salam jumaat

Salam Jumaat buat semua

Jumaat ni adalah jumaat terakhir Sya’ban tahun ni. Sebab jumaat minggu depan telah masuk minggu pertama Romadon. Masih ada kurang seminggu untuk persiapkan diri menyambut datangnya Romadon dan juga tinggal kurang seminggu bagi kita berbuat kebajikan dan melunaskan hutang2 yang tertangguh di bulan Sya’ban ni. Sebenarnya tiap bulan2 Allah ada kelebihannya tersendiri. Yang penting, sebenarnya tiap tahun, bulan, hari malah tiap saat kita perlu menjadi hamba yang taat dan bertaqwa kepada Allah. Yang Menciptakan kita dari mungkin tiada kepada ada sekarang.

:: Untuk baki2 Sya’ban ni, kalau kita belum habiskan ganti puasa, gantilah cepat2. Tapi awas!!! Jangan berpuasa di hari terakhir Sya’ban, iaitu hari syak ( kita tak pasti yang hari tu masih Sya’ban @ da masuk Romadon ) @ hari yang selalunya orang2 gi tengok anak bulan. Larangan ni ada dalam hadits Nabi;
‘ Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi Muhammad s.a.w, sabdanya: “ Janganlah seseorang di antara kamu mendahului Romadon dengan puasa sehari @ dua hari, kecuali kalau seseorang itu biasa berpuasa tepat hari puasanya, maka hendaklah ia berpuasa pada hari itu.” ‘ [muttafaqun ‘alaih] (yang aku paham, maksudnya; katalah dijangka puasa hari rabu, dan hari isnin sebelum tu seseorang tu puasa sebab dia memang ahli, maksudnya dia selalu puasa hari isnin khamis, maka dia dibolehkan, tapi kalau tak, sebaiknya jangan puasa, kecualilah kita tak habis lagi bayar puasa ganti. Tapi puasa di hari syak tetap dilarang, ingat.)
‘ Dari Abul Yaqzan, iaitu ‘ammar bin Yasir r.anhuma katanya; “ Barangsiapa yang berpuasa pada hari yang diragu2kan hari itu- iaitu apakah masih Sya’ban atau sudah masuk Romadon- maka ia telah berma’siat dengan Abal Qasim – iaitu Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam.” ‘ [diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dan Imam Turmidzi, dan Turmidzi mengatakan bahwa ini adalah hadits hasan sohih.]

:: Kalau belum ada bersedeqah di bulan ni, kalau ada singgah di mana2 masjid untuk bersolat, masukkanlah seberapa yang kita ada di kocek, semampu kita. Takpun, kalau kita pergi pasar2 lambak @ pasar2 malam, kalau ada mereka2 yang menghulurkan tangannya, berilah sedekah pada mereka. Niatkan pemberian kita tu kerna Allah, kalaupun kita tak setuju dengan perbuatan mereka2 tu, simpan je tu dalam hati. Biarlah tu urusan antara dia dengan Tuhan. Lagipun, mungkin ada kisah disebalik kehidupan mereka yang kita tak tahu. Takpun, kalau kita tau mana2 tempat untuk bersedekah, bersedekahlah sekarang. Ingat, sedekah tak pernah mengurangkan harta kita, bahkan ia menyucikan harta2 kita dan membuatkan harta2 kita membiak. Percayalah! Allah tak pernah berdusta.

:: Pe je kesempatan kita untuk berbuat kebaikan dan berbuat ta’at, buatlah! Bila teringat terus buat. Walau sedikt2. Baca Qur-an sementara tunggu solat ‘isyak @ sebelum tidur ke…basahkan lidah dengan zikrullah, sementara tunggu bas nak gi sekolah, gi pejabat, masa tengah masak ke…, tengah memandu, tengah wat keje, bila2 masa je dan dalam keadaan pe pun. Berdiri, duduk, berbaring, berjalan, melompat, berlari. Biar zikrullah tu slalu jadi lagu di hati Tanda kita sentiasa mengingati-Nya dan merindui-Nya.

:: Banyakkan juga beristighfar, mohon keampunan-Nya. Tiap waktu, samada kita sadar @ tak…pasti kita ada berbuat dosa dan kesalahan. Kadang2, kita selalu tak perasaan dosa2 kecil yang kita buat. Bertaubat bukan nak tunggu bila buat dosa besar je. Tak ada di antara kita ni tak berdosa dan tak buat salah. Samada pada Allah @ sesame makhluk, manusia @ haiwan @ tumbuhan. Maaf kalau ada yang tak setuju. Tapi ini kenyataan… kecualilah anda seorang yang amat wara’, amat ‘alim, amat ‘abid. yang selalu solat di awal waktu tanpa menangguh2kan solat dengan sengaja.
yang sentiasa menjaga kedua2 matanya dari melihat yang haram dan yang syubhat, tak tengok aurat orang lain, tak tengok perkara yang boleh meransang nafsu, dll
yang sentiasa menjaga kedua2 telinganya dari mendengar yang haram dan yang syubhat, tak dengar umpat keji orang lain pada orang lain, dll
yang sentiasa menjaga mulutnya, bibirnya dan lidahnya dari berbicara @ melakukan sesuatu yang haram dan syubhat. Tak pernah mengumpat, menipu, mengeraskan suara pada orang ibu bapa dan orang yang lebih tua, dll
yang sentiasa menjaga kedua2 tangannya dari melakukan perkara2 yang haram dan yang syubhat, tak mencuri, tak pukul orang tanpa sebab,
yang sentiasa menjaga kedua2 kakinya dari melakukan perkara2 yang haram dan yang syubhat, tak langkahkan kaki ke tempat2 yang banyak ma’siat berlaku @ boleh mendorong kita bebuat ma’siat sekali. Tak gi disko, wayang, konset2, tempat2 yang buat kita lalai mengingati Allah, jauh dari-Nya dan buat kita tinggalkan solat.
yang sentiasa menjaga hatinya pada setiap waktu dari segala penyakit hati, juga menjaga aqal dan fikirannya dari semua yang melalaikan dan buat kita cintakan dunia dan seisinya.
yang setiasa menjaga perutnya dari dimasuki makanan2 @ minuman2 yang haram dan syubhat
yang menjaga kehormatannya.
dan banyak lagi yang perlu dan patut dijaga…

Macam mana? Kalau memang kalian menjaga semuanya, kalian memang tak ada dosa. Tapi walaupun begitu kalian tetap perlu beristighfar kerna Nabi Muhammad s.a.w slalu beristighfar, dan Nabi adalah pesuruh dan kekasih Allah, dan Allah suke pada hamba-Nya yang slalu beristighfar memohon ampun dan belas dari-Nya. Dan jadi kebiasaan kita, akan berusaha buat semua yang disukai oleh kekasih kita, betul tak? Jadi kita juga perlu slalu beristighfar dan bertaubat untuk menggembirakan Dia, cinta hati kita…betul tak?

> Untuk menyambut Romadon pula, persiapkan diri kita dengan ilmu. Ilmu untuk beramal. Ilmu untuk segala ‘amal ibadat yang kita nak buat. Dari hal2 puasa, sedeqah, zakat, perkara2 sunat hingga ke solat terawih. Sesungguhnya, ibadat seorang ‘abid yang ‘alim (berilmu, tahu dengan apa ibadat yang dikerjakan) lebih disukai Allah.

Untuk diri…hargailah waktu yang ada…
Semoga dirohmati Allah dan dimudahkan segala usaha untuk mendekat diri pada-Nya…

<b.lanun>

Leave a comment

Filed under peringatan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s