sekadar mengingatkan

salam

Sekadar mengingatkan, yang masuk je maghrib malam isnin ni…adalah nisfu Sya’ban. Nisfu @ nisf tu, adalah kalimah arab yang bermaksud setengah. Sebab tu malam 15 Sya’ban disebut juga nisfu Sya’ban, sebab da tengah bulan Sya’ban.

 “Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)” 

 (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyard)

Malam semalam, mak tanya…apa sejarah nisfu Sya’ban ni? Aku tak dapat pastikannya. Secara kasar, aku baca dan dengar…ada kaitannya dengan peristiwa di mana sewaktu nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam sedang solat bersama sahabat2, baginda dapat perintah dari Allah Ta’ala supaya menukarkan qiblat dari Baitul Maqdis, di Palestin ke Ka’bah di Baitul Haram, Mekah. Tapi sohih @ tidak kisah ini dan kaitannya dengan nisfu Sya’ban tak dapat aku pastikan. Setakat buku2 yang aku ada, aku tak jumpa.

Tentang kelebihan malam nisfu Sya’ban pula, aku juga tak dapat mempastikannya. Ada la beberapa hadis yang biasa aku baca, tapi aku taknak letak. Aku takut kalau2 ianya hadis maudu’,hadis palsu.

Tentang ‘amalan2 di nisfu Sya’ban pula; di kampung aku, dan sejak aku kecil, bapakku ( smoga Allah rohmati rohnya dan permudahkan siksa quburnya ) slalu ajak aku baca surah yasin 3x. Yasin pertama, diniatkan agar dipanjangkan umur dalam mentaati Allah. Yasin kedua, diniatkan agar diluaskan rezeki yang halal dan diberkati, dan Yasin ketiga diniatkan agar dapat mati dalam husnul khotimah ( mati dalam keadaan yang baik,sebagai orang Islam). Siangnya pula berpuasa. Selebihnya, perbanyakkan amal ibadah yang lain seperti membanyakkan istighfar, zikrullah, selawat atas nabi, solat2 sunat, membaca alQur-an,berdo’a.  

Ada sesuatu yang ingin aku kongsi dan luahkan di sini. Tapi sebelum itu, bacalah kata2 dari ulamak kita ni…

Ulas Dr. Yusuf al-Qaradawi:“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.” ( Dr. Yusuf al-Qaradawi,jilid 1, m/s 382-383, cetakan Dar Uli al-Nuha, Beirut)

lagi…

Ulamak kontemporari masa kini, Syiekh Dr. Yusof al-Qaradhawi juga menyatakan di dalam fatwanya: ((Tentang malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah)). 

dan…

((Di dalam kaedah syara’, tidak dibolehkan untuk menentukan sesuatu hari khusus untuk berpuasa atau sesuatu malam yang tertentu untuk dihidupkan dengan ibadah tanpa bersandarkan kepada nas syara’ kerana sesungguhnya urusan ibadah ini bukanlah urusan yang sesiapa pun berhak menentukannya, tetapi ia adalah hak Allah semata-mata)).            (Rujuk Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah, 2/343)

 

dan apa yang aku lampirkan ni adalah untuk penambah ilmu dan penguat iman. Mereka ulamak adalah sebagai pembantu kita penunujuk jalan agar tak tersimpang. Ingatlah, ulamak itu pewaris nabi. aku ambil dari sebuah blog INTIS.

 

Walau bagaimanapun, janganlah dengan sebab2 ini…ada antara kita merasa lemah atau terus terbantut nak berbuat ibadah. Memang hal2 tentang sambutan maulid,tahlil dan termasuk Sya’ban menjadi perbincangan hebat sesetengah ulamak dan hamba Allah dengan mengatakan ia adalah bida’ah. Dan kita amat ketahui, bahawa Rasul telah bersabda bahwa setiap bida’ah itu nerakalah tempatnya.

 

Apa yang aku nak sampaikan di sini…sebolehnya memang kita kena berbuat sesuatu ibadat itu dengan ilmu, bukan sekadar ikut membuta tuli. Tapi aku sedar, ada antara kita yang ilmu agamanya tak tinggi. Macam aku. Sekadar mengetahui yang wajib2 dan yang selalu menjadi kebiasaan. Jadinya…sekiranya kita ada kudrat untuk cari dalil bagi sesuatu yang musykilkan dengannya, kita carilah. Tanya ustaz2 @ ustazah2 yang dipercayai, cari dan rujuk kitab2 sohih, di zaman moden ni kita ada internet…gunakan ia untuk ilmu yang bermanfaat.

 

Tentang berbuat taat sempena nisfu Sya’ban pula…aku cadangkan…teruskanlah dengan kebiasaan ibadat yang kalian buat selalunya, tapi…dengan syarat, janganlah kita niat berbuat sebanyak ibadat dan kebaikan kita kerna hari @ malam itu adalah nisfu Sya’ban. Buatlah dengan niat kerana Allah semata2. Yakinlah, selagi yang kita buat itu adalah perkara yang baik, hanya Allah lah yang memberi pahala dan balasan bagi setiap apa yang kita lakukan. Dan ingatlah, Allah itu amat tahu dengan apa yang terdetik di hati kita kerna Allah itu Maha Dekat, lebih dekat dari kerongkong kita.

 

Ini adalah sekadar pendapat seorang gembel yang hina. Tidak bermaksud melawan ulamak. Cuma aku takut ada yang terus tak buat apa2 ibadat kerna menganggap setiap ibadat kita pada nisfu Sya’ban itu bida’ah.

 

Slamat beribadat kerana Allah. Perhatikan dan amati hadis sohih pertama yang aku nyatakan di atas. Semoga disaat Allah melihat kita hamba2-NYA, DIA melihat kita dalam keadaan taat dan taqwa. Sama2lah kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah. Buatlah apa saja ibadat yang kita tahu dan mampu lakukan hari ini dan tika ini.

 

Kerna esok maupun sesaat nanti belum pasti untuk kita lagi.

 

<c.gembel rkukaudya>

1 Comment

Filed under keHIDUPan, peringatan

One response to “sekadar mengingatkan

  1. manfaatkan bulan ni sebaiknya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s