailatul qadar dan huraian perihal malam2 yang lebih dapat diharapkan menemuinya )

\#\ Dari Ibnu Umar radiallahu ‘anhuma bahwasanya beberapa orang lelaki dari para sahabat Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam diberitahu dalam mimpi mengenai tibanya lailatul qadr iaitu dalam 7 yang terakhir ( yang dimaksudkan ialah antara malam ke 22 sampai malam ke 28). Rasulullah s.a.w lalu bersabda; ” Saya melihat mimpi2mu semua itu cocok iaitu pada 7 yang terakhir. Maka barangsiapa hendak mencari lailatul qadr itu, hendaklah mencarinya pada 7 yang terakhir itu juga .”      (muttfaqun ‘alaih)

\#\ Dari ‘Aisyah radiallahu ‘anha, katanya; Rasulullah s.a.w itu beri’tikaf dalam 10 hari yang terakhir dari bulan Romadon dan beliau bersabda; ” Carilah lailatul qadr itu dalam sepuluh yang terakhir ( iaitu antara malam ke 21 sampai malam ke 30) dari bulan Romadon .”      (muttafaqun ‘alaih)

\#\ Dari ‘Aisyah r.anha pula bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda; ” Carilah lailatul qadr itu dalam malam ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Romadon ( iaitu malam ke 21, 23, 25, 27, dan 29). ”     (riwayat Bukhory)

\#\ Dari ‘Aisyah r.anha katanya; ” Rasulullah s.a.w itu apabila telah masuk sepuluh hari yang terakhir dari bulan Romadon, maka beliau menghidup-hidupkan malamnya (iaitu melakukan ibadat pada malam harinya itu) juga membangunkan isterinya bersungguh2 (dalam ibadat) dan mengeraskan ikat pinggangnya (maksudnya adalah sebagai kata kinayah menjauhi dari berkumpul dengan isterinya).”      (muttafaqun ‘alaih)

\#\ Dari ‘Aisyah r.anha pula katanya;” Rasulullah s.a.w itu bersungguh2 dalam beribadat dalam bulan Romadon yang tidak sedemikian bersungguh2nya kalau dibandingkan dengan bulan lainnya, juga di dalam 10 hari terakhir dari bulan Romadon itu beliau s.a.w bersungguh2 pula yang tidak sedemikian bersungguh2nya kalau dibandingkan dengan hari2 Romadon yang lain.”      (riwayat Muslim)

\#\ Dari ‘Aisyah r.anha , katanya; ” Saya berkata : ‘ Ya Rasulullah, bagaimanakah pendapat tuan, jikalau saya mengetahui pada malam apa lailatul qadr itu, apakah yang harus saya ucapkan pada malam itu?’ Beliau s.a.w menjawab: ” Ucapkanlah;
‘ Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anna ‘
ertinya;
Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pengampun, gemar memberikan pengampunan, maka ampunilah kami . ”
( diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadits Hasan Sohih)

——————————-

rujukan-Kitab Riyadhus Solihin

ringkasnya;

:: di baki 6/7 malam terakhir Romadon ni, hidupkanlah dengan ibadah2 seperti solat sunat, membaca alQur-an, zikrullah, bertakbir, bertasbih dan bertahmid, mohonlah keampunan yang sebanyak2nya daripada ALLAH.

:: andai bercita2 ingin menemui lailatul qadr, malam yang lebih baik dari seribu bulan itu , carilah antara 7 @ 10 malam terakhir Romadon, dalam malam2 ganjil.

:: contohilah Nabi kita, tiadalah bulan yang lebih amat bersungguh2 beliau menghamba diri pada Robbnya selain bulan Romadon , begitu juga tiada beliau lebih bersungguh2 beri’tikaf pada hari Romadon melainkan pada malam 10 terakhir.

:: contohilah juga Nabi yang tidak membiarkan saat berharga ini hanya untuk diri baginda seorang, kejutkanlah seisi rumah bahkan smua saudara seIslam kita agar bersama2 mendapat kelebihan dan keberuntungan.

:: sekiranya ditakdirkan, untuk semua usaha , kesungguhan dan keiklasan kamu lalu kamu berhasil bertemu dengan lailatul qadr itu, ucapkanlah lafaz sebagaimana yang telah diajar oleh Nabi, sebanyaknya;

‘ Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anna ‘
ertinya; Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pengampun, gemar memberikan pengampunan, maka ampunilah kami . “

<c.gembel>

Leave a comment

Filed under peringatan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s