Archive for March, 2009

17
Mar
09

aku bersyukur

ya…aku juga sedang belajar untuk terus bersyukur.

mungkin aku da xmampu bersabar, kerna laptop aku da 4 bulan xboleh dibuka/digunakan, walau aku da order adaptornya 4 bulan juga lamanya. (order dari out of space gaknya.he). tapi aku masih boleh online internet dan menaip kerja2 aku, walau kadang2 cuma dapat paling lama 1-2 jam (malam). (tapi selalunya Cuma dapat 5 minit xpun 15 minit je klo siang. sebab siang bagi aku sangat terbatas dan selebihnya sebab komputer ni selalu ‘hang’.haha)

tapi aku patut tetap bersyukur, kan?

mungkin keje yang aku buat sekarang, ramai orang x anggap tu satu keje yang sepatutnya bagi budak macam aku, dengan sijil akademi yang aku ada ( walau x tinggi mana) dan bidang yang aku amek (kononnya la…he). tapi sekurang-kurangnya aku ada keje untuk dibuat. tidak sekadar membuang masa. dan yang paling penting, dalam masa yang sama aku leh tunaikan amanah ALLAH pada aku. menjaga orang lain. (dan salah seorangnya bukanlah orang lain. kerna dia ibuku.)

tapi aku patut tetap perlu bersyukur, kan?

mungkin juga, gaji aku tak mahal macam kawan2 yang len, malah mungkin gaji amah indonesia tu lagi besar dari gaji aku. tapi aku xkesah sebab dengan gaji yang x seberapa tu, aku masih boleh bayar hutang pinjaman pelajaran aku dulu tiap2 bulan, boleh beli buku2/majalah bacaan aku, boleh beli ubat2 untuk mak aku, boleh belanja orang len makan (he.eskem ngan berger je leh la.haha) , boleh bayar bil2.(walau akhernya baru tengah bulan, aku rasa da nak melayang2 sebab duit xde yang left untuk disimpan.he)

tapi aku wajib untuk tetap bersyukur, kan?

mungkin aku da xde bapak. xtahu sangat rasa hubungan ber ‘adik-beradik’.(walau anak sedara aku ramai hingga xingat nama mereka. Maafkan cik, k…) da hilang ramai kawan2 (sebab dorang da kawen.he). tapi aku masih ada mak, 1-2 kawan/adek2 (yang kenal kat blog). pakcik2 dan makcik2. dan yang penting aku ada DIA. dan diri aku sendiri.

dan aku memang perlu untuk tetap bersyukur…bukankah begitu?

lagipun, apa pilihan yang aku ada saat ni, tika ini selain bersyukur? he
aku bersyukur. dengan harapan mudah2an syukur aku mendekatkan aku lagi pada-NYA, n membuatkan DIA redo aku sebagai hamba-NYA dan lantas mengurniakan lagi kebaikan2 buat aku.he.

<rkukaudya>

17
Mar
09

bersyukur dan berterima kasehlah

kita selalu meminta, tapi kita tidak pula selalu bersyukur dan berterima kaseh dengan apa yang kita dapat walau kadang-kadang tanpa diminta.

kita meradang dan mempersoalkan-NYA bila permintaan kita tidak ditunai, tapi DIA tidak berasa hati malah tetap terus memberi limpahan kaseh sayangNYA lewat apa yang tidak kita minta (walau sebenarnya kita amat memerlukannya). dan kita tetap juga tidak selalu bersyukur.

kita jarang sekali berdoa untuk udara.
tapi setiap hari, udara itulah yang kita sedut, dan udara itulah yang memungkinkan kita terus merasa nyaman untuk hidup.

kita jarang sekali berdoa untuk keberadaan matahari.
tapi saban pagi, matahari itulah yang tetap membezakan kita siang untuk bekerja dan malam untuk beristirahat. (juga memudahkan kita ber3ibadah solat).

kita kadang-kadang saja berdoa untuk makanan, tapi ada saja yang masuk ke mulut dan mengenyangkan kita. (walau kita rasa tidak lazat)

kita kadang-kadang saja berdoa untuk air, tapi dahaga kita telah hilang dengan tegukan air, (walau hanya air mineral).

kita jarang berdoa untuk pakaian, tapi kita masih ada walau sehelai kain untuk menutup aurat.

banyak yang kita selalu lupa untuk meminta pada-NYA.
tapi DIA tetap terus memberikannya tanpa berkira-kira.

lalu, untuk 1-2 doa yang tertahan pemaqbulanNYA, tidak bolehkah kita tetap menjadi hamba-NYA yang bersyukur?

lafazkanlah rasa terima kaseh dan syukur kita sebanyak-banyaknya pada apa yang telah kita dapat dari-NYA, hari ini, hari lalu, maupun hari akan datang…(walaupun kita selalu menderhaka, DIA tetap selalu memberi. tidakkah kita lihat kepermurahan-NYA?)

‘alhamdulillaah ya robb…syukron 3ala kulli ni3matika 3alaiyna…
faghfirlana…wa illam taghfirlana, lanakuunanna minal khosireen…’

ya ALLAH tetapkanlah aku agar selalu menjadi hamba-MU yang selalu bersyukur…
<rkukaudya>

16
Mar
09

alhamdulillah…

“Tuhan, ajarkan aku bagaimana untuk bercinta.
Ajarkan bagaimana cinta boleh menjadi syurga.
Tunjukkan bagaimana cinta boleh wujud sebagai panduan untuk jalan kembali yang Engkau redhai.
Kerana Engkaulah yang awal dan akhir untukku!
Tempat aku kembali mempersembahkan segala amal baik dan burukku.“

he. bedebar rasa nak tunggu novel terbaru zaharah muhammad keluar di pasaran…(ensha ALLAH novel ke 6)  ya ALLAH, smoga semua urusan k.tehz  KAU permudahkan. andai penulisan dia selama2 ini KAU redoi, berkatilah sepanjang perjalanan hidupnya dan limpahilah dia dengan keberkatan dan sebanyak2 kebaikan. ameeen.

<rkukaudya>

13
Mar
09

slamat pengantin baru.

hari ini tanggal 13hb march tahun 2009.

hari ni, ensha ALLAH malam karang, de sorg lg kawan aku akan bergelar zaujah. he. aku tumpang gembira buat kamu. selaut syukurku pada-NYA kerna telah memelihara kamu hingga kini, lantas sebentar lagi akan sempurnalah sebahgian dr agamamu. (walau kita xpernah bersemuka, harap2 persahabatn kita dapat selamanya)

biasa la kan…musim cuti skola da mula. esok lak, 14hb, 2 lagi kawan aku akan melalui proses yg sama. melangkah ke alam baru. alam perkongsian dua jiwa, alam kepercayaan n tanggungjawab, yg perlu bersama2 digalas, tak kira suami atau isteri.

maaf skali lagi, ternyata aku masih xmampu untuk pergi ke walimah korang. maaf sgt. walau bagaimanapun, aku akan tetap slalu mendoakan kebahgiaan kalian, mungkin selepas ini, hubungan kita akan mula menjarak. aku xkesah n aku paham, cuma satu pesan ku, kalau2 la korg baca ape yg aku tulis ni…aku nak btau, sampai aku mati pun, aku adalah kawan kalian. so…if de pe2…yg aku leh bantu, or if de pe2 yg korg nak share tp masa tu, xtau nk share ngan sape…cari aku k. walau da 10 thn, 20 thn…klo aku hidup lg…ensha ALLAH. aku slalu mahu jadi kawan kalian.

he.so…tinggal 3 org kwn rpt aku yg bujang.he. masuk aku 4 la kan. hahaha… de gak kwn2 yg tanya, ‘ko bila plak’ .he. tu aku xtau nk jawab. n salunya aku akan jwb camni ‘ tu korang kena tanya DIA la.’

haha.bukan menidakkan, cuma, aku berserah je pada-NYA. aku xmengharap apa2. kalau x di sini pun, aku yakin DIA xzalim n x pernah sesekali mensia-siakan hamba-NYA. klo x di sini, aku harap di sana.he.

dulu pernah gak, bertekak ngan sorg spupu lelaki, dia la yg banyak cakap. coz aku banyak diam.he. aku malas cakap banyak ngan org2 yg aku rasa xkan paham pendapat aku.haha. dia kata lebih kurang setelah di shortkan begini la…” ko xnak kawen ke.kawen la cepat2.kawen tu bukan ke sunnah nabi!kan nabi kata, bukan dr umatku org2 yg x kawen”.
he.aku senyum je. n dalam hati aku masa tu berdetik begini, ‘ ye, berkahwen tu salah satu sunnah nabi, tp bukan ini je sunnah nabi.banyak lagi, kenapa yg len xikut pulak?’ haha.teruk kan aku ni.

dulu, 2-3 tahun lepas, aku de terfikir2 gak. aku penah dengar satu kata2 (xpasti hadits atau apa.nnti aku cuba cari) , kata2 tu berbunyi lebih kurang gini, ‘perempuan yg bernikah awal tu, perempuan yg yg diberkati. perempuan2 baik.’ masa tu, aku bukan terfikir nak cepat2 kawen, tp aku terfikir…ya ALLAH, andai begitu…adakah aku ni perempuan yg jahat? saat tu hati ni rs sayu sgt, bukan sayu sebab xkawen2…tp sayu sbb…aku xnak tergolong dlm golongan2 perempuan yg jahat, apatah lg xdberkati…tapi…setelah beberapa lame…hati aku ok smula…bak kata orang, jodoh, pertemuan (meh aku tambah satu lagi; perpisahan) ajal maut sume di tangan ALLAH. so…aku xnak masuk campur urusan-NYA. DIA Lebih Mengetahui. aku de urusan aku sebagai hamba. ada sebab aku diciptakan di dunia ni, dan berkahwen bukan satu2nya sebab n bukan sebab utama penciptaan aku, aku kira. (n ya Rosulullah…walau byk kekuranganku,walau aku ditakdirkan xbkahwen di dunia ni, ku mohon ku harap, kau tetap masih sudi menerima aku sbgi umatmu…)

hahaha.nape a leh tetiba citer pasal ni. xpela. ape2 je la.

(da merapu2 banyak. baik aku stop dulu. beberapa minggu ni, fikiran n jiwa mmg banyak terganggu. kesakitan yg dirasakan sejak berhari2 di tangan kiri pun, smalam da mula menjalar sakitnya ke kaki kiri. n pagi tadi pula, aku sewenang2nya telah mengguris hati seorang hamba ALLAH. maafkan aku.ntah la. saat ini sebenarnya, aku menanti2 apa pula ujian n ketentuan-NYA buat aku. cume, ya ALLAH…walau apapun yg ingin KAU timpakan buatku, tetapkanlah hatiku slalu menjdai hamba-MU yg sabar n slalu bersyukur…)

<rkukaudya>

13
Mar
09

tentang hati

Ya ALLAH kurniakan kepadaku HATI seperti ini…

HATI yang SEDAR

Firman ALLAH Subhaanahu wa Ta3aala mafhumnya:-
“ Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa)yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar), atau yang menggunakan pendengarannya bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya.”      (suroh al-Qoff;50:37)


HATI yang BERSIH

Firman ALLAH Subhaanahu wa Ta3aala mafhumnya:-
“ Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya (yang sedia bersih) bertambah bersih (dengan iman dan 3amal kebajikan).”      (suroh as-Syams;91:9)


HATI yang LURUS

Firman ALLAH Subhaanahu wa Ta3aala mafhumnya:-
“ Mereka berdoa dan berkata; ‘ Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami, kurniakanlah kepada kami limpah rohmat daripada sisi-Mu, sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya.’ ”      (suroh Ali Imron;3:8)

Dan KAU peliharalah HATIku daripadaku menjadi HATI ini…

HATI yang TERTUTUP(TERHIJAB)

Firman ALLAH Subhaanahu wa Ta3aala mafhumnya:-
“ Dan antara mereka ada yang memperdengarkan kepadamu (alQuran), padahal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya (alQur-an), dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak).”      (suroh al-An3am;6:25)

(disalin dari majalah Solusi edisi 4: edisi “JAGALAH HATI” m/s 30)

-ya ALLAH…PELIHARALAH HATIKU ya ALLAH…-
<rkukaudya>

11
Mar
09

Bilakah seseorang itu akan terselamat daripada manusia?

Abu Sulaiman berkata, ” Telah ditanya sesetengah bijak pandai;
‘ Bilakah seseorang itu akan terselamat daripada manusia? ‘

Maka dia berkata;
‘ Apabila dia tidak berada dalam kebaikan dan kejahatan.’

Ditanya lagi; ‘Dan bilakah masanya?’

Dia berkata;
‘Sesudah dia mati. Kerana jika dia hidup, samada dia seorang yang baik maka orang-orang jahat akan memusuhinya, atau dia seorang yang jahat maka orang-orang baik akan mencela dirinya.’

09
Mar
09

Bila diri disayangi…

Bila Diri Disayangi

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut nama-MU

Tiada batasan waktu
Tiada tempat-MU tertentu
Di gunung, di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba…
 
keikhlasan doa, keagungan kasih
merubah takdir

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap nama-MU
terasa diriku kembali dipandu…

Engkau yang pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan ENGKAU-lah cahaya
Izinkanlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang-MU
Ku berserah diri…

-UK’s-

06
Mar
09

sabar

sabar itu. ialah bila kau cuba bertahan, pada sesuatu yang kau rasa tidak mampu bertahan.

sabarlah diri.

oh TUHAN, aku terima semua ketentuan-MU padaku. kuharap, KAU juga sudi menerimaku apa adanya aku…




Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

aku hamba-NYA

Ya Ilahy, aku hamba-MU kerana-MU aku hidup. kepada-MU aku menghamba diri. kepada-MU aku berserah diri. kerana-Mu aku ingin mati!!!

semua detik akan ditanyakan

March 2009
F S S M T W T
« Feb   Apr »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 11,087 hits

tetamu rkukaudya

web tracker
Watch videos at Vodpod and other videos from this collection.

buku kesayangan rkukaudya

[berguru kepada Allah;abu sangkan] ya Allah, tunjuki aku lorong menuju-Mu! santapan jiwa, koreksi hati hanya keampunan dan cinta ALLAH yang didambakannya kini 35 kisah perjalanan spiritual, menepis azab dan menuai rahmat sesungguhnya perjalanan cinta kita sangat jauh berdoalah agar ALLAH mengampuniku! seorang perempuan akhir zaman yang berdosa dan luka hatinya... bidayatul hidayah; sebuah permulaan menuju hidayah TUHAN

pesan dengan saya

buku2 yang ada di atas ni adalah buku2 yang bisa buat kalian rasa lebih dan makin dekat dengan-NYA. ada dijual di kedai2 buku. tapi andai kalian tak berkesempatan ke kedai buku, kalian bleh pesan dengan saya. saya berbesar hati mencarikannya untuk kalian. http://pondokbuku-rkukaudya.blogspot.com

tEtaPLaH diSiNi

tetaplah disini saudaraku... di jalan keimanan, di jalan keislaman, tetaplah bersama-sama meniti jalan ini sampai usai. kita semua mungkin telah letih... karena perjalanan ini amat panjang dan berliku, tapi, tetaplah disini dan jangan menjauh, yakinlah, kenikmatan yang kita reguk di jalan ini, jauh lebih banyak ketimbang yang dilakukan orang-orang yang lalai. keindahan yang kita alami disini, sangat lebih indah daripada keindahan yang kerap dibanggakan oleh mereka yang jauh di jalan ini. jangan berharap atau tertipu dengan fatamorgana kenikmatan, keindahan, kebahagiaan semua yang sering kita lihat dari orang-orang yang jauh dari tuntunan Allah swt. tetaplah disini..... *dikutip dari buku "Berjuang di Dunia Berharap Pertemuan di Surga" muhammad nursana tarbawi