terus merdeka!

Salam kemerdekaan
Salam kesejahteraan
Salam kesyukuran
Salam kegembiraan
Salam keamanan
Salam kegemilangan

Salam kemajuan

Salam keinsafan
Salam penuh keimanan

‘…takutlah kamu akan apa2 yang di hadapan kamu dan apa2 yang ada di belakang kamu, supaya kamu mendapat rohmat…’ ( Yaasin:45)

Salam buat semua.

Tak lewat rasanya bagi aku untuk ucapkan syukur dan selamat untuk kemerdekaan Malaysia yang menjejak 50 tahun pada tahun ini tepat pada 31 Ogos lalu. Bersyukurlah kita semua untuk anugerah Tuhan yang tak ternilai ini. Bukan umat Islam sahaja, malah buat semua individu yang menetap di Malaysia perlu rasa bersyukur atas kurniaan Tuhan ini. Harapanku, kita telah menyambutnya dengan penuh tertib dan dengan cara yang sepatutnya. Merdeka bukan setakat menyambutnya dengan mengibarkan bendera, menyanyi lagu patriotik, berbaris, berarak, menjerit2 dan melaungkan merdeka!…tapi lebih dari itu.

Dalam Islam, kita memang dituntut mencintai tanah tempat kita berteduh, bernaung dan berlindung. ‘hubbul waton’. Kerna bila kita dah cintakan negara kita, kita pasti akan menjaga negara kita dengan baik. Kita takkan suka2 melakukan kerosakan di muka bumi ni. Kita akan bersatu padu menjadikan negara kita aman makmur, bahgia dan selamat untuk didiami.

Dalam keseronokkan kita menyambut kemerdekaan yang ke 50 tahun ini, kita juga seharusnya berhati2. Amatilah tiap pelakuan kita hingga kini. Adakah kita lebih banyak melakukan kebajikan @ kejahatan dan kemungkaran. Aku cakap gitu sebab, harap2 janganlah semua ni’mat yang kita kecap selama ini sebenarnya suatu istidraj dari ALLAH. Istidraj ni bererti penangguhan waktu. Yelah, kalau kita amat-amati selama ni kita banyak buat jahat, buat dosa, sakitkan hati orang, langgar suruhan ALLAH, tapi kita masih lagi bahgia, aman ,seronok, dan terus2san diberi ni’mat. Maka andai begitu, takut2 itu adalah istidraj. Di mana ALLAH biarkan kita dengan ni’mat2 dan keseronokkan, yang andai kata tidak juga insaf dan sedar dengan perlakuan kita itu…akan datang satu masa ALLAH akan membalas semuanya. Tidak sukar bagi ALLAH nak terbalikkan kita sebagaimana umat terdahulu. Nak buatkan kita lenyap dari muka bumi ni dengan sekelip mata. Tak sukar bagi ALLAH.

Aku tak bermaksud berharap sebegitu…aku sekadar mengingatkan diri sendiri dan kalian2 yang aku kasehi kerana ALLAH. Syukurilah setiap ni’mat yang Tuhan kurniakan dengan sebaik2nya. Mudah2an Dia akan tambah lagi untuk kita ni’mat yang lain. Janganlah kita balas segala kebaikan Tuhan kita dengan menjadi hamba yang derhaka. Jadilah hamba yang bersyukur. Andai ada yang belum melafazkan syukur itu, lafazkanlah sekarang…

‘ syukur alhamdulillah ya Ilahy, untuk ni’mat hidup dan kemerdekaan ini…berkatilah, rohmatilah dan lindungilah kami dan negara kami.

ameenn’

Semangat merdeka juga tak seharusnya terhenti setakat hari 31 Ogos sahaja. Tak perlu tunggu 31 Ogos tahun hadapan baru bersemangat rasa cintakan negara…cintakan negara itu harus selalu ada dalam hati semua rakyat jelata.

Doaku…mudah2an negara kita menjadi negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam landasan dan syari’at Tuhan. Semoga kita dalam rohmat dan lindungan-Nya selalu. ameenn…..

<b.lanun>

Leave a comment

Filed under rkukaudya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s