Archive for November, 2007

21
Nov
07

rumah rohmat

apakah ada lagi rumah yg kukira penuh dengan rohmat Tuhanku selain rumah sakit? he. Tuhan, sungguh rohmat dan kaseh sayang-MU terasa sangat hangat memenuhi ruang udara di rumah sakit. rumah sakit? bukan rumah tu sakit…hospital la maksudnya… Sungguh ya ALLAH! aku merasainya…sebab di sana ada mereka2 yg sakit lalu KAU sembuhkan…ada yg KaU terlalu sayangi hingga KAU ambil dia ke sisi-Mu, ada juga yg KaU buka pintu hati mereka untuk menyedari kehadiran dan keberadaan-Mu di sisi hidup mereka dan buat mereka slalu mengingati-Mu, kembali pada-Mu dan semakin dekat dengan-Mu… walaupun masih ada yg terus dgn dunia mereka.

tapi tak aku nafikan yg aku mulai takut, muak dan sgt fobia untuk berada di situ mahupun di sekitarnya. mungkin kerna tahun ini, dari penghujung tahun 2006 yg lalu…aku slalu ke sana. bersilih ganti menghantar penghuni2 rumah ku. atau mungkin kerna aku merasa sebak…kerna ada mereka2 yg dekat dalam hatiku pernah menghembuskan nafas terakhir mereka di sini sedang aku tak berkesempatan menatap wajah mereka buat kali terakhir dan tidak dapat membisikkan di telinga mereka lafaz itu buat kali yg penghabisan…

tapi atas dasar cinta ku pada-MU dan rasa tanggungjawabku pada mereka yg hanya mereka yg aku ada dan sedia ada untuk aku… akan ku gagahi juga hati yg gugup dan perut yg kecut ini.

sebab esok pagi2 aku akan ke sana… ya ke rumah sakit! esok pagi di umah sakit besar johor bahru dan pagi lusa plak ke rumah sakit besar kolompo.  

ya Tuhan…slamatkan n permudahkan perjalanan kami hingga sampai ke destinasi dan kembali semula ke qoryah kami hari2 berikutnya.

ya Tuhan…peliharakanlah mak ku, atok ku dan apa jua yg aku tinggalkan sementara di sini. cukupkan keperluan mereka. lindungi mereka. tetapkan iman mereka dan dekatkan hati mereka slalu bersama-MU…

sungguh! hanya KAU harapanku…

mudahkan smuanya ya TUHAN!

<rkukaudya>

21
Nov
07

suatu pencarian yang panjang

suatu pencarian yang meresahkan dan menyesakkan dada telah aku lalui seminggu nie. Ya ALLAH… hanya Engkau je yg tau betapa kerisauan dan kerinduan tiba2 mengikat tubuhku dan menjerut nafasku. aku dah berusaha semampuku. aku dah berdoa n memohon pada-Mu. dan aku tinggal 2 usaha terakhir…

ntah kenapa tiba2 perasaan aku jadi tidak enak hari tu. sangat tidak enak. aku tau aku bukanlah seorang wali @pun orang yg punya ketelusan jiwa…berkat hati yg bersih suci, hingga tiap yg terdetik di hati itu suatu petanda pada sesuatu yg mungkin @ telah terjadi. aku tiba2 teringatkan seseorang, lalu aku jejakinya melalui hensetnya…dan ternyata hensetnya tidak dapat kuhubungi. mungkin hingga kini beratus kali yg aku dengar hanyalah suara ‘ please try later’ @ bunyi ‘tut tut tut tut tut tut…..’. aku tak putus asa, dengan dada yg kian berdebar2 aku berusaha lagi menjejakinya melalui rakan2 ku yg lain. tapi…begitulah…

Tuhan, Kau lihat kan?…bagaimana aku geledah kotak2 yg sudah berlapok2 berabuk. walaupun jam tika itu sudah menunjukkan pukul2 pagi.semata2 mencari no tepon umah dia, tapi xde. xjumpa. saat tu aku rasa sangat tak berguna sebagai seorang kawan kerna aku tak de simpan no tepon umah dia. alamat dia aku ada…tapi camana no tepon umah dia aku takde?! Ya ALLAH…

aku jejaki dia sampai ke tempat yg mungkin tak tersangkakan untuk aku mungkin dapat temuinya…

aku da poskan mesej ku ke alamat kampungnya dengan pos laju dengan harapan yg melangit tingginya agar dia menghubungi aku dan menenangkan gelisah di dadaku. saat ini…aku cuma ingin mendengar suaranya dan memastikan yg dia baik2 saja…yg dia tak sakit, tak terjadi kemalangan jiwa, tak bersedih, dalam bahgia, sehat, tenang dan baik2 aja. dan mengikut perkiraanku, sepatutnya surat itu telah berada di genggamannya sekarang, tapi…oh Tuhan…..apalagi dayaku…

kini…aku punya 2  lagi usaha yg tinggal. Pergi ke kampungnya , dan bertawakkal pada-Mu setelah tiada lagi dayaku.

oh TUHAN…ku merayu pada-MU…sampaikan rasaku padanya, pada sahabatku itu. gerakkan hatinya menghubungi aku…tolonglah ya TUHAN…hanya Engkaulah harapanku saat ini dan selama2nya…

(…akukah yg selalu merasa keresahan dan kerinduan setelah sesuatu itu hilang?bahkan mungkin hanya akukah yg slalu beria2 berusaha menjaga sebuah persahabatan? …atau aku memang seharusnya belajar melepaskan semuanya…kerna tiada yg lebih setia dan tetap di sisiku melainkan Dia jua satu2nya … dan selama2nya tiada akhirnya…..)

<rkukaudya>

10
Nov
07

…….

Aku yakin, di setiap kesulitan yang aku kena hadapi n lalui. DIA telah menyediakan jalan keluar n penyelesaiannya. Hanya saja aku perlu tabah, kuat dan yakin pada-NYA. Aku harus percaya n slalu berharap pada-NYA. Memohon DIA membantuku n tidak membiarkanku sendirian n berputus asa dengan-NYA.  Walau betapa berat n pedih pun aku rasa. Aku hanya ada 2 pilihan, aku kena juga menghadapinya cuma samada dengan sabar n beroleh keredoan-NYA atau memilih untuk menghadapinya dengan rungutan n kemarahan lalu beroleh kemurkaan n kebencian-NYA. Aku tak mahu dibenci-NYA. Hanya DIA yang slalu menyayangi aku setiap masa n apa adanya aku. Hanya DIA yang slalu ada untuk aku. Aku tak mahu kehilangan-NYA. Tak mahu n tak sanggup!

Aku akan kuat untuk-NYA. Jadi hamba yang redo kerna-NYA. Akan ku pekakkan tlinga n butakan mata pada kata2 mereka2 yang ingin menggugah kepercayaan n cintaku pada-NYA. Aku hanya akan buat apa yang DIA suka. Aku hanya akan pilih apa yang DIA redo. Persetankan mereka. Aku tidak hidup kerna manusia. Bukan mereka yang sebab aku wujud di dunia. Aku hidup kerna-NYA.

TUHAN! di manapun aku KAU campakkan… bagaimanapun aku KAU mahu perlakukan… mohon aku akan tetap rasa lebih dekat dengan-MU. Kuatkan hatiku pada-MU. Aku redo n trima smua ujian yang KAU berikan padaku…tapi ku mohon janganlah KAU uji aku dengan berjauhan dari-MU. Jauh dari-MU bererti aku mati ya TUHAN! aku mati…

Berjauhan dari-MU ertinya hidupku tak bererti lagi.
Sunyi. Sepi. Sendiri.  

<rkukaudya>

10
Nov
07

kerana cinta


kerana cinta
pahit berubah menjadi manis
kerana cinta
tembaga berubah menjadi emas
kerana cinta
hampas berubah menjadi sari murni
kerana cinta
pedih menjadi ubat
kerana cinta
kematian berubah menjadi kehidupan
kerana cinta
raja berubah menjadi hamba

-Jalaluddin Rumi-

10
Nov
07

kalimah cinta

amy search/kalimah cinta

Simpan diri ku terseksa
Nak ku luahkan ku gentar
Kekurangan
Ku terbongkar

Sisi mu umpama syurga
Peluang emas ku jamah
Bahagia
Yang ku cari
Awal dulu

Aku
Insan yang terdampar
Yang tinggal menagih cinta
Terang dan terlindung
Dimana tempat nak ku singgah
Mengesan mu pasangan ditakdirkan

Ku rempuh azab sengsara
Tak kisah asal bersua
Kau kasih penyeri jiwa
Pendorong ku hadapi hidup

Kau kasih isyarat jiwa
Ku meniti jalan yang lurus
Kau kasih isyarat jiwa
Pendorong ku hadapi hidup

Mengenal erti cinta
Mengenal cinta tulus

::Ku rempuh azab sengsara. Tak kisah asal bersua. KAU KASIH penyeri jiwa. Pendorong ku hadapi hidup. KAU KASIH, isyarat jiwa. Ku meniti jalan yang lurus. KAU KASIH isyarat jiwa. Pendorong ku hadapi hidup. Mengenal erti cinta. Mengenal cinta tulus… cinta-MU yang tulus….. ::

09
Nov
07

unta beranak

salam.
pernah tengok unta beranak?
aku pun tak penah. alhamdulillah skarang da tau.
syukran kpd akh di
www.solahnawadi.co.nr









maha suci ALLAH

maha kuasa ALLAH

yg menciptakan stiap makhluk di alam mulk n alam malakut
n yg menciptakan aku n kalian

<rkukaudya>

09
Nov
07

apa2 aja

>bila sesekali aku dapat bukak kom n layari internet. bila da masuk blog sendiri, aku slalunya jadi kaku sjuta kata. walhal…telalu banyak benda yg nak ditulis n dikongsi.
entah. memang da macam ni. makin banyak yg bersawang di kepala, berbuku di dada n bermain di jiwa, makin buat aku lebih suka memilih diam. akhernya jemari yg mulanya bersemangat nak menaip , jadi kejang sebab tak bergerak. kaku kat atas keyboard. n akhernya juga, aku pun mule merayap2 tengok blog2 orang lain.

>sronok bila dapat jumpa blog2 yg comel2, penuh sentuhan kreativiti pemiliknya, lagi2 bila isinya menjurus kepada mencari cinta-NYA. buat aku rasa sangat teruja n gembira. berkira2 klo la mereka2 itu sudi bersahabat denganku. he. tapi…xmungkin kot. pe yg aku perhatikan sejak aku skolah, budak2 aliran agama, yg pakai tudung labuh, jubah (aku gelar budak agama) lebih suke berkawan dengan budak agama gak. betullah pe dorang buat tu. sebab kita memang dituntut mencari kawan yg baik agamanya. kerna kawan yg baik akan mendorong kita bebuat kebajikan n menegur kita bila kita ingin melakukan kejahatan. menasihati kita. tapi klo asek dengan geng2 agama je…buat aku yg bese2 ni rasa tak layak nak mendekati n mendampingi mereka. buat aku rasa kecik.

he. apa yg aku nak cakap sebenarnya ek.

> ntah.moga ALLAH ampuni sgala dosaku n izinkan aku tetap dalam jalan-NYA yg lurus, walaupun banyak kali langkahku tersasar, terbengkok2, moga aku kan tetap menuju ke destinasi yg SATU lagi ABADI…

<b.lanun>
 

08
Nov
07

hayati


di amek dengan ijin dari http://www.rediesh.com

06
Nov
07

TUHAN itu ADA

:: TUHAN itu ADA , slalu ADA.
   DIA slalu melihat kita, mendengarkan kita.
   dan memperingatkan kita
   pada perkara2 yang kita lupa.
   yang kita slalu LUPA    ::

<rkukaudya>




Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

aku hamba-NYA

Ya Ilahy, aku hamba-MU kerana-MU aku hidup. kepada-MU aku menghamba diri. kepada-MU aku berserah diri. kerana-Mu aku ingin mati!!!

semua detik akan ditanyakan

November 2007
F S S M T W T
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Blog Stats

  • 11,087 hits

tetamu rkukaudya

web tracker
Watch videos at Vodpod and other videos from this collection.

buku kesayangan rkukaudya

[berguru kepada Allah;abu sangkan] ya Allah, tunjuki aku lorong menuju-Mu! santapan jiwa, koreksi hati hanya keampunan dan cinta ALLAH yang didambakannya kini 35 kisah perjalanan spiritual, menepis azab dan menuai rahmat sesungguhnya perjalanan cinta kita sangat jauh berdoalah agar ALLAH mengampuniku! seorang perempuan akhir zaman yang berdosa dan luka hatinya... bidayatul hidayah; sebuah permulaan menuju hidayah TUHAN

pesan dengan saya

buku2 yang ada di atas ni adalah buku2 yang bisa buat kalian rasa lebih dan makin dekat dengan-NYA. ada dijual di kedai2 buku. tapi andai kalian tak berkesempatan ke kedai buku, kalian bleh pesan dengan saya. saya berbesar hati mencarikannya untuk kalian. http://pondokbuku-rkukaudya.blogspot.com

tEtaPLaH diSiNi

tetaplah disini saudaraku... di jalan keimanan, di jalan keislaman, tetaplah bersama-sama meniti jalan ini sampai usai. kita semua mungkin telah letih... karena perjalanan ini amat panjang dan berliku, tapi, tetaplah disini dan jangan menjauh, yakinlah, kenikmatan yang kita reguk di jalan ini, jauh lebih banyak ketimbang yang dilakukan orang-orang yang lalai. keindahan yang kita alami disini, sangat lebih indah daripada keindahan yang kerap dibanggakan oleh mereka yang jauh di jalan ini. jangan berharap atau tertipu dengan fatamorgana kenikmatan, keindahan, kebahagiaan semua yang sering kita lihat dari orang-orang yang jauh dari tuntunan Allah swt. tetaplah disini..... *dikutip dari buku "Berjuang di Dunia Berharap Pertemuan di Surga" muhammad nursana tarbawi