Archive for September, 2007

24
Sep
07

asyik

Asyik / Damasutra

Dengan bahasa kalimah yang sama
Puji dan memuja
Dilindung dan dibuka
Rahsiakan tetap rahsia

Indah bukan rupa
Harum bukan bunga
Manis bukan gula
Panas bukannya bara
Cintakan tetap cinta
Sejak aku kenali
Cinta-Mu yang suci
Aku telah berjanji
Tak berpaling lagi

Akan aku genggam api
Hingga jadi besi
Dan nyata sebati

Gelap bukan malam
Terang bukan siang
Satu tak terbilang
Hanyut tak terenang
Waktu tak terasa
Rindu tak terkata
Asyiknya cinta

Dan hanya kepada-Mu
Kuserah jiwa ragaku
Walau berjuta seteru
Takku ragu

 -tuhan, asyikkan aku dengan cinta-MU!-
<rkukaudya>

24
Sep
07

o my LORD…..

24
Sep
07

ku mohon ampun!

dia…
terduduk di situ
tangan di lutut
mata tertutup
tertunduk. berkerut

‘Tuhan!
aku hamba-Mu
padaku dosa sebeban gunung
di jemalaku terjunjung
hancurkan ia oh Tuhan…
ku mohon ampun!

Tuhan!
aku hamba-Mu
dihatiku karat
sekarat besi yang terdasar di laut
leburkan ia oh Tuhan…
ibarat lahar yang dimuntahkan gunung

oh Tuhan…
ku mohon ampun!’

<rkukaudya>

23
Sep
07

aku

aku hanya manusia biasa.
aku menulis dari hati.
untuk hati.
aku bukan orang2 agama
tapi aku punya agama
aku punya TUHAN
aku juga seorang hamba
dan aku sedang belajar jadi hamba
bukan hamba manusia
bukan hamba nafsu
bukan hamba dunia
tapi hamba untuk TUHAN ku yang Esa

oh TUHAN
jalan menuju-MU
memang terlalu berliku
ada yang perlu dilepaskan
ada yang perlu dikorbankan

beratkan hatiku pada-MU TUHAN
biarpun semua makhluk dunia membenciku

<rkukaudya>

23
Sep
07

sama2 menjana pahala

salam Romadon yang ke 11 hari

Cepat betul rasanya masa berlalu. Cepat betul Romadon meninggalkan aku, meninggalkan hamba2-NYA…serasa berat hati bagi yang cinta melepaskan ia berlalu, dan mungkin tidak sabar rasanya bagi yang tak cinta untuk membiarkan ia cepat2 berlabuh.

Bukan nak bermadah.he. sebab memang tak geti.

Dalam 11 hari ni , bagi yang perempuan, pasti ada yang dah terpaksa ‘cuti’ dari menunaikan ibadat puasa Romadon itu. Perempuan2 yang dah memang ALLAH bagi keistimewaan itu pun slalu rasa sedikit kecewa malah ada yang berdoa agar dapat penuh sebulan menunaikan ibadat puasa. Tapi pihak si lelaki yang gagah perkasa ada plak yang tak bersyukur dan teringin nak ‘cuti’. entah la.

Entry ni bukan nak citer pasal si lelaki2 yang ‘cuti’, tapi nak kongsi kabar gembira buat perempuan2 , muslimat2, mukminat2, yang mungkin ada yang belum tau.

JANGAN BERSEDIH ANDAI TIKA INI KALIAN TAK DIIZINKAN BERPUASA ATAS SEBAB2 SYARI’E,
kerna telah bersabda Rasulullah s.a.w :
” Sesiapa yang menjamu orang untuk berbuka, baginya pahala seperti pahala orang yang berpuasa…” (riwayat Tirmizi)

So klo tak dapat berpuasa, tapi nak nak jugak pahala dan ganjaran seperti orang yang berpuasa…ALLAH da tunjuk caranya. Klo anda ada masa untuk memasak, masakkan la juadah berbuka untuk keluarga @ jiran2. Takpun, boleh beli juadah dari bazar dan sedekahkan kat mereka. Bagi pelajar2 lak, klo duk asrama…bleh la belanja rakan2 yang berpuasa semasa berbuka. Belanja makan pun bukan la perlu sampai yang mahal2 , cukup sekadar kemampuan kita. Belanja sebiji tamar @ segelas air pun memadai. Yang penting eklas.

Tapi, selain tu…walaupun kita tak berpuasa, kita masih perlu menahan diri dari perkara2 lain. Puasa itu maksudnya menahan diri dari perkara2 yang boleh membatalkan puasa. Tapi Romadon juga, suatu madrasah yang mengajar dan mengajak kita untuk menahan diri dari perkara2 yang tak sepatutnya dibuat oleh hamba ALLAH. Maknanya, klopun kita tak puasa, janganlah mengumpat keji orang lain, janganlah bercakap bohong, janganlah sakiti orang lain, jangan mencuri, jangan menipu, jangan makan depan orang ramai, jangan tengok benda2, citer2, gambo2 yang tak senonoh, jangan buat apa2 je yang leh sebabkan kita dapat dosa, samada kecil @ besar.

Hormatilah Romadon yang dimuliakan. Hormatilah diri kita sendiri sebagai hamba TUHAN.

Selamat Menahan Diri dan Nafsu Duniawi.

<rkukaudya>

23
Sep
07

bazar oh bazar

Salam.

Bila sebut pose, lelebih lagi di bulan Romadon al-Mubarak ni. Boleh dikatakan, selain terbayang tentang pose sebulan (sebulan je…tapi tu pun ada orang nak ponteng2…sedih ;=< ) solat terawih, dan raye ( ha yang ni ramai orang ske kan. dulu aku kecik2 pun sangat suke ;=p) …kita juga akan terbayang2 makanan. Pelagi, bazar Romadon la! dengan bazar Romadon yang tumbuh bak cendawan lepas kena hujan. Waktu nilah semua jenis makanan dari kueh muih hingga ke lauk pauk, dari ayam goreng ke ayam percik menonjol diri (sedapnye ayammm nyum nyum! he). Dari makanan yang kita tak pernah tengok, tak pernah tau ada (tradisional kot) hingga ke makanan2 yang moden2, yang tak senang nak sebut. (he, ala2 barat kot). Bazar2 yang mula berniaga seawal 3 @ 4 petang akan mula terasa hangat dan hebohnya dari selepas waktu sekolah dan waktu bekerja tamat. Hinggalah waktu gembira tiba , baik buat muslim yang berpuasa atau tidak berpuasa (waktu berbuka la…he) dan klo kat kampong aku, waktu nilah jugak aku nampak muka2 yang aku tak pernah nampak (…oh, rupenye orang kampong…he)

Ni la pengalaman aku sewaktu menolong pakcik aku berjual kuih pada tiap Romadon. Waktu ni la jugak selera makan meluap2, tu nak, ni nak. Air sampai 3-4 jenis. Kueh jangan citer la. Tapi aku nampak peningkatan sket kat kampong aku. Ramai yang berjaya kawal nafsu, berbelanja tak ikut nafsu lapo. Beli ikut keperluan dan cukup2 untuk ahli rumah. Alhamdulillah…

Teringat semalam, ada adik comel ( rasanya baru tadika ) nampak lepaaakkk sangat. Dia ikut mak dia beli kueh kat tempat pakcik. Sambil isikan kueh yang mak dia berkenan, aku tengok gelagat budak kecik ni, semua kueh dia tunjuk, nak le tu.he. Tapi mak dia tak beli semua, mak dia pujuk, suruh beli besok plak. Budak tu ikut je walaupun nampak sedih. Aku sebok2 lak tanya ,    “ adek pose e?” dia diam je, mak dia yang jawab “ ha’ah, dari awal pose, tu yang melayan kerenah dia ni “. alhamdulillah…gembira aku dengar. Budak2 pun senang nak diajak pose, yang besor2 plak liat. Moga2 ALLAH buka pintu hati mereka dan beri mereka kesempatan lagi.

Ada lagi sorang ni, terbalik plak.he. mak dia tunjuk macam2 kueh, tapi dia taknak, dia nak kueh lapis je. (yang warna merah belang2 puteh tu. Ada kakak tu sebut kueh umah pangsa. he. macam2) bila mak dia kata nak belikan gak 2-3 jenis kueh lagi, selamba je dia jawab, ‘orang taknak, mak la makan nanti.’ he. Insaf rasa. Budak2 pun leh kontrol nafsu, kita yang da tua2 ni pun kadang2 tewas.

Aku stakat ni…alhamdulillah…sebab aku pun tak ske makan kueh manis2. Ada takde, aku beli popia 2 ketul @ karipap sardin, sebab aku ske pedas2. Cuma air je la…tekak tengah kering, depan mata air asam boi, air tebu, air kelapa, air cikong, air semangka, air soya…..aduih! rasa nak minum sme. he. Astaghfirullah…..

-ya ALLAH, terimalah puasa ku ini sekalipun banyak comot momotnya.-

<rkukaudya>

23
Sep
07

Sahabat

http://mujahidahsejati.blogdrive.com

“   Ya Allah,
Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi saw,
Sahabat Nabi setia di sisi,
Sahabat saya datang dan pergi.

Ya Allah,
Saya muhasabah, menerawang sendiri,
Dari kecil ke saat ini,
Ramai sudah bertandang di hati,
Ramai juga yang datang dan pergi.

Ya Allah,
Sahabat ketawa, saya gembira,
Sahabat sayu, saya syahdu,
Sahabat layu, saya pilu,
Sahabat cemerlang, saya gemilang.

Ya Allah,
Kawan saya, sahabat saya,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan semula di taman syurga.

Ya Allah,
Sahabat saya, buah hati saya,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah cinta,
Rajuk kami membuah ceria.

Ya Allah,
Silaturrahiim kami, ukhwah fillah,
Bermusuh kami, na`uzubillah,
Berpisah mati, insyaAllah,
Pengubat hati, do`a rabitah
..  

::. ni kata2 @ sajak yang aku copy dari blog sebagaimana address di atas. aku memang suke apa2 yang berkaitan tentang sahabat. nak tulis macam tu, aku tak diberi kelebihan bermadah @ berpuisi. klo cuba jugak, pasti lafaznya tak seindah dan selunak orang yang ahli. moga terhibur.::

<rkukaudya>

22
Sep
07

JADUAL MUSLIM DI BULAN ROMADON

JADUAL MUSLIM DI BULAN ROMADON

4.00 pagi :  Bangun
Berdoa kepad ALLAH dengan doa :
Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA
mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan
membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah,berwangi-wangian.

4.20 pagi:  Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH
Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH
Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.
Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima ramalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi :  Makan Sahur
Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.30 pagi :  Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran
atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi :  Membuat persiapan ke tempat kerja.
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun.
Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi :  Sembahyang Sunat Dhuha
Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca
Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.
Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.

12.45 tgh :  Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor
berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 ptg :  Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud
syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai
berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 ptg :  Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur
Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu
masih ada dlm diri kita !!!

6.30 ptg :  Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda
Rasulullah SAW : “Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga”, merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.
Apabila masuk waktu Magrib, Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku
beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.

8.00 mlm :  Solat Isya’ berjemaah dan diteruskan dengan solat
Terawih.
Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun
kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali
dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 mlm :  Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari
esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini
kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)

Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur :
Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

p/s : jadual atas  ni, dari gamba ke jadual, aku copy dari satu blog. blog yang ‘cute’ luar dan dalam. cuba la klik http://yanghakiki.blogspot.com . sebenarnya dari dulu aku nak tulis gak pasal jadual ni, tapi aku memang tak geti sangat tulis panjang2. klo da ada idea pun, bila bukak je komputer, tangan jadi kejung dan otak jadi blurrrrr. alhamdulillah ada hamba ALLAH yang lain tulis, mudah2an jadi amalan dan ingatan bersama.

<rkukaudya>

22
Sep
07

terawih terawih

salam.

Romadon da masuk minggu kedua. Bagaimana ibadat kita? Terawih? Solat terawih hanya ada di bulan Romadon je. Seboleh2nya solatlah. Klo tak dapat solat di masjid, boleh je terawih di rumah. Waktunya juga panjang. Klo tak dapat betul2 selepas isyak, boleh dibuat bila2 masa selagi belum masuk Subuh. Yang penting, buat.

Tentang rakaatnye juga, jangan berbalah. Jangan pening2kan kepala hingga akhirnya natijahnya kita tak buat satu rakaat pun. Buat la semampu kita antara 8 dengan 20 rakaat. Xde salahnya. Dua2 boleh. Dua2 ada bukti. Walaupun dalilnya bukanlah dari kalam nabi, tapi dari rukyah dan fe’liah sahabat nabi, janganlah ssekali puak 8 rakaat mendabik dada menuduh yang 20 rakaat tak betul dan begitu juga sebaliknya. Yang penting buatlah dengan kemas, tertib dan cantik. Jangan sampai solat2 itu, yang sepatutnya diangkat ke langit menjadi hadiah terindah kta buat-NYA menjadi kain buruk yang dilontar balik ke muka kita dengan hina.

Klo solat 20 rakaat tapi macam ayam patuk tanah, tak manis rasanya. Klo da solat 8 rakaat tapi tak sampai 5 mint pun tak manis juga. Buatlah dengan eklas dan penuh rasa cinta n rindu kita pada-NYA. Solat…tak kira la solat fardhu @ sunat, solat ibarat temu janji @ date kita dengan-NYA. Klo kita tak kesah berdiri berjam2 menunggu buah hati bertemu janji untuk berbuka bersama, dengan DIAmengapalah perlu berkira.

Pesanan ni utamanya untuk aku sendiri. Bahgianya andai dapat solat Terawih beramai2 di masjid. Tapi aku tak dapat merasainya. Untuk berterawih di masjid kampung aku, aku tak mampu, rasanya lebih tenang melepaskan rindu itu di rumah, disaat2 sunyi, di bening pagi. Lagipun…tak mahu mengganggu para jemaah dan ahli terawih yang lain dengan kesihatan aku yang tak menentu.

Oh TUHAN… moga walau dimanapun aku berada, ibadat ku diterima dan buat ku makin dan terus dekat dengan-MU

<b.lanun>




Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

aku hamba-NYA

Ya Ilahy, aku hamba-MU kerana-MU aku hidup. kepada-MU aku menghamba diri. kepada-MU aku berserah diri. kerana-Mu aku ingin mati!!!

semua detik akan ditanyakan

September 2007
F S S M T W T
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Blog Stats

  • 11,105 hits

tetamu rkukaudya

web tracker
Watch videos at Vodpod and other videos from this collection.

buku kesayangan rkukaudya

[berguru kepada Allah;abu sangkan] ya Allah, tunjuki aku lorong menuju-Mu! santapan jiwa, koreksi hati hanya keampunan dan cinta ALLAH yang didambakannya kini 35 kisah perjalanan spiritual, menepis azab dan menuai rahmat sesungguhnya perjalanan cinta kita sangat jauh berdoalah agar ALLAH mengampuniku! seorang perempuan akhir zaman yang berdosa dan luka hatinya... bidayatul hidayah; sebuah permulaan menuju hidayah TUHAN

pesan dengan saya

buku2 yang ada di atas ni adalah buku2 yang bisa buat kalian rasa lebih dan makin dekat dengan-NYA. ada dijual di kedai2 buku. tapi andai kalian tak berkesempatan ke kedai buku, kalian bleh pesan dengan saya. saya berbesar hati mencarikannya untuk kalian. http://pondokbuku-rkukaudya.blogspot.com

tEtaPLaH diSiNi

tetaplah disini saudaraku... di jalan keimanan, di jalan keislaman, tetaplah bersama-sama meniti jalan ini sampai usai. kita semua mungkin telah letih... karena perjalanan ini amat panjang dan berliku, tapi, tetaplah disini dan jangan menjauh, yakinlah, kenikmatan yang kita reguk di jalan ini, jauh lebih banyak ketimbang yang dilakukan orang-orang yang lalai. keindahan yang kita alami disini, sangat lebih indah daripada keindahan yang kerap dibanggakan oleh mereka yang jauh di jalan ini. jangan berharap atau tertipu dengan fatamorgana kenikmatan, keindahan, kebahagiaan semua yang sering kita lihat dari orang-orang yang jauh dari tuntunan Allah swt. tetaplah disini..... *dikutip dari buku "Berjuang di Dunia Berharap Pertemuan di Surga" muhammad nursana tarbawi