Archive for May 28th, 2008

28
May
08

taubat…

Wahai Tuhan jauh sudah
Lelah kaki melangkah
Aku hilang tanpa arah
Rindu hati sinarmu

Wahai Tuhan aku lemah
Hina berlumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa di hitam jalanku

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa

Ya Rabbi izinkanlah
Aku kembali padaMu
Meski mungkin takkan sempurna
Aku sebagai hambaMu

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa
Berikanlah aku kesempatan waktu
Aku ingin kembali
Kembali kepadaMu

Dan mungkin tak layak
Sujud padaMu
Dan sungguh tak layak aku

<taubat/opick>

stitch crying

oh ALLAH…..ampunkanlah aku
terima taubatku…
aku ingin kembali….kepada-MU…

<rkukaudya>

28
May
08

teka-teki

:: salam…
buat semua hamba2 ALLAH yg sudi membaca pe yg aku kongsikan di blog yg tak sepertinya ini, hanya pada ALLAH kupohonkan muga2 kalian slalu dalam rohmat kaseh sayang-NYA, slalu dilindungi n dipelihara-NYA. juga muga2 ade ’sesuatu’ yg bisa kalian dapatkan di sini… n muga2 juga ape yg kalian dapatkan hanya yg baik2. ku berdoa muga2 kalian terhindar dr kejahatanku.

::entry kali ni sengaja ku post byk…sbb aku ingin tinggalkan sementara blog ni.he.kembali menilik diri mungkin.

::…kadang2, bila berlaku sesuatu yg bukan kehendak kita…terpacul juga keluh kesah di bibir. tapi kadang2 itu bukan tanda kita xredho kan? bukan juga tanda kita tak sabar atau tak syukur.juga tersangatlah bukan tanda kita tak yakin akan keberadaan n dekatnya ALLAH tu…cuma, kadang2 kita hanya lost control, bila rasa xtertahan sangat, maka terkeluar juga keluh kesah di jiwa.he. mungkin kalian tak, kerna kalian hamba2 ALLAH yg terpilih n sgt penyabar juga kuat. xseperti aku kali…he.(versi indonesia lak). aku slalu bila rasa terlalu serabut, terlepas jua keluhan tu…termengadu juga pd manusia…tp slalunya lps tu…aku akan rs sgt amat menyesal.ntah la. mungkin tu juga antara sbb aku pernah nk campak henset aku ke dinding.bia rosak.berkecai.he.mcm ganas je.tujuannya cuma, agar aku x cari sape2, bia aku hanya mengadu pd DIA. tp betul kata sorg adek, aku memang perlukan jg manusia untuk bercerita. cumanya…he.ntah la.mgkn sbb aku xtau nk citer ngn sape, atau fobia ntk brkongsi cerita. kerna kita manusia ni berbeza…de perkara yg bg kita sgt berat n hebat…tp bila kita kongsikn pd org len, pd dorg bnda tu sgt remeh. seolah2 kita yg sengaja buat perkara tu jd sgt berat. n… slalunye bla jd mcm tu. aku akn twr hati n xjd bcerita. mgkn bg org len, bkongsi cite sgt senang. tp x bg aku. aku paling susah sbnrnya bkk mulut cite psl diri sndiri.he.(eh,ni mcm da cite psl diri sndiri je?he)sbb bg aku, itu ibarat membuka aib sndiri, ibarat menunjuk kelemahan sndiri. teringat masa tingktn 4, nth knapa…aku xdpt thn air mata (aku xsuke,xgeti nangis dpn org len, even mak) aku ternangis dlm kelas, masa tu da rehat, aku ingat xde sape…upe2nya ade teacher L. dia tegur n tnya why am i cying? tp aku xjwb.aku mula tdiam. then, tetiba dia bg nsihat…n kebetulan nasihat dia tu tepat masa tu. aku jd nangis smula. mlh lbh esak. lbh wat aku tharu, sbb dia dtg n tepuk2 bahu aku. but finally korg nak tahu pe jadi after dat day? sminggu aku ponteng klas dia. aku nyorok kt library, sbb aku sgt malu.he.ntah pe2 je.

::er…so, pe kaitan n pe maknenye citer kt atas tu ye? he.xde maknanyerrr…..

so, before i left, dis sum teka-teki wat korg (sempena cuti skola gak.he.) jawapannya de dalam alQur-an…so…belek2 la tafsir ye.he.

GAMBATTAY kuda sai!!!

Teka-teki

1- Siapakah dia yang satu, yang tiada baginya dua?
2- Apakah dia yang dua, yang tiada baginya tiga?
3- Apakah dia yang tiga, yang tiada baginya empat?
4- Apakah dia yang empat, yang tiada baginya lima?
5- Apakah dia yang lima, yang tiada baginya enam?
6- Apakah pula yang enam, yang tiada baginya tujuh?
7- Apakah yang tujuh, yang tiada baginya lapan?
8- Apakah dia yang lapan, yang tiada baginya sembilan?
9- Apakah dia sembilan mu3jizat?
10- Apakah dia sepuluh yang dapat membawa kepada yang lebih?
11- Siapakah yang dimaksudkan dengan sebelas?
12- Apakah dia mu3jizat yang terjadi daripada 12 perkara?

Dan, soklan bonus, apakah dia yang bernafas, akan tetapi tiada baginya roh?

:: :: :: :: ::
n andai ni memang yg teakhir, muga2 de kebaikan yg aku tinggalkan di dunia siber nih. he.

ROBBI ANZILNY MUNZALAM MUBAAROKA…
WA ANTA KHOIRUL MUNZILIIIN…
(alMukminun:29)

so long…..

<rkukaudya>

28
May
08

TENTANG LIMA

:: dalam banyak nombor yang ALLAH ciptakan, rasanya aku pernah btau yg aku suka nombor ganjil. n nombor yg paling terkesan bagi aku adalah nombor 1, 3 n 5. tapi entry kali ni aku nak kongsi pe aku baca baru2 ni, yg berkaitan dgn no 5. ::

LIMA PENAWAR BAGI HATI

Berkata Imam Ibrohim al-Khowwas r.a :-

“Penawar yang mujarab bagi hati itu, ada 5 pekara :

i- membaca alQur-an dengan tadabbur
ii- selalu berpuasa (mengosongkan perut)
iii- sembahyang di malam hari (qiyam, tahajjud)
iv- merendahkan diri ketika besahur
v- sentiasa mendampingi orang2 soleh.”

LIMA JARI

Pada suatu malam Imam Malik telah bermimpi bertemu dengan malaikat maut. Lalu beliau pun bertanya : “ Wahai malaikat maut! Masih berapa lama lagikah tinggal usiaku?”

Maka malaikat maut pun menunjukkan kepada beliau lima jarinya.

Beliau pun bertanya, “ Apakah maksud 5 jari yang kamu tunjukkan itu? Apakah ia dimaksudkan dengan 5 tahun, 5 bulan, 5minggu, ataupun 5 hari?”

Tiba-tiba beliau pun terjaga dari tidur sebelum beliau sempat mendengar jawapan dari malaikat maut.

Oleh kerana tidak berpuas hati, pada keesokan paginya beliau pun pergi menemui Imam Ibnu Sirin yang terkenal sebagai seorang yang alim tentang tafsiran mimpi. Setelah menceritakan perihal mimpinya itu, Imam Ibnu Sirin pun berkata :

“ Sesungguhnya malaikat maut ingin memberitahu bahawa soalan kamu itu ada kaitannya dengan 5 perkara :-

1- sesungguhnya hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mengetahui bilakah berlakunya Kiamat.
2- Dan sesungguhnya hanya ALLAH yang menurunkan pertolongan.
3- Dan hanya ALLAH yang mengetahui apa yang haram.
4- Apakah kamu tahu apa yang bakal berlaku ke atas diri kamu esok?
5- Dan apakah kamu tahu di atas bumi manakah kamu akan mati? Sesungguhnya ALLAH itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

-dipetik dari buku, ‘warkah hiburan, kisah para solehin’, muhammad ghazali, darul nu3man-

28
May
08

pesan saiyyiduna ‘Ali k.w.h

Telah berkata Saidina Ali karomallahu wajhahu

“ Janganlah kamu jadi dari kalangan mereka,

yang selalu berkata-kata dengan perkataan orang yang zuhud, akan tetapi berkelakuan dengan kelakuan orang yang tamak dengan dunia.

Yang suka kepada orang soleh akan tetapi tidak mahu beramal dengan amalan mereka.

Yang membenci orang-orang yang melakukan dosa akan tetapi mereka adalah salah seorang di antara mereka yang melakukan dosa.

Yang bangga diri bila beroleh ni3mat dan menyesal bila ditimpa bala. Bila ditimpa bala bersungguh-sungguh dia berdoa meminta pertolongan dariALLAH S.W.T akan tetapi bila beroleh kejayaan dia lupa akan ALLAH S.W.T.

Dia begitu yakin dengan apa yang dirasakannya, akan tetapi tidak yakin dengan apa yang telaah diyakininya.

Mereka selalu menyuruh orang lain mengambil iktibar, akan tetapi dia tidak mahu mengambil iktibar.

Mereka berlebih-lebih dalam memberi nasihat, akan tetapi mereka tidak mahu menerima nasihat orang lain.

Di hadapan orang lain berpura-pura tidak mahu berbuat ma3siat, tetapi bila di belakang mereka ialah kaum ma3siat.

Di depan orang ramai mereka menunjuk-nunjuk bahawa merekalah yang paling banyak mengerjakan keta3atan, tetapi di belakang merekalah orang yang paling malas.

Mereka lebih suka berpoya-poya dengan orang kaya daripada bermesra dengan orang miskin.

Mereka menghukum sesuatu untuk hanya untuk orang lain, tetapi tidak untuk dirinya.

Selalu memberi tunjuk ajar, tetapi mereka sendiri yang tidak mahu berbuat sedemikian.

Di depan orang ramai mereka mengatakan bahawa mereka takut kepada ALLAH S.W.T tetapi di belakang mereka berkelakuan sebaliknya.

Maka janganlah kamu tergolong di antara mereka!”

:: :: :: :: :: :: :: :: ::

ya ALLAH ya TUHAN kami…
lindungilah kami, peliharalah kami dari bersikap sebagaimana di atas.

Ya ALLAH, moga2 aku bukan dari kalangan yang disebut saiyidina Ali itu….
Ameeen…

<rkukaudya>




Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

aku hamba-NYA

Ya Ilahy, aku hamba-MU kerana-MU aku hidup. kepada-MU aku menghamba diri. kepada-MU aku berserah diri. kerana-Mu aku ingin mati!!!

semua detik akan ditanyakan

May 2008
F S S M T W T
« Apr   Jun »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Blog Stats

  • 11,087 hits

tetamu rkukaudya

web tracker
Watch videos at Vodpod and other videos from this collection.

buku kesayangan rkukaudya

[berguru kepada Allah;abu sangkan] ya Allah, tunjuki aku lorong menuju-Mu! santapan jiwa, koreksi hati hanya keampunan dan cinta ALLAH yang didambakannya kini 35 kisah perjalanan spiritual, menepis azab dan menuai rahmat sesungguhnya perjalanan cinta kita sangat jauh berdoalah agar ALLAH mengampuniku! seorang perempuan akhir zaman yang berdosa dan luka hatinya... bidayatul hidayah; sebuah permulaan menuju hidayah TUHAN

pesan dengan saya

buku2 yang ada di atas ni adalah buku2 yang bisa buat kalian rasa lebih dan makin dekat dengan-NYA. ada dijual di kedai2 buku. tapi andai kalian tak berkesempatan ke kedai buku, kalian bleh pesan dengan saya. saya berbesar hati mencarikannya untuk kalian. http://pondokbuku-rkukaudya.blogspot.com

tEtaPLaH diSiNi

tetaplah disini saudaraku... di jalan keimanan, di jalan keislaman, tetaplah bersama-sama meniti jalan ini sampai usai. kita semua mungkin telah letih... karena perjalanan ini amat panjang dan berliku, tapi, tetaplah disini dan jangan menjauh, yakinlah, kenikmatan yang kita reguk di jalan ini, jauh lebih banyak ketimbang yang dilakukan orang-orang yang lalai. keindahan yang kita alami disini, sangat lebih indah daripada keindahan yang kerap dibanggakan oleh mereka yang jauh di jalan ini. jangan berharap atau tertipu dengan fatamorgana kenikmatan, keindahan, kebahagiaan semua yang sering kita lihat dari orang-orang yang jauh dari tuntunan Allah swt. tetaplah disini..... *dikutip dari buku "Berjuang di Dunia Berharap Pertemuan di Surga" muhammad nursana tarbawi