tentang gerhana, buktikan keimananmu…

Salam

Malam tadi, selepas maghrib dalam pukul 8 malam, imam masjid di kampung aku bagitahu ada kejadian gerhana bulan. Imam menerangkan kaedah @ cara solat sunat khusuf ( gerhana bulan ) bagi jemaah yang ada di masjid dan penduduk kampung aku yang ada di rumah masing2 . Kalau diikutkan, solat sunat gerhana ( tak kisahla bulan ke matahari ) adalah solat sunat muakkad kedua yang digalakkan dilakukan secara berjemaah, tak kira la di masjid ke, padang ke @ kawasan lapang. Tapi boleh je solat sendiri, yang penting buat. Kalau solat jemaah, Imam akan bagi khutbah sket selepas solat.

Solat sunat gerhana ni memang digalakkan kita umat Islam buat. Kita buat pun masa gerhana tu sedang berlaku, kalau gerhana da habis, tak perlu buat. Kejadian gerhana pun bukan lama sangat, rasanya cuma dalam beberapa minit je. Yela, jarang berlaku. Jadi bila datang kesempatan dan peluang, rugi kalau kita tak ambik. Dulu masa aku kecik2, rasanya dua kali je aku jumpa gerhana, sekali masa kat sekolah rendah (gerhana matahari). Cekgu kitorang ajar kitorang tengok gerhana matahari dengan filem gambar.he. Yang hitam tu. Masa tu suasana gelap sekejap walaupun da nak tengahari. Kali kedua,aku tengok gerhana bulan. Pukul 3 pagi, aku,bapak (masa dia ada lagi) dan mak, kami keluar rumah dan berdiri di tepi jalan tengok gerhana bulan. Masa tu gerhana cincin. Da besar2 ni, macam makin kerap plak gerhana berlaku. Tahun lepas, kejadian gerhana bulan berlaku masa bulan September. Aku ingat sebab,kebetulan hari tu hari jadi akak aku. Tahun ni ada lagi.

Sedikit sebanyak berkenaan gerhana;

Ø Kalau berlaku gerhana bulan, kita solat sunat Khusuf. Kalau gerhana matahari, kita solat sunat Kusuf .
Ø Solat ni disyari’atkan pada Rabiul Awal tahun 10 Hijriah bersamaan Jun tahun 631 Masehi. Pada hari itu telah berlaku gerhana matahari.
Ø SIRAH :- Mengikut kepercayaan karut orang jahiliyah, bila berlaku gerhana maknanya sesuatu yang buruk telah berlaku di bumi. Kebetulan, dengan taqdir Allah, pada hari tu anak lelaki Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam iaitu Ibrahim, wafat. Melihatkan hal itu, maka ramailah umat Islam yang percaya bahwa gerhana tu ada kaitan dengan kewafatan Ibrahim. Ada yang mengatakan itu mukjizat Ibrahim selaku anak Nabi. Nabi mendapat tahu lalu setelah selesai urusan pengebumian Ibrahim, Nabi bergegas ke masjid dan mengajak orang Madinah untuk solat gerhana matahari. ( rujuk; Fathul Bari, juz;3, m/s 244 )
Ø HIKMAH :- Kenapa kena solat gerhana? Gerhana kan salah satu kejadian alam? Lagipun tak ke seperti kita menyembah bulan @ matahari? . Jawapan; gerhana memang salah satu sunnatullah, kejadian alam.
Sebagaimana sabda Nabi. Dari ‘Aisyah r.anha, telah bersabda baginda; “ Bahawa matahari dan bulan adalah dua dari tanda2 (ayat2) kekuasaan Allah, keduanya tidak mengalami gerhana kerana kematian seseorang juga tidak kerana kehidupan seseorang. Oleh kerana itu, jika kalian melihat kejadian (gerhana) tersebut maka berdo’alah kepada Allah serta bertakbir dan bersedekahlah ” ( Sohih Bukhari dan Muslim ) .

Tujuannya pula adalah untuk menolak kepercayaan karut tentang gerhana. Bila kita solat semasa gerhana, tidak bermaksud kita menyembah bulan @ matahari. Allah telah berfirman dalam surah Fushshilat ayat 37 yang bermaksud; “ Dan sebahagian dari tanda2 kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah bersujud kepada matahari dan janganlah pula kepada bulan, tetapi bersujudlah kepada Allah yang Menciptakannya, jika kamu hanya kepada-Nya saja kamu menyembah. “ . Ibadah solat ini adalah sebagai tanda keimanan kita kepada Allah, Tuhan Semesta Alam.

Ø CARA PELAKSANAAN SOLAT SUNAT GERHANA:
Mengikut riwayat Bukhori dan Muslim, dan diputuskan oleh mazhab Syafi’e, solat dilakukan 2 raka’at. Setiap raka’at ada 2 qiyam, 2 bacaan Fatihah, 2 ruku’ dan 2 sujud. Maknanya , kesemua 2 raka’at tu merangkumi 4 qiyam, 4 bacaan Fatihah, 4 ruku’ dan 4 sujud.
1- Berdiri tegak ( qiyam )
2- Lafaz niat ( gerhana bulan/khusuf @ gerhana matahari/kusuf ) , kalau tak tahu lafaz niat bahasa arabnya, niat di hati pun takpe. ‘ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan/gerhana matahari 2 raka’at kerana Allah Ta’ala.
3- Takbiratul ihram
4- Doa Iftitah
5- Bacaan Fatihah, diikuti surah @ ayat2 al-Qur an yang kita fasih.
6- Ruku’ – baca tasbih sebanyak2nya
7- I’tidal
8- Bacaan Fatihah, diikuti surah @ ayat2 al-Qur an
9- Ruku’ – baca tasbih sebanyak2nya
10-  I’tidal
11-  Sujud – baca tasbih sebanyak2nya
12-  Duduk antara 2 sujud
13-  Sujud kedua – baca tasbih sebanyak2nya
14-  Bangun dan ulangi perkara yang sama untuk raka’at kedua.
15- Pada raka’at kedua selepas sujud terakhir, tahiyat akhir, tasyahud dan solawat, diakhiri dengan salam.

Bacaan surah yang biasa dibaca; Qiyam pertama surah as-Syams, Qiyam kedua surah al-Lail, Qiyam ketiga surah al-Ikhlas dan Qiyam keempat surah al-Falaq.
Jika solat secara berjemaah, sunat diadakan bacaan khutbah bagi menerangkan tentang fakta kejadian gerhana dan mengaitkannya kepada keimanan kita kepada Allah dan kekuasaan-Nya. Supaya umat Islam tidak percaya kepada kepercayaan karut lagi khurafat, juga mengingatkan makmum supaya berbuat taat kepada Allah dan tidak membuat kerosakan di muka bumi.

Selain solat sunat, kita juga dituntut untuk memperbanyakkan zikirullah, bertakbir, bertasbih dan bertahmid, berdo’a dan bersedekah. Diceritakan juga dalam Sohih Bukhori dari Asmak r.anha, beliau berkata; ‘ Rasulullah s.a.w telah memerintahkan untuk memerdehekakan budak/hamba pada saat terjadi gerhana matahari.’ .

Wallahu a’lam.

( rujukan; Solat2 Sunat, Hikmah dan Cara. Hj Mohamad Jajuli Abd Rahman. WholesaleMart / Sohih dan Dhoif Kitab al-Adzkar, Syeikh Salim ‘Ied al-Hilali )

<rkukaudya>

Leave a comment

Filed under catatan rkukaudya, peringatan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s