Archive for May 1st, 2008

01
May
08

doa dalam lagu

islam

ya CINTA
ya RINDU
ya NYAWA
ya QOLBU
ya JIWA
ya RATU hariku
KAU sambutlah aku…

ya CINTA
ya RINDU
ya NYAWA
ya QOLBU
ya JIWA
ya RATU hidupku
aku rayu…

tiada yg lain
teman hendak ku mengadu
tiada tempat hendak ku beradu

hamparan-MU…
hadapan-MU…
pangkuan-MU juga kumimpikan selalu
pujukan-MU…
belaian-MU…
sentuhan-MU juga kuharapkan selalu

tanpa-MU ku gelita
tanpa-MU ku tak bermaya…

dengar doaku satu
yang satu…..
dengar doa dalam lagu

ya CINTA
ya RINDU
ya NYAWA
ya QOLBU
ya JIWA
ya RATU hariku
KAU sambutlah aku…

ya CINTA
ya RINDU
ya NYAWA
ya QOLBU
ya JIWA
ya RATU hidupku
aku rayu…
dengarlah doaku yang satu

sinarlah hatiku biar cahaya
sinarlah diriku biar terarah

sampai kita ketemu…..

oh TUHANku!

01
May
08

baca buku…

salam buat semua.

buat yg sedang bercuti sempena ‘hari buruh’ ni…bercutilah dgn sebaik2nya. isi dgn perkara2 yg bermanfa3at ye. jangan bazirkan masa yg berlalu dgn tidur yg berlebih2an. kerna masa yg berlalu tidak akan datang lagi kecuali di hari akherat nnt.

aku xcuti rini. tapi dek kerana kepenatan, sempat juga qoilulah sebentar.

nampak x cover buku kat sebelah tu? pertama, aku nak ucap trime kaseh yg amat pada org yg perkenalkan buku ni pd aku. time kaseh puan, moga2 ALLAH melimpahkan kebaikan buat puan. n yg terutamanya…tentu aku ptt luahkan rasa syukurku pada-NYA…kerna memberi aku kesempatan n peluang dgn menemukan aku dgn buku ni.

buku ni tajuk dia sbgimana terpampng di sebelah ‘BERJUANG DI DUNIA BERHARAP PERTEMUAN DI SURGA’ , hasil tulisan Muhammad Nursani. sebenarnya yg ada di tgn aku sekarang ni sudah siri yg ke 2. sayang sekali siri 1, aku belum dpt miliki, apatah lg membacanya. buku ni, adalah hasil dr sekalian tulisan2 ust Nursani ni pd sebuah majalah Islam yg digemari di Indonesia. iaitu majalah Tarbawi. ia berupa sebuah bingkisan ruhani buat mereka2 yg ingin menjadi penggerak dakwah Islam, atau mereka2 yg ingin menjadi penunjuk jalan manusia ke arah kebenaran. dgn setiap bab, tidak terlalu panjang, santai, tapi isinya rasa aku…boleh menyentuh terus ke dalam qolbu pembacanya.

sebenarnya, buku ni bersaiz kecil jek. tp…aku terpaksa ambil masa beberapa hari juga untuk menghabiskannya. ni da hari ke 3 klo xsilap. em…nilah masalah aku…aku boleh je baca buku sekaligus trus habis. tp mcm xde maknanya. aku bila membaca…lagi2 klo buku tu bergizi, de isi2 yg boleh di ambil wat pengajaran…lagi2 pula bila bahasanye santai tp menyentuh…aku akan baca satu baris, berulang2.he. mungkin sbb otak aku akan proses pe yg aku baca n hadamkan isi2 nya. kadang2, aku baca satu tajuk kecil atau beberapa muka surat…then aku tutup buku tu. proses. he…ntahlah. tapi masalah besar lagi…aku xleh hafal pe aku baca. em…sbb tu, dulu masa skolah…bila de exam, lagi2 part subjek yg kena hafal…aku cuak sgt. (tp tu la… nama je cuak, bukak je buku yg byk2 tulisan…otomatik aku rasa sakit pale n ngantuk sgt. he.nasib TUHAN bg lulus…time kaseh ya ALLAH…)

em…da melalut lak cite pasal aku yg xpenting langsung.

pe pun…nnt aku post kan 1 tajuk dr buku tu dlm blog nih…aku akn pilih satu yg sangat sangat sangat menyentuh aku…moga2 ada kebaikan yg dapat kita kongsi bersama.

<rkukaudya>




Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

aku hamba-NYA

Ya Ilahy, aku hamba-MU kerana-MU aku hidup. kepada-MU aku menghamba diri. kepada-MU aku berserah diri. kerana-Mu aku ingin mati!!!

semua detik akan ditanyakan

May 2008
F S S M T W T
« Apr   Jun »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Blog Stats

  • 11,105 hits

tetamu rkukaudya

web tracker
Watch videos at Vodpod and other videos from this collection.

buku kesayangan rkukaudya

[berguru kepada Allah;abu sangkan] ya Allah, tunjuki aku lorong menuju-Mu! santapan jiwa, koreksi hati hanya keampunan dan cinta ALLAH yang didambakannya kini 35 kisah perjalanan spiritual, menepis azab dan menuai rahmat sesungguhnya perjalanan cinta kita sangat jauh berdoalah agar ALLAH mengampuniku! seorang perempuan akhir zaman yang berdosa dan luka hatinya... bidayatul hidayah; sebuah permulaan menuju hidayah TUHAN

pesan dengan saya

buku2 yang ada di atas ni adalah buku2 yang bisa buat kalian rasa lebih dan makin dekat dengan-NYA. ada dijual di kedai2 buku. tapi andai kalian tak berkesempatan ke kedai buku, kalian bleh pesan dengan saya. saya berbesar hati mencarikannya untuk kalian. http://pondokbuku-rkukaudya.blogspot.com

tEtaPLaH diSiNi

tetaplah disini saudaraku... di jalan keimanan, di jalan keislaman, tetaplah bersama-sama meniti jalan ini sampai usai. kita semua mungkin telah letih... karena perjalanan ini amat panjang dan berliku, tapi, tetaplah disini dan jangan menjauh, yakinlah, kenikmatan yang kita reguk di jalan ini, jauh lebih banyak ketimbang yang dilakukan orang-orang yang lalai. keindahan yang kita alami disini, sangat lebih indah daripada keindahan yang kerap dibanggakan oleh mereka yang jauh di jalan ini. jangan berharap atau tertipu dengan fatamorgana kenikmatan, keindahan, kebahagiaan semua yang sering kita lihat dari orang-orang yang jauh dari tuntunan Allah swt. tetaplah disini..... *dikutip dari buku "Berjuang di Dunia Berharap Pertemuan di Surga" muhammad nursana tarbawi