kisah israk dan mi’raj

Hari Sabtu ni, 11hb Ogos 2007 bersamaan 27 Rejab 1428 Hijriah. Hari yang telah jatuh dan berlaku padanya 1 peristiwa penting yang menjadi sejarah yang besar bagi umat Islam, umat Muhammad…iaitu peristiwa Israk dan Mi’raj. Pentingnya bagi kita yang mengaku dan bersyukur menjadi umat Muhammad mengetahui dan mengingatinya ialah kerna pada tarikh inilah beribu tahun dulu, kita mendapat kefarduan solat lima waktu sehari semalam.Solat yang wajib bagi kita melaksanakannya,yang telah dilaksanakan sejak   ia difardukan oleh umat2 terdahulu, sehingga kini dan sehingga tibanya Kiamat. Solat yang wajib kita laksanakan andai kita ini mengaku hamba-NYA, tidak kira dalam apa keadaan sekalipun…kecuali setelah kita dicabut nyawa oleh ALLAH Subhanahu wa Ta’ala. Kerna, setelah itu…kita yang mengharapkan orang lain mensolatkan kita. ;=l

Peristiwa ini boleh diibaratkan sebagai motivasi ALLAH pada baginda Rasul, sebagai tanda kaseh ALLAH pada baginda. Untuk meningkatkan kekuatan batin dan diri baginda bagi meneruskan amanah sebagai utusan ALLAH dan menegakkan kalimah-NYA. Juga sebagai bukti ALLAH memperlihatkan kekuasaan-NYA kepada hamba-NYA yang terpilih. Dan sudah semestinya ia benar2 memberi kekuatan dan semangat pada baginda Rasul kerna ia juga menjadi satu mu’jizat dan petanda kebenaran bagi risalah dan kenabian baginda.

Sesungguhnya ALLAH memang Maha Mengasihi dan Mengasehani hamba2-NYA. Apatah lagi utusan-NYA, penyampai risalah2 tauhid-NyA, iaitu baginda MUHAMMAD sallallahu ‘alaihi wa sallam. Masakan tidak, setau aku, sejarah Islam mencatatkan bahwa peristiwa Israk dan Mi’raj itu berlaku setelah nabi melalui tahun dukacita, iaitu tahun ke-10 kerasulan baginda adalah tahun yang paling berat dan dukacita bagi baginda Rasul. Pada tahun itulah 2 orang yang begitu penting dalam hidup baginda, kembali ke rahmatullah. Pertama, bapa saudara baginda, Abu Talib yang selama ini menjadi pelindung dan pembela baginda. Keduanya, Saidatina Khadijah bint Khuwailid, isteri yang solehah kesayangan baginda, yang membenarkan baginda, sanggup berkorban harta demi Islam dan yang menenangkan baginda saat kali pertama baginda menerima wahyu. Jadi peristiwa Israk dan Mi’raj ini, menjadi penguat semangat baginda untuk terus gagah dan berani menyampaikan risalah Tuhannya dan menyeru serta mengajak manusia ke jalan yang terang.

Sebenarnya , Israk dan Mi’raj itu adalah gabungan 2 kalimah arab, israk, mi’raj. Iaitu gabungan 2 perkara yang berlaku pada satu malam iaitu pada malam 27 Rejab , setahun sebelun Nabi berhijrah ke Madinah bertepatan tahun 621 Masehi.

Israk ( asra, sura, israk) secara harfiah bermaksud perjalanan di malam hari. Pada peristiwa ini, ALLAH memperjalankan Nabi pada malam itu dari Masjidil Haram di Mekah, ke Masjidil Aqsa di Yerusalem @ Palestin. Dikhabarkan, dengan menaiki sesuatu yang disebut Buraq. Nanti aku perjelaskan seadanya.

Mi’raj pula dari kata dasar arab ( ‘araja = memanjat @ menaiki) dan Mi’raj membawa maksud tangga ( menaiki tangga) , yang dikhabarkan sebagai Sulam Jannah. Juga akan kuperjelaskan seadanya nanti.

Masjidil Aqsa, Palestin

Sebagaimana yang aku baca lalu kupetik, ku rangkum. Maka kisahnya begini…

Pada suatu malam, pada malam itulah…Nabi Muhammad s.a.w berada dirumah sepupu baginda iaitu, Hindun bint Abu Talib atau gelarannya Ummu Hani. Saat baginda sedang tidur, datanglah malaikat Jibril bersama Mikail . Kedatangan mereka adalah untuk menjemput baginda yang diperintahkan oleh ALLAH untuk berisrak dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin. Sebagaimana yang ALLAH nukilkan di ayat pertama Surah Israk yang bermaksud;

“ Maha Suci ALLAH yang telah memperjalankan hamba-NYApada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya ( dengan diturunkan nabi2 di negeri itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda2 kebesaran Kami. Sesugguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” QS:17:1

Perjalanan baginda itu adalah dengan menaiki Buraq. Secara ringkasnya, Buraq adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam buku yang kubaca dari sebuah hadis ( yang aku tak tahu tahap kesohihannya) “ berkata Rasulullah s.a.w ; Telah didatangkan kepadaku seekor buraq dan itulah seekor binatang yang putih rupanya, tingginya melebihi keldai tapi kurang dari baghal. Saat ia melangkahkan kakinya , jarak @ jauhnya sepenghabisan mata memandang.”

Sebagaimana dalam ayat 1 surah Israk itu, ALLAH ada menyebut,

“…Yang telah Kami berkahi sekelilingnya..” . sepanjang perjalanan ke Masjidil Aqsa, baginda ada melalui beberapa tempat dan singgah disitu untuk menunaikan solat 2 rakaat. Tempat2 itu ialah, pebuah negeri bernama Thaibah yang kaya dengan gedung ilmu pengetahuan, kemudian Syajarah Musa, setelah itu ke Bukit Thursina, tempat di mana ALLAH berbicara dengan nabi-NYA Musa a.s. setelah itu baginda singgah pula ke Baitul Laham, iaitu tempat kelahiran Nabi Isa a.s dan seterusnya hinggalah sampai ke Masjidil Aqsa. Sesampainya baginda Rasul ke sana, baginda disambut dan dialu-alukan oleh beberapa orang nabi2 yang terdahulu iaitu Nabi Musa a.s, Nabi Isa a.s, Nabi Sulaiman a.s dan Nabi Ibrahim a.s. Mereka pun kemudiannya sama2 menunaikan solat 2 rakaat yang diimamkan oleh Nabi Muhammad s.a.w .

Demikianlah kisah pertama, kisah Israk yang aku temui dan ketahui.

Setelah itu, bermulalah pula kisah Mi’raj baginda ke langit. Dari masjidil Aqsa itu, Nabi menaiki Sulam Jannah, sebuah tangga dari syurga yang boleh turun naik sendiri dan kecepatannya seperti kilat. Ada 10 anak tangga kalau ikut ceritanya. Dan tiap kali baginda melangkah ke satu anak tangga, baginda sampi ke langit pertama, anak tangga ke-2 sampailah ke langit yang kedua…begitulah seterusnya. Khabarnya juga, di setiap tingkat langit yang Nabi lalui nabi bertemu dengan Nabi2 yang terdahulu, ada juga yang mengkhabarkan Nabi melihat perkara2 seperti perlakuan2 penghuni Neraka dan Syurga. Aku taknak cite panjang pasal tu. Takut2 ianya kisah israiliyat. Kemudian nabi sampai ke Sidratul Muntaha, kemudian ke Mustawa kali ini tanpa diiringi Jibril kerna Jibril tidak sanggup naik ke atas lagi. Setelah itulah baginda dijemput ALLAH naik ke ‘Arasy dan disitulah baginda diperintahkan agar mewajibkan solat ke atas hamba2-NYA, umat Muhammad sallalahu ‘alaihi wa sallam. Pada asalnya , sebagiamana kisah yang masyhur bilangan solat yang di fardukan ke atas umat Muhammad ialah 50 waktu sehari semalam. Namun, baginda telah memohon belas ehsan ALLAH untuk mengurangkannya atas nasihat nabi Musa a.s hinggalah jumlahnya menjadi 5 waktu sehari semalam.

Selesai Mi’raj, baginda turun semula ke bumi dengan Sulam Jannah. Buraq pun dilepaskan, lalu kembalilah bagindake Masjidil Haram di Mekah dengan binatang bersayap itu.

bersambung…..

Leave a comment

Filed under peringatan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s