Archive for April, 2008

28
Apr
08

buat sahabat,yg jauh tp dekat

Oh TUHAN,
Hari ini…aku mendapat perkhabaran dari seorang sahabatku.
Moga-moga perkhabaran itu, adalah permulaan sebuah kurnia-MU.
Moga-moga perkhabaran itu adalah cebisan rohmat-Mu.
Moga-moga perkhabaran itu membawa sejalur cahaya, berupa perlindungan, dan petunjuk jalan-jalan bahagia buat sahabatku.

Buat sahabatku, yang jauh di mata tapi mendekat di hati…
Smoga ALLAH memberi kebahgiaan buatmu di dunia yang fana ini, dan moga2…sebagaimana DIA membahgiakanmu di sini, DIA juga akan membahgiakanmu di ‘sana’ nanti…

Oh TUHAN…
Sebagaimana KAU mengasehi dan mengasehaniku, ku harap dan ku merayu KAU kasehi dan kasehanilah sahabatku, bahkan lebih lagi.
Sebagaimana KAU ampuni segala kesalahan, kesilapan, kelemahan juga dosa2ku….. ku mohon KAU ampunilah segala kesalahan, kesilapan, kelemahan juga dosa2 sahabatku.juga sebagaimana KAU lindungi dan pelihara aku yang lemah lagi hina ini…moga2 KAU lindungi dan peliharalah sahabatku itu bahkan lebih lagi…rohmati dan berkati hidupnya ya ALLAH…lebih dari rohmat dan berkat yang KAU limpahkan padaku. sekalipun aku akan cemburu dengan itu, tapi tak mengapa oh TUHAN…kerna dia sahabatku, sahabat yang kukasehi lebih dari diriku.

Usaplah air matanya andai dia terluka, sambutlah tangannya andai dia terjatuh, pimpinlah dia ke jalan yang lurus. Sungguh…sebaik-baik pimpinan itu adalah pimpinan-MU. Moga2 dia slalu merasa keberadaan KAU, merasa dekatnya KAU disisinya, agar dia pun akan slalu dan terus mendekat pada-MU…lantas berhasil menjadi hamba-MU yang KAU cintai.

Namun setelah itu…janganlah KAU lupakan aku oh TUHAN.
Kena aku tetaplah hanya hamba-MU yang sangat kerdil dan hina, yang slalu membutuhkan-MU…
Tanpa-Mu…siapalah aku. Apalah ertinya hidup ku…..

 

 

 

<rkukaudya>

27
Apr
08

bila muslim membuang alQur-an…mereka memungutnya

Pete Doherty reading the Koran in jail

London, Apr 26 : It seems that Babyshmables frontman Pete Doherty is turning to Islam in jail, for the singer is going through pages of Koran in an effort to get through his days behind the bars.

The Babyshambles frontman has taken to the Islam holy book after he was held under captivation at London’s Wormwood Scrubs.

From what reports suggest, Pete asked for a translation when he was imprisoned in an isolated cell at the tough prison last week, and now the rocker is glued to the tome.

“He’s been reading the Koran since he went into segregation. He’s got a lot of Muslim friends and they’ve been on at him for ages to study it. Now he’s on his own he’s got time on his hands to study it,” The Sun quoted a pal, as saying.

The pal added: “I’m surprised how much it has calmed him down as he was very on edge inside. He definitely seems more chilled. He’s lapping it up and really interested in it. I think it’s helping him in there.”

— ANI

berita kat atas ni, aku copy dari  http://www.newkerala.com/one.php?action=fullnews&id=53091. klo tak silap, berita ni pun de kuar kat surat kaba METRO 27hb April.

bia aku cite sket,isi/point2 penting  (aku pun xterer sgt omputeh ni,tp bleh la…)

isinya mcm ni, berita ni tentang sorang selebriti omputeh, nama dia Pete Doherty, dia ni penyanyi bagi kumpulan/band rock Babyshambles, lahir thn 79, memiliki otak yg bijak gak, sbb dia penah ditawarkan masuk ke Oxford University, tp thn pertama je dia kena tendang. wallahu a3lam…yg tu aku xtau nape. k la…pendek cite, dia ni sorang yg sgt bermasalah. dengan dadah, pub, mabuk, keluar masuk penjara. sebab dadah. tapi baru2 ni, kua berita ni, sekarang ni (dalam penjara) dia mula menunjukkan minat pada Islam , dia dikabarkan sedang menekuni sebuah kitab suci…iaitu alQur-an. dan kawan2 dia komen yg sejak dia mula pegang Qur-an…dia jadi sorang yg cool, penyabar dan tenang. Pete juga de ramai rakan2 Muslim yang membantu dia memahami dan mendalami alQur-an. Pete diktakan sangat berminat dengan kitab suci umat Islam tu.

begitulah, pada pandanganku. mereka2 yg telah lama, telah sedari mula ada di dunia ini, disinari cahaya…tidak dapat merasakan cahaya itu. mereka yg telah lama dikalungi permata, tidak merasa indah dengan permata itu. mereka yg telah sejak lahir diberi gelaran Muslim, tidak merasa syukur dan bangga dengan hadiah kitab suci yg ALLAH beri sebagai pendamping, pendokong, penyejuk hati dan penunjuk jalan Muslim…iaitu alQur-an.

memang, mereka yg teraba2 dlm kegelapan…lebih menghargai datangnya cahaya. mereka yg merasa kesesatan, lebih merasa gembira dan berterima kaseh bila adanya penunjuk jalan. mereka yg rasa hidup kelam, penuh keserabutan dan kekacauan, akan lebih menghargai suatu ketenangan. dan lumrah org mencari, maka dia akan berjumpa… sedang mereka yg tak mencari, walau benda itu ada dihadapan mata , tetap tidak membawa erti apa2.

kerna itu, sgt benar kata2 ini ‘ orang Muslim tidak semestinya Mukmin, tapi orang Mukmin itu adalah pasti Muslim ‘ .

ayuhlah diri2 yg slalu merasa gersang!
ayuhlah diri2 yg sedar betapa jauhnya TUHAN dari sisi kita…
ayuhlah kembali kepada alQur-an…kurnia TUHAN yg BESAR buat diri kita, penyejuk hati2 kita…
carilah kembali di mana kita letakkan alQur-an dalam rumah kita, dalam hidup kita, dalam hati kita…
bersihkanlah habuk2 yg bersawang di atasnya…bersihkanlah sawang2 yg juga telah lama berlapok di hati kita…dakapinya erat…dan kembalilah merenungi kalam2 ALLAH itu.

lembutkan jiwa2 yg keras, lewat kalam2 peringatan-NYA tentang azab-NYA yg maha Dahsyat…
tenangkan jiwa2 yg kacau, lewat kalam2-NYA yg membujuk jiwa, yg bercerita tentang betapa kaseh sayang-NYA lebih luas dr kemurkaan-NYA…

slamat kembali dalam dakapan kaseh-NYA…

-n buat pete, marilah kita sama2 umat Islam mendoakan, moga2 dia terus dilimpahi cahaya n mendapat hidayah dr ALLAH…dibukakan hatinya utk Islam, hidup dlm ketenangan sblm dia menutup mata…mana tahu, dia boleh jd antara umat Islam yg berguna buat umat Islam yg lain.- rkukaudya

25
Apr
08

ALLAH sahaja tempat kita bersandar (1-3)

ALLAH TEMPAT BERSANDAR (1)

(MAAF, harap bersabar kerna di awal2nya ada sedikit gangguan.)

ALLAH TEMPAT BERSANDAR (2)

ALLAH TEMPAT BERSANDAR (3)

MQ adalah singkatan dr Manajmen  Qolbu. Ini adalah siri  tazkirah ust Aa Gymnastiar @ lebih dikenali dengan Aa Gym. Untuk mendengar siri2 tazkirah lain, sila dapatkan di you tube- AaGym

walaubagaimanapun, harap maklum bahwa ini adalah audio sahaja, bukan video. jadi tiada gambar.

semoga sama2 mendapat manfa3atnya…

25
Apr
08

aku n kemboja

aduhai kemboja q…
lama tak berkongsi sesuatu disini…
macam da pergi betul je. he. begitulah, ada masa2nya kita diuji. saat itu, kita akan rasa sangat2 susah melalui hari2 yang mendatang. padahal, mungkin sesuatu yg dihadapkan oleh-NYA tu, boleh kita hadapi dengan pejam mata, atau manis muka. juga lapang dada.
oh Tuhan, hanya saja aku terlalu mengikut jiwa lara, dan terlalu lembik untuk tetap teguh dgn keputusanku. terlalu lembik n lembut utk mengatakan ‘yg aku tetap dgn keputusanku!asal sj KAU redo dgn itu…’ .terlalu mengikut perasaan sedih, terasa, kecewa. padahal mereka juga manusia yg xlari dr kekurangan.
padahal juga, mengapa aku perlu sangat mengamati kata2 mereka sedang aku tersangat yakin yg mereka tak fahami dan tak tahu apa yg telah aku lalui, n apa yg telah aku putuskan utk masa depan.
ya! mengapa aku perlu merasa terpukul n terasa dgn kata2 mereka, mereka cuma nampak yg zahir. mereka sekadar menyatakan pendapat mungkin. mereka tak tahu…jd mereka tak bersalah. bahkan aku patut berterima kaseh pada mereka. mungkin ini jg adalah ingatan ALLAH kpdku. spy aku terus kuat n bersungguh2. bersungguh berusaha , bersungguh2 berdoa, bersungguh2 mengharap dan bersungguh2 yakin n bertawakkal pada-NYA.
ya…oh Tuhan, terima kaseh utk segala2nya. utk segala ingatan-Mu, utk sgl ni3mat yg tak pernah putus KAU kurniakan pdku…
terima kaseh oh TUHAN…sungguhlah KAU Maha Pengasih n Maha Pemurah…lagi Maha Pengampun!
:: bunga kemboja tu, aku tanam ko xsilap thn 2006 lg, aku beli sbb aku terkesan sgt dgn novel ‘maafkanlah aku’ tulisan zaharah muhammad. aku sgt terkesan dgn watak upi @ sufi. mg aku boleh jd sekurang2 sepertinya… em,tp rasanya baru 3x kemboja tu berbunga. n tiap kali berbunga, bunga2nya ganjil, maksud aku 3 kuntum je. he. tp aku suke, sbb aku suke no ganjil, suke yg ganjil2, sbb TUHAN pun suke yg ganjil kan. em, masa beli dulu, pokok kemboja bonzai ni de 3 dahan, tp 1 da patah…de maksud tersirat tu. kerna kini mmg tgl berdua. tinggal aku n DIA… n aku kini rasa lebih selesa. sungguh tiap yg ALLAH tentukan tu ada hikmahnya!!! terima kaseh TUHAN! ::
25
Apr
08

aduhai hati…

18
Apr
08

sudikah KAU…

ya ALLAH…

andai ada hamba-MU yang paling lemah,
akulah itu.

andai ada hamba-MU yang sangat berdosa,
akulah itu.

andai ada hamba-MU yang sangat butuhkan KAU,
akulah itu.

andai ada hamba-MU yang saat ini merayu pada-Mu,
maka akulah itu.

oh TUHAN,

selemah-lemah aku,
aku berusaha sehabis dayaku, untuk jadi hamba-MU yang terbaik.
aku korbankan jiwa ragaku, untuk jadi anak yang terbaik.
aku lempar segala ego dan maruahku untuk jadi manusia yang terbaik.

aku seboleh2nya berusaha agar dapat memberi manfaat pada orang lain,
agar KAU tak rugi menjadikan aku makhluk di dunia ini, lantas hanya sia2.

aku juga semahu2nya menjaga diriku,
agar manusia2 tidak terpalit walau sedikit kejahatan dan kekuranganku,
agar mereka tidak mengadu tentangku di hadapan-MU, lantas KAU merasa bangga denganku.

oh TUHAN,
namun andai semua yang aku kerahkan tetap saja tidak cukup buat mereka…
tetap belum cukup membahgiakan mereka…
lalu bisakah aku meminta sesuatu dari-Mu?
bisakah aku, hamba-MU yang sangat hina, lemah, berdosa,
sangat butuhkan -Mu ini,
memohon merayu agar KAU izinkan aku pergi…

sudikah KAU…?

<rkukaudya>

17
Apr
08

jika khusyuk itu…

:: Jika dimaksudkan khusyuk solat itu tenang, kita memerlukan kaedah untuk menenangkan diri,

:: Jika khusyuk itu dikatakan memberi tumpuan kepada bacaan, kita pelajari teknik membaca dengan berkesan.

:: Jika khusyuk itu dikatakan sedang ‘bercakap dengan ALLAH’, kita pelajari ilmu berkomunikasi dengan berkesan.

:: Jika dikatakan khusyuk itu membayangkan ka’abah dan membayangkan syurga – neraka, kita pelajari ilmu mengendalikan imaginasi dan ilmu otak manusia.

:: Jika khusyuk itu dikatakan berdiri tegak dan sempurna toma’ninah, kita pelajari teknik betul megikut kaedah biologi untuk menggerakkan otot dan sendi2 badan.

:: Jika dikatakan khusyuk itu mengosongkan fikiran dari memikirkan hal2 dunia, kita pelajari ilmu penumpuan fikiran.

:: Jika dikatakan khusyuk itu mendengar teliti bacaan sendiri dan mendengar bacaan imam serta bacaan hati, kita pelajari ilmu kehebatan deria pendengaran dan hati manusia.

:: Jika mengetahui maksud ayat2 yang dibaca akan membantu khusyuk, maka sepatutnya kita mempelajari tafsir terutama al-fatihah dan tahiyyat.

:: Jika mata ditumpukan ke tempat sujud akan lebih fokus, marilah kita ketahui secara fisiologi hebatnya penglihatan kita.

:: Atau jika dikatakan kesempurnaan wuduk asas menyempurnakan solat, maka kita pelajarilah kehebatan ciptaan air yang telah ahli saintis buktikan di makmal.

:: Ataupun jika merasakan dengan menjaga pemakanan, kecergasan dan kesihatan, akan membantu khusyuk, … maka kita cari usahakannya.

sungguh tiada alasan bagi kita. sekiranya solat itu benar2 penting bagi kita, dan khusuk tika bersolat itu memang sangat kita harapkan dalam solat kita, kita perlu berusaha ke arahnya. setiap persoalan ada jawaban, tiap kebuntuan ada jalan keluar. kita berusaha, pasti ALLAH akan beri hasilnya.

<rkukaudya>

(untuk dapat jawaban2 tersebut, cuba baca buku

BIO MEKANIK SOLAT – Kaedah kemahiran KHUSYUK melalui fitrah biologi dan satu kaedah terapi. ( edisi Bio-Perubatan-IBADAH) - http://pondokbuku-rkukaudya.blogspot.com )

17
Apr
08

mukaddimah penulis (syeikh Salim el-hilaly)- point2 penting

Sambungan bedah kitab AZKAR

MUKADDIMAH PENULIS

-Secara ringkasnya, di sini aku nyatakan beberapa isi atau point penting yang dinyatakan oleh penulis kitab ini dalam mukaddimahnya.

-point 1 , penulis menyatakan perihal ikhlas , perintah untuk berlaku ikhlas dan memperbaiki niat dalam setiap perbuatan , baik yang nyata maupun yang tersembunyi.

-Penulis memulakan mukaddimahnya dengan melampirkan ayat alQuran dan sebuah hadits yang sangat masyhur, di mana telah diriwayatkan dari Imam Abu Sa’id ‘Abdurrahman bin Mahdi rohimahullah, beliau berkata , ‘ Barangsiapa yang ingin menyusun sebuah kitab, maka hendaklah ia memulai dengan hadits ini’.

“ Padahal mereka tidak diperintah kecuali supaya beribadah kepada ALLAH dengan memurnikan (ikhlas) ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus.” Al-Baiyyinah : 5

Juga sebagaimana maksud hadits Rasulullah s.a.w ;

‘ Sesungguhnya setiap ‘amal (perbuatan) itu bergantung kepada niatnya, dan bahawasanya setiap orang dibalas sesuai dengan apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang hijrahnya kerana ALLAH dan Rosulnya, maka hijrahnya itu kepada ALLAH dan Rosulnya, dan barangsiapa hijrahnya kerana dunia yang dia usahakan atau kerana perempuan yang hendak dinikahinya, maka hijrahnya itu kepada apa yang diniatkannya.’

-berikut adalah beberapa pandangan,pendapat atau riwayat oleh tokoh2, imam2 dan ilmuwan2 Islam.

Dari Abu ‘Ali al-Fudhail bin ‘Iyadh r.a, beliau berkata : ‘ Meninggalkan suatu perbuatan kerana manusia adalah riyak, dan melakukan suatu perbuatan kerana manusia adalah syirik, sedang ikhlas adalah ketika ALLAH menjagamu dari dua hal tersebut.’

Imam al-Harits al-Muhasibi rohimahullah berkata : ‘ Orang jujur adalah orang yang tidak peduli bila sekiranya keluar seluruh penghormatan kepada dirinya dalam hati manusia, demi menjaga kebersihan dan kelurusan hatinya. Dia tidak menyukai kalau orang lain mengetahui kebaikan yang dia lakukan walau ia seberat zarah dan dia tidak benci kalau orang lain mengetahui kejahatan yang dia lakukan.’

Dari Huzaifah al-Masy’ari rohimahullah, dia berkata, ‘ Ikhlas adalah bahawa perbuatan seorang hamba, sama antara lahir dan batin.’

Imam Abul Qosim al-Qusyairi rohimahullah, pula menyatakan, ‘ Yang dimaksudkan dengan ikhlas adalah meng-Esakan ALLAH s.w.t dalam setiap tujuannya ketika menjalankan suatu ketaatan, iaitu bahawa yang dia inginkan dalam menjalankan ketaatan itu adalah ALLAH s.w.t tanpa sesuatu yang lain, termasuk berpura-pura dalam menjalankan suatu kerana orang lain, atau kerana ingin menuntut pujian dari orang lain, atau menyukai sanjungan dari makhluk, atau apa saja yang semakna dengan itu selain dalam rangka untuk taqarrub ilaLLAH (mendekatkan diri kepada ALLAH).’

Berkata Abu Muhammad Sahl bin ‘Abdullah at-Tustari r.a; ‘ Orang-orang cerdas dari kalangan ulamak telah memperhatikan makna ikhlas, maka mereka tidak menemukannya kecuali hal ini, iaitu bahawa setiap gerak atau diamnya seseorang itu hanyalah kerana ALLAH Ta’ala, baik dalam keadaan tersembunyi maupun dalam keadaan yang terang dan tidak dipengaruhi oleh jiwa, hawa nafsu maupun dunia.’

Abu ‘Ali ad-Daqqaq r.a pula berkata; ‘ Ikhlas adalah menjaga diri dari perhatian orang lain. Sedang yang dimaksud dengan as-sidq (jujur) adalah mensucikan diri dari pengaruh hawa naafsu. Maka orang yang ikhlas itu tidak akan riyak, sedang orang yang jujur itu tidak akan berbangga terhadap diri sendiri.’

Dari Dzun Nun al-Misri rohimahullah, beliau berkata; ‘ Tanda ikhlas itu ada 3: pujian dan celaan orang lain sama saja baginya, mengabaikan amalan dari suatu amal dan hanya mengharapkan balasan dari amalnya di akhirat.’

-demikian antara definisi atau pandangan ulamak atau tokoh2 Islam tentang ihklas yang disertakan dalam terjemahan kitab ini.

-point 2 ; penulis juga menyentuh tentang mengamalkan atau melaksanakan sesuatu ibadah atau suruhan sesuai dengan kemampuan dan kesanggupan seseorang.

Berdasarkan satu hadits Nabi yang disepakati oleh para ulamak akan kesohihannya;

‘ Apabila aku memerintahkan sesuatu kepada kalian, maka laksanakanlah menurut kemampuan kalian.’

-maksudnya, pada pandangan aku, sekiranya ada perkara2 atau suruhan2 dalam Islam yang kita rasakan macam berat, jangan sesekali kita tinggalkannya terus, tapi cuba lakukannya sesuai dengan kemampuan kita. Contohnya dalam solat malam, klo kita xmampu nak wat sume solat sunat, cuba wat pe yang kita termampu , seperti sekadar solat sunat taubat, 2 rakaat. Contoh lagi, macam solat sunat tasbih, klo xdapat wat tiap2 malam, sekurang2 sekurang2nya, kita wat sekali seumur hidup.Ataupun bila terjaga di waktu malam, terus istighfar. Sekurang2nya dalam usaha membiasakan dan melatih diri.

bersambung…

08
Apr
08

dunia yang kian sakit!

ya ALLAH…
sungguh aku tak faham. sungguh aku rasa celaru, rasa sebal, rasa bosan, rasa sakit, rasa entah apa2…tika melihat keadaan hamba2-MU saat ini.

ya Nabiyallah…
ingin sekali ku bertanya bagaimana pandanganmu tentang umat2 kesayanganmu tika ini. yang saling benci membenci sesama sendiri, tuding menuding sesama sendiri, yang tidak mahu memaafkan, yang selalu melihat salah orang lain dari mengaku salah sendiri, yang selalu merasa diri betul dan orang lain salah, yang terlalu taksub membuta tuli, tanpa cuba mencari dalil dan hujah untuk pegangan diri, yang bersikap terlalu mengagungkan, juga bersikap membengiskan, bila terlalu suka hingga memuja, bila terlalu benci hingga tega mengeji.
betulkah tindakan2 kami ini ya Rosulullah?…

ya ALLAH…
jika yang mengeji itu adalah di antara orang kafir musyrikin kepada kami, hamba-MU dan umat Muhammad sallallahu 3alaihi wa sallam… aku tak heran.  itu adalah perjanjian perbedaan pikiran dan permusuhan antara kami. dan kejahilan mereka, tidak buat aku gusar lantaran mereka belum mendapat petunjuk dari-MU. lalu mereka tidak dapat lihat kebenaran dan ketenangan di sisi Mu.

namun yang menggusarkan, meletihkan dan amat menyedihkan aku…bila kami sesama sendiri yang bercakaran. bercakaran kerna perbedaan pendapat, bermusuhan kerna berbezanya alim ulamak yang kami agungi, berbezanya pahaman politik kami, berbezanya kedalaman ilmu agama kami, berbezanya pondok2 tempat kami mengaji, berbezanya tahap ketinggian sijil kelulusan kami.
hingga ada antara kami yang sanggup melupakan satu2nya yang amat ditunjukkan pada diri kesayangan kami Muhammad sallallahu 3alaihi wa sallam , iaitu akhlak yang mulia dan terpuji!
segala kelembutan budi pekerti…kami lupa semua itu, hingga kami tega fitnah memfitnah sesama sendiri. hingga kami tak terasa jijiknya meratah daging bangkai saudara kami sendiri!

seandainya memang ada silap yang kami lihat pada diri saudara kami, mengapa kami tidak menasihatinya, bersemuka dan membetulkannya, kemudian mendoakan agar KAU membuka dan melembutkan hati mereka untuk kembali pada kebenaran kemudian mengampunkan mereka? kenapa kami lebih tega menikam mereka dari belakang, mengutuk mereka, mengumpat mereka, memburuk2kan kemudian mengheboh2kan keburukan mereka terus menerus padahal mereka saudara seagama kami. saudara yang patut kami lindungi dan sayangi. andai kami melihat mereka berdosa dan banyak kesilapan, tapi mereka tetaplah saudara kami, jua hamba-MU yang pastinya tak dapat lari dari salah dan dosa…dan pasti tetap ada yang baiknya pada diri mereka.

sedang kami ini. terlalu sucikah? tiada silap dan dosakah? terlalu baikkah? sudah sebenar2 hamba-Mu dan umat Muhammad sallallahu 3alaihi wa sallam yang sejatikah??? sedang KAU sendiri, melabuhkan tirai malam buat menutup dosa2 kami di waktu siang hari, dan mnyingkap tabir siang hari untuk membungkus wajah dosa kami pada malam hari. mengapa pula kami sendiri membuka dan mencanang aib dan keburukan kami juga aib dan silap saudara2 kami…

juga bukankah telah KAU ingatkan pada kami lewat kitab suciMU, bahwa jangan sesekali kami bersangka buruk, juga memandang rendah pada mereka2 yang kami sangka rendah dari kami, padahal mungkin tempat mereka di sisi-Mu jauh lebih selamat dari kami…

andai pula kami memang salah, memang melakukan dosa dan berbuat noda…mengapa keras sangat hati kami ini untuk menerima nasihat dan teguran dari mereka, saudara2 kami…yang menyayangi kami di dunia ini untuk kesejahteraan kami di akhirat kelak? kenapa kami pekakkan telinga , butakan mata pada teguran dan nasihat mereka? besar sangatkah kami ini, hingga terlalu ego dan merasa kerdil hanya kerna kami ditegur atas salah silap dan dosa sendiri? indah sangatkah apa yang tersaji di dunia ini hingga kami sanggup mengenepikan apa yang bakal KAU jamukan di sana kelak? lalu kami sedayanya menegakkan ranting kami yang bengkok, pandangan dan pemikiran kami yang songsang dan jauh tersasar dari redo-MU…

mengapa kami tidak sahaja menjadi umat-Mu yang satu. satu bak sekujur jasad yang merasa sama perit, sama sakit, sama sehat dan selamat dalam lindungan-MU?…

ya…inilah ujian dari Mu, bukan sukar andai KAU mahu menjadikan kami satu, satu pemikiran, satu pegangan, satu dalam segala hal. ya, bahkan kerna KAU mahu kami menggunakan 3akal yang telah KAU kurniakan pada kami, juga iman yang KAU semaikan pada dada2 kami…

oh diri…
ingatlah, tiada bezanya KAU di hadapan TUHAN mu melainkan pada ketaqwaanmu dan keikhlasanmu menjadi hamba-NYA di dunia fana ini.

ingatlah, budi pekerti dan akhlak mulia lah yang bisa buat hati lebih tertawan, buat jiwa2 lebih lembut dan mengikut. juga ingatlah, doa adalah satu2nya senjata hamba ALLAH yang paling dan sangat ampuh.

ingatlah, tiada salah bercanggah pendapat pada perkara2 furu3 atau cabang, pada perkara2 kecil, tapi janganlah sampai kamu bermusuhan hanya kerna itu…kerna yang paling utama adalah perkara2 asas bagi tiap sesuatu. tetaplah berpegang teguh pada AL-QURAN dan AS-SUNNAH. tetaplah diri sebagai hamba ALLAH dan umat MUHAMMAD sallallahu 3alaihi wa sallam…

belajarlah memaafkan.

belajarlah mengakui kekurangan dan silap sendiri.

ingatlah, janganlah perlakukan sesuatu yang kamu sendiri tidak mahu diperlakukan oleh orang lain sebegitu, tiada ruginya membalas kekasaran dengan kelembutan, kebencian dengan doa dan kemaafan.

ingatlah selalu bahwa…setiap apa yang kamu lakukan , katakan, coretkan, detikkan di hati…samada baik atau buruk, walau seberat zarah pun, tetaplah akan di nilai di sisi ALLAH di hari pembalasan nanti. saat itu, kaulah yang akan menanggung nasib semua perbuatan, percakapan dan tindakanmu selama di dunia.

juga buat diri, jika benar kau adalah jundullah, tunjukkan akhlak pekertimu yang baik, yang lurus, yang selalu meletakkan sesuatu pada haknya. ajaklah manusia dan saudara2 mu pada kebenaran. tapi ingatlah sampai situ sahaja kemampuan kamu, sungguh hak kita hanya usaha sedang hasilnya adalah hak mutlak ALLAH. sungguh hidayah itu kerja ALLAH.

ya ALLAH…ampunilahlah kami hamba2MU…tunjuki kami jalan yang KAU redoi bukan jalan yang KAU murkai.

ya Rosulullah…maafkanlah kami umat2mu…moga2 kami beroleh syafaat mu di hari itu kelak.

…..aku yang makin sakit…
sakit ati
 <rkukaudya>




Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

aku hamba-NYA

Ya Ilahy, aku hamba-MU kerana-MU aku hidup. kepada-MU aku menghamba diri. kepada-MU aku berserah diri. kerana-Mu aku ingin mati!!!

semua detik akan ditanyakan

April 2008
F S S M T W T
« Mar   May »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Blog Stats

  • 11,105 hits

tetamu rkukaudya

web tracker
Watch videos at Vodpod and other videos from this collection.

buku kesayangan rkukaudya

[berguru kepada Allah;abu sangkan] ya Allah, tunjuki aku lorong menuju-Mu! santapan jiwa, koreksi hati hanya keampunan dan cinta ALLAH yang didambakannya kini 35 kisah perjalanan spiritual, menepis azab dan menuai rahmat sesungguhnya perjalanan cinta kita sangat jauh berdoalah agar ALLAH mengampuniku! seorang perempuan akhir zaman yang berdosa dan luka hatinya... bidayatul hidayah; sebuah permulaan menuju hidayah TUHAN

pesan dengan saya

buku2 yang ada di atas ni adalah buku2 yang bisa buat kalian rasa lebih dan makin dekat dengan-NYA. ada dijual di kedai2 buku. tapi andai kalian tak berkesempatan ke kedai buku, kalian bleh pesan dengan saya. saya berbesar hati mencarikannya untuk kalian. http://pondokbuku-rkukaudya.blogspot.com

tEtaPLaH diSiNi

tetaplah disini saudaraku... di jalan keimanan, di jalan keislaman, tetaplah bersama-sama meniti jalan ini sampai usai. kita semua mungkin telah letih... karena perjalanan ini amat panjang dan berliku, tapi, tetaplah disini dan jangan menjauh, yakinlah, kenikmatan yang kita reguk di jalan ini, jauh lebih banyak ketimbang yang dilakukan orang-orang yang lalai. keindahan yang kita alami disini, sangat lebih indah daripada keindahan yang kerap dibanggakan oleh mereka yang jauh di jalan ini. jangan berharap atau tertipu dengan fatamorgana kenikmatan, keindahan, kebahagiaan semua yang sering kita lihat dari orang-orang yang jauh dari tuntunan Allah swt. tetaplah disini..... *dikutip dari buku "Berjuang di Dunia Berharap Pertemuan di Surga" muhammad nursana tarbawi