tentang puasa

Salam buat semua.

Smoga tetap dalam iman, taqwa, cinta dan rindu yang bersangatan hanya pada ALLAH. Romadon tinggal beberapa jam lagi bersua. Romadon slalu dikaitkan sebagai madrasah iman. Dah bersediakah kita zahir dan batin?

Ahad lepas, aku diizinkan Tuhan berziarah ke kedai buku. Ya ALLAH! Seronotnyeeeeee…hanya Tuhan yang tahu ;=p . Aku memang suke gi kedai2 buku nih. Dok lama2 dalam tu pun takpe. Tengok buku2, rasa macam nak borong semua.he! (beli rajin, bacenye entah bila.he ) Macam nak tido ngan buku2 tu smua. Rasa puas sangat dapat tengok dan belek2 buku. Mana2 buku yang kena dengan jiwa aku, klo ada duit aku akan beli. Bagi aku, klo takdan baca pun, beli dulu. Bila da ada kat umah, nanti2 bleh baca, pasti dibaca. Tapi klo tak beli sekarang, lain kali belum tentu jumpa lagi. Rasa rugi sangat. Macam buku motivasi tajuknya ‘Dugaan Hidup’. Sampai sekarang aku tak jumpa lagi buku tu. Tak ingat penulis dan penerbitnya. Yang aku ingat, bukunya kecik je, warna kelabu, dalam dia de kata2 hikmah dari penulis dan diselitkan ayat2 alQur-an dan hadits. Bukan tak penah beli. Dulu buku ni aku bawa ke mana2, tapi satu hari…ada kawan nak pisah. Takde pe2 nak bagi dia. So, aku hadiahkan buku tu kat dia. n till now… aku tak dapat bli lagi buku tu.

eh, lain plak yang aku citer. he. maaf ye. Sebenarnya yang aku nak kongsi kat sini ialah tentang buku terbitan Telaga Biru. Bagi mempersiap sediakan diri kita luar dan dalam, zahir dan batin…aku syorkan kalian dapatkan buku ni. Aku da baca separuh. Senang nak paham, sangat santai, dan sesuai untuk sme pringkat umur. Buku ni lahir dari soalan2 yang sebenarnya memang slalu bermain2 dan berlegar2 di pikiran kita. Sebaik2 belajar agama memang dengan guru yang muktabar, tapi klo tak sempat sangat…buku ni da cukup baik untuk kita lengkapkan diri supaya dapat menjalani ‘ibadah dengan ‘ilmu. Tak mahal mana, lebih kurang rege kaset nyanyi2 he. rm16.90 je.

Blom terlewat, beli cepat2 sementara stok masih ada! dan masa masih valid. he. Yerla, klo bli lepas Romadon da kurang la sket gunanya. he. Tapi takpe, aku akan letakkan gak sket2 info berguna dalam buku ni kat blog ni. ensha ALLAH bi iznillah.

<b.lanun>

p/s: rasa nak bukak kedai buku makin bekobar2, dapat bukak secara maya pun bagus gak kan. he. ya ALLAH…permudahkan…..

Leave a comment

Filed under buku@rkukaudya, peringatan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s