Daily Archives: August 26, 2007

sekadar mengingatkan

salam

Sekadar mengingatkan, yang masuk je maghrib malam isnin ni…adalah nisfu Sya’ban. Nisfu @ nisf tu, adalah kalimah arab yang bermaksud setengah. Sebab tu malam 15 Sya’ban disebut juga nisfu Sya’ban, sebab da tengah bulan Sya’ban.

 “Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)” 

Malam semalam, mak tanya… apa sejarah nisfu Sya’ban ni? Aku tak dapat pastikannya. Secara kasar, aku baca dan dengar… ada kaitannya dengan peristiwa di mana sewaktu nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam sedang solat bersama sahabat2, baginda dapat perintah dari Allah Ta’ala supaya menukarkan qiblat dari Baitul Maqdis, di Palestin ke Ka’bah di Baitul Haram, Mekah. Tapi sohih @ tidak kisah ini dan kaitannya dengan nisfu Sya’ban tak dapat aku pastikan. 

Tentang ‘amalan2 di nisfu Sya’ban pula; di kampung aku, dan sejak aku kecil, bapakku ( smoga Allah ampunkan dosanya, rohmati rohnya dan permudahkan siksa quburnya ) slalu ajak aku baca surah yasin 3x. Yasin pertama, diniatkan agar dipanjangkan umur dalam mentaati Allah. Yasin kedua, diniatkan agar diluaskan rezeki yang halal dan diberkati, dan Yasin ketiga diniatkan agar dapat mati dalam husnul khotimah ( mati dalam keadaan yang baik,sebagai orang Islam). Siangnya pula berpuasa. Selebihnya, perbanyakkan amal ibadah yang lain seperti membanyakkan istighfar, zikrullah, selawat atas nabi, solat2 sunat, membaca alQur-an,berdo’a.  

Slamat beribadat kerana Allah. Semoga disaat Allah melihat kita hamba2-NYA, DIA melihat kita dalam keadaan taat dan taqwa. Sama2lah kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah. Buatlah apa saja ibadat yang kita tahu dan mampu lakukan hari ini dan tika ini.

Kerna esok maupun sesaat nanti belum pasti untuk kita lagi.

1 Comment

Filed under keHIDUPan, peringatan