salam Rejab


Hari ini dah tanggal 12 Rejab 1428h. Dah masuk pertengahan bulan. Sebenarnya aku agak teruja kerna apa yang aku pernah dengar, Rejab ini digelar sebagai bulan ALLAH. Tapi aku belum dapat cari dalil @ bukti lagi tentang itu. Ada satu hadith nabi , baginda bersabda ; bahwa ALLAH berfirman ” Bulan Rejab bulan ALLAH, bulan Sya’ban bulanku dan bulan Romadan bulan umatku.” Tapi aku tak pasti taraf dan tingkatan hadith ini. Berdasarkan sebuah buku kepunyaanku iaitu, FAZILAT BULAN REJAB, SYA’BAN DAN RAMADAN oleh BUDIMAN RADZI , buku ni nipis je. Warna merah jambu.

Ada dinyatakan asal @ makna kalimah Rejab. REJAB bererti ta’zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). Ia adalah dari 3 huruf iaitu, (rok , jim , bak) . rok untuk rahmat, jim untuk jud (pemurah) dan bak untuk bir (kebajikan). Lalu terhimpunlah maksud Rejab iaitu bulan yang padanya ALLAH limpahkan rohmat-NYA, kemurahan-NYA dan kebajikan-NYA terhadap hamba2-NYA yang beriman dan ber’amal soleh pada bulan Rejab ini.

Banyak diletakkan  kelebihan2 bulan Rejab pada buku ni, dan setiapnya dinyatakan secara umum bahwa ianya adalah hadith. Diantara kelebihan2 bulan Rejab ialah :

# “ Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam Nisfu Sya’bannya dan Ramadan dengan Lailatul Qadarnya.”   (al-hadith)

# “ Malam awal Rejab mustajab doanya.” –dari Kitab Raudhah, Imam Nawawi-
(sayang sekali aku takde kitab ni)

# “ Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada ALLAH pagi dan petang  70x @ 100x pada bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.”   (al-hadith)

# “ Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan ALLAH daripada api neraka , kerana kemuliaan bulan Rejab bulan ALLAH.”   (al-hadith)

# “ Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.”   (al-hadith)

# “ Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus) . Puasa dua hari dilipat gandakan pahalanya.”   (al-hadith)

# “ Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah ALLAH di dalam syurga, dan orang yang pertama menziarahi ALLAH di dalam syurga.”   (al-hadith)

p/s: dan beberapa lagi kelebihan2 puasa berkaitan jumlah hari dan lain2…

Aku tak pasti hadith2 ini sohih atau apa. Sekalipun segala kelebihan2 ber’ibadat di dalam bulan Rejab ini adalah dari hadith dho’if @tidak mencapai tahap sohih, kukira ia masih boleh dimanfa’atkan sebagai tasyji’ @ pembakar semangat untuk kita gagahkan diri dan berlumba2 untukmeningkatkan ibadah dan perhambaan kita kepada ALLAH ‘azza wa jalla. Lagipun, setahu aku memang kebanyakkan hadith2 yang menyatakan tentang kelebihan2 sesuatu ‘amalan (fadhoil a’mal) adalah dari hadith dho’if. Ianya boleh dipraktikkan Cuma tidak boleh, tidak kuat dan tidak sah jika dijadikan sebagai hujah @ dalil. Dan sesuatu hadith yang telah dikenal pasti sebagai hadith dho’if itu, hanya sah ber’amal dengannya dengan 3 syarat;
1. Kedho’ifan hadith itu tidak keterlaluan.
2. Hadith itu tidak berlawanan dengan dasar hukum yng telah pasti dan disepakati oleh para ulamak.
3. Jangan di i’tiqodkan  pada waktu menggunakan hadith dho’if  itu bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam ada mengatakannya. (maksudnya jangan sandarkan ia dari Nabi kita…)

Saat ni, tetiba aku rasa sedih plak…sebab tak ada kitab2 hadith, Bukhori Muslim @ kitab2 Sunan Sittah yang lain. Kalau tak, boleh aku rujuk dari kitab2 tu. Dan…sayang sangat sebab aku tak fasih bahasa ‘arab. he. ;=) klo beli pun aku tak paham sangat.So, kena beli yang terjemahan. Takpe, mudah2an ALLAH beri rezeki untuk aku beli kitab2 tu.

Aku cuma ada kitab Riyadus Solihin karya Imam Nawawi (yang terjemahan,2 jilid). Dari kitab Riyadus Solihin tu, aku cuma jumpa hadis ni.

(asalnya hadith ni panjang, tapi aku tuliskan yang berkaitan dengan Rejab je…)

“ …..Beliau  s.a.w bersabda; ‘ Berpuasalah pada bulan2 mulia   (lafaz arabnya ‘hurum’, bulan yang dimuliakan ialah Rejab,Zulqa’edah, Zulhijjah dan Muharram.)  dan tinggalkanlah, berpuasalah pada bulan2 mulia dan tinggalkanlah, berpuasalah pada bulan2 mulia dan tinggalkanlah.’ Baginda s.a.w bersabda demikian dengan menunjukkan 3 batang jarinya, kemudian mengumpulkannya dan kemudian membukanya. Maksudnya 3 hari puasa lalu 3 hari tidak dan demikian seterusnya.”   (riwayat Abu Daud)

Ada yang nak menambahkan ‘amalan pada bulan Rejab ni dengan cara berpuasa. Silakan. Teringat seorang makcik disini, dah bertahun2 dia mengamalkan puasa 3bulan berturut2 (Rejab,Sya’ban,Romadhon + puasa 6 Syawal) sampai kadang2 dia hampir terlupa yang dia berpuasa. he. Alhamdulillah, sekarang umurnya dah lanjut tapi masih kuat ber’ibadat. Jadi, pada sesiapa yang mampu dan mahu mencontohi dan mengikuti jejak soleh makcik ni…silakan puasa penuh sebulan. Kalau tak mampu, Rejab pun dah masuk pertengahan, lakukanlah seperti Nabi kita, puasa Isnin Khamis. Nabi s.a.w membiasakan diri baginda berpuasa Isnin dan Khamis.

Sebagaimana sabda Nabi; “ Itu (isnin) adalah hari yang saya dilahirkan didalamnya dan hari yang saya diangkat sebagai Rosul dan hari yang kepada saya diturunkan al-Qur an .”   (riwayat Muslim)

@ berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, kerna Nabi menganjurkan supaya berpuasa 3 hari pada tiap bulan. Maksud puasa 3 hari adalah pada hari bayd (hari putih) iaitu pada tanggal 13,14,15. sebagaimana sabda baginda;   “ Berpuasa 3 hari pada tiap2 bulan adalah sama dengan berpuasa setahun penuh.”   (muttafaqun ‘alaih)

Walaubagaimanapun, andai tak dapat juga…berpuasalah pada bila2 masa yang berkesempatan dan termampu. Bagi aku,yang penting kita ada niat untuk melakukan ibadat dan melaksanakannya. Usah difikirkan sangat tentang habuan ALLAH, kerna aku terlebih yaqin bahawa setiap ‘ibadat dan kebajikan yang hamba2-NYA lakukan pasti ALLAH ganjari dan andai dilakukan kerana-NYA semata2, pasti ganjarannya lebih tinggi. Maha Suci ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Ya ALLAH! Semoga apa jua yang kami lakukan, ianya mendekatkan kami kepada-MU.
Ya ALLAH…izinkan aku merasa madu cinta-MU!

rkukaudya
12Rejab,1428h

Leave a comment

Filed under ALLAH Tuhan Kami, catatan rkukaudya, peringatan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s