” …., jadikanlah dirimu sebagai barometer antara kamu dengan orang lain. kerana itu, cintailah orang lain sebagaimana kamu mencintai dirimu sendiri, dan bencilah sesuatu pada orang lain sebagaimana kamu membencinya pada dirimu sendiri. janganlah kamu berbuat zalim sebagaimana kamu tidak ingin dizalimi. berbuat baiklah kamu sebagaimana kamu ingin orang lain berbuat baik kepadamu. anggaplah sesuatu yang buruk untuk dirimu sebagaimana kamu menganggap sesuatu itu buruk untuk selain kamu.
terimalah perlakuan orang lain sebagaimana mereka menerima perlakuanmu terhadap mereka. janganlah mengatakan sesuatu pun yang tidak kamu ketahui. katakanlah sesuatu yang kamu ketahui, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak suka untuk dikatakan. janganlah kamu menjadi ‘budak’ orang lain, sebab Allah telah menciptakanmu dalam keadaan bebas dan merdeka.
ketahuilah bahwasanya menjaga sesuatu yang berada di tanganmu lebih baik bagimu daripada meminta sesuatu yang berada di tangan orang lain. janganlah kamu memakan makanan yang bukan hakmu. kerana itu merupakan makanan terburuk yang diharamkan. dan bersungguh-sungguhlah dalam mendapatkan mata pencarianmu. “









