Archive for August, 2007

29
Aug
07

kemarau di hatiku

Kemarau Di Hati 
Mestica
 

Rintik hujan daun kebasahan
Kenangan larut di arus rindu
Malam gelap zulumat yang menutup sinaran
Kemarau hati semakin memilu

Hanya gemersik angin dari pohon-pohon
Yang mengimbau ingatan meramas nurani
Bak amukan gelora yang menghempas di dada
Resah sendumu menggamit derita
Berderaian di mata

C/O
Yang pulang pergi usahlah dirintih
Doakan saja dikurnia sejahtera
Apalah diratap dengan tangis keharuan
Leraikan hiba pujuklah hatimu
Pemergiannya iktibar buatmu

Usah dianyam sepi dengan kesedihan
Tak terhalang segala kehendak Ilahi
Dituruti rasa tak sampai ke mana
Duka dan lara melemahkan jiwa
Simpanlah di hati

Bila sampai di garis sempadan
Perahu usia di hentian terakhir
Tiada pun sesaat detiknya dipertangguh
Hidup direntas ketentuan takdir
Kemarau hati biarkan berlalu

Lagu: Abai Os (Hijjaz Records)
Lirik: ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

::aku tujukan lagu ni buat diri aku sendiri.he. Nanti aku letak lagu ni kat rkukaudya’s song. Klik dan hayati kalau tak pernah dengar k. Didedikasikan juga buat mereka2 yang telah kehilangan mereka2 yang tersayang. Usahlah dirintih yang telah pergi…kerna kita jua kan menyusul ke sana.

Berbahgialah, kaseh Tuhan kan selalu bersama…

<rkukaudya>

29
Aug
07

teruntuk kau yang kukasehi

Salam buat yang kuingati dan kurindui selalu…

Apa khabar dikau, wahai kakakku?

Bahagiakah dikau di sana?

Mudahkah segala urusanmu bersama-Nya?

Cukupkah segala bekalanmu sebelum aku datang menyusul?

Oh kakakku…

Sejak kau pergi, tiadalah luput ingatanku padamu.

Bagi ku, kau masih di sini bersama2 ku.

Walau sekadar di dalam mimpi dan dicebisan memori.

Kakakku…

Moga tenang duniamu di sana.

Aku akan terus dan selalu mendo’akan kesejahteraanmu di daerah itu.

Daerah yang pasti menjadi salah satu destinasi akhir hidupku nanti.

Semoga mudah segala urusan kau bersama dengan-Nya.

Semoga luas, lapang dan bercahaya daerah persemadianmu.

Moga kau diampunkan Allah untuk segala dosa dan moga2 rohmu tergolong

dalam kalangan hamba2-Nya yang bertaqwa.

Bersemadilah kau dengan tenang kakakku.

Moga bahgia dalam rohmat Allah,

Tuhan kita yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.

Dalam ingatan dan rindu, juga do’aku yang kudus

khusus buatmu…kakakku.

(KMT : 30/08/2002)

 

Teruntuk kau yang kukasehi

disuatu waktu kita pasti kan bertemu.

tunggu aku menyusulmu

<rkukaudya : 030513>

29
Aug
07

tentang gerhana, buktikan keimananmu…

Salam

Malam tadi, selepas maghrib dalam pukul 8 malam, imam masjid di kampung aku bagitahu ada kejadian gerhana bulan. Imam menerangkan kaedah @ cara solat sunat khusuf ( gerhana bulan ) bagi jemaah yang ada di masjid dan penduduk kampung aku yang ada di rumah masing2 . Kalau diikutkan, solat sunat gerhana ( tak kisahla bulan ke matahari ) adalah solat sunat muakkad kedua yang digalakkan dilakukan secara berjemaah, tak kira la di masjid ke, padang ke @ kawasan lapang. Tapi boleh je solat sendiri, yang penting buat. Kalau solat jemaah, Imam akan bagi khutbah sket selepas solat.

Solat sunat gerhana ni memang digalakkan kita umat Islam buat. Kita buat pun masa gerhana tu sedang berlaku, kalau gerhana da habis, tak perlu buat. Kejadian gerhana pun bukan lama sangat, rasanya cuma dalam beberapa minit je. Yela, jarang berlaku. Jadi bila datang kesempatan dan peluang, rugi kalau kita tak ambik. Dulu masa aku kecik2, rasanya dua kali je aku jumpa gerhana, sekali masa kat sekolah rendah (gerhana matahari). Cekgu kitorang ajar kitorang tengok gerhana matahari dengan filem gambar.he. Yang hitam tu. Masa tu suasana gelap sekejap walaupun da nak tengahari. Kali kedua,aku tengok gerhana bulan. Pukul 3 pagi, aku,bapak (masa dia ada lagi) dan mak, kami keluar rumah dan berdiri di tepi jalan tengok gerhana bulan. Masa tu gerhana cincin. Da besar2 ni, macam makin kerap plak gerhana berlaku. Tahun lepas, kejadian gerhana bulan berlaku masa bulan September. Aku ingat sebab,kebetulan hari tu hari jadi akak aku. Tahun ni ada lagi.

Sedikit sebanyak berkenaan gerhana;

Ø Kalau berlaku gerhana bulan, kita solat sunat Khusuf. Kalau gerhana matahari, kita solat sunat Kusuf .
Ø Solat ni disyari’atkan pada Rabiul Awal tahun 10 Hijriah bersamaan Jun tahun 631 Masehi. Pada hari itu telah berlaku gerhana matahari.
Ø SIRAH :- Mengikut kepercayaan karut orang jahiliyah, bila berlaku gerhana maknanya sesuatu yang buruk telah berlaku di bumi. Kebetulan, dengan taqdir Allah, pada hari tu anak lelaki Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam iaitu Ibrahim, wafat. Melihatkan hal itu, maka ramailah umat Islam yang percaya bahwa gerhana tu ada kaitan dengan kewafatan Ibrahim. Ada yang mengatakan itu mukjizat Ibrahim selaku anak Nabi. Nabi mendapat tahu lalu setelah selesai urusan pengebumian Ibrahim, Nabi bergegas ke masjid dan mengajak orang Madinah untuk solat gerhana matahari. ( rujuk; Fathul Bari, juz;3, m/s 244 )
Ø HIKMAH :- Kenapa kena solat gerhana? Gerhana kan salah satu kejadian alam? Lagipun tak ke seperti kita menyembah bulan @ matahari? . Jawapan; gerhana memang salah satu sunnatullah, kejadian alam.
Sebagaimana sabda Nabi. Dari ‘Aisyah r.anha, telah bersabda baginda; “ Bahawa matahari dan bulan adalah dua dari tanda2 (ayat2) kekuasaan Allah, keduanya tidak mengalami gerhana kerana kematian seseorang juga tidak kerana kehidupan seseorang. Oleh kerana itu, jika kalian melihat kejadian (gerhana) tersebut maka berdo’alah kepada Allah serta bertakbir dan bersedekahlah ” ( Sohih Bukhari dan Muslim ) .

Tujuannya pula adalah untuk menolak kepercayaan karut tentang gerhana. Bila kita solat semasa gerhana, tidak bermaksud kita menyembah bulan @ matahari. Allah telah berfirman dalam surah Fushshilat ayat 37 yang bermaksud; “ Dan sebahagian dari tanda2 kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah bersujud kepada matahari dan janganlah pula kepada bulan, tetapi bersujudlah kepada Allah yang Menciptakannya, jika kamu hanya kepada-Nya saja kamu menyembah. “ . Ibadah solat ini adalah sebagai tanda keimanan kita kepada Allah, Tuhan Semesta Alam.

Ø CARA PELAKSANAAN SOLAT SUNAT GERHANA:
Mengikut riwayat Bukhori dan Muslim, dan diputuskan oleh mazhab Syafi’e, solat dilakukan 2 raka’at. Setiap raka’at ada 2 qiyam, 2 bacaan Fatihah, 2 ruku’ dan 2 sujud. Maknanya , kesemua 2 raka’at tu merangkumi 4 qiyam, 4 bacaan Fatihah, 4 ruku’ dan 4 sujud.
1- Berdiri tegak ( qiyam )
2- Lafaz niat ( gerhana bulan/khusuf @ gerhana matahari/kusuf ) , kalau tak tahu lafaz niat bahasa arabnya, niat di hati pun takpe. ‘ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan/gerhana matahari 2 raka’at kerana Allah Ta’ala.
3- Takbiratul ihram
4- Doa Iftitah
5- Bacaan Fatihah, diikuti surah @ ayat2 al-Qur an yang kita fasih.
6- Ruku’ – baca tasbih sebanyak2nya
7- I’tidal
8- Bacaan Fatihah, diikuti surah @ ayat2 al-Qur an
9- Ruku’ – baca tasbih sebanyak2nya
10-  I’tidal
11-  Sujud – baca tasbih sebanyak2nya
12-  Duduk antara 2 sujud
13-  Sujud kedua – baca tasbih sebanyak2nya
14-  Bangun dan ulangi perkara yang sama untuk raka’at kedua.
15- Pada raka’at kedua selepas sujud terakhir, tahiyat akhir, tasyahud dan solawat, diakhiri dengan salam.

Bacaan surah yang biasa dibaca; Qiyam pertama surah as-Syams, Qiyam kedua surah al-Lail, Qiyam ketiga surah al-Ikhlas dan Qiyam keempat surah al-Falaq.
Jika solat secara berjemaah, sunat diadakan bacaan khutbah bagi menerangkan tentang fakta kejadian gerhana dan mengaitkannya kepada keimanan kita kepada Allah dan kekuasaan-Nya. Supaya umat Islam tidak percaya kepada kepercayaan karut lagi khurafat, juga mengingatkan makmum supaya berbuat taat kepada Allah dan tidak membuat kerosakan di muka bumi.

Selain solat sunat, kita juga dituntut untuk memperbanyakkan zikirullah, bertakbir, bertasbih dan bertahmid, berdo’a dan bersedekah. Diceritakan juga dalam Sohih Bukhori dari Asmak r.anha, beliau berkata; ‘ Rasulullah s.a.w telah memerintahkan untuk memerdehekakan budak/hamba pada saat terjadi gerhana matahari.’ .

Wallahu a’lam.

( rujukan; Solat2 Sunat, Hikmah dan Cara. Hj Mohamad Jajuli Abd Rahman. WholesaleMart / Sohih dan Dhoif Kitab al-Adzkar, Syeikh Salim ‘Ied al-Hilali )

<rkukaudya>

26
Aug
07

sekadar mengingatkan

salam

Sekadar mengingatkan, yang masuk je maghrib malam isnin ni…adalah nisfu Sya’ban. Nisfu @ nisf tu, adalah kalimah arab yang bermaksud setengah. Sebab tu malam 15 Sya’ban disebut juga nisfu Sya’ban, sebab da tengah bulan Sya’ban.

 “Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)” 

 (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyard)

Malam semalam, mak tanya…apa sejarah nisfu Sya’ban ni? Aku tak dapat pastikannya. Secara kasar, aku baca dan dengar…ada kaitannya dengan peristiwa di mana sewaktu nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam sedang solat bersama sahabat2, baginda dapat perintah dari Allah Ta’ala supaya menukarkan qiblat dari Baitul Maqdis, di Palestin ke Ka’bah di Baitul Haram, Mekah. Tapi sohih @ tidak kisah ini dan kaitannya dengan nisfu Sya’ban tak dapat aku pastikan. Setakat buku2 yang aku ada, aku tak jumpa.

Tentang kelebihan malam nisfu Sya’ban pula, aku juga tak dapat mempastikannya. Ada la beberapa hadis yang biasa aku baca, tapi aku taknak letak. Aku takut kalau2 ianya hadis maudu’,hadis palsu.

Tentang ‘amalan2 di nisfu Sya’ban pula; di kampung aku, dan sejak aku kecil, bapakku ( smoga Allah rohmati rohnya dan permudahkan siksa quburnya ) slalu ajak aku baca surah yasin 3x. Yasin pertama, diniatkan agar dipanjangkan umur dalam mentaati Allah. Yasin kedua, diniatkan agar diluaskan rezeki yang halal dan diberkati, dan Yasin ketiga diniatkan agar dapat mati dalam husnul khotimah ( mati dalam keadaan yang baik,sebagai orang Islam). Siangnya pula berpuasa. Selebihnya, perbanyakkan amal ibadah yang lain seperti membanyakkan istighfar, zikrullah, selawat atas nabi, solat2 sunat, membaca alQur-an,berdo’a.  

Ada sesuatu yang ingin aku kongsi dan luahkan di sini. Tapi sebelum itu, bacalah kata2 dari ulamak kita ni…

Ulas Dr. Yusuf al-Qaradawi:“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.” ( Dr. Yusuf al-Qaradawi,jilid 1, m/s 382-383, cetakan Dar Uli al-Nuha, Beirut)

lagi…

Ulamak kontemporari masa kini, Syiekh Dr. Yusof al-Qaradhawi juga menyatakan di dalam fatwanya: ((Tentang malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah)). 

dan…

((Di dalam kaedah syara’, tidak dibolehkan untuk menentukan sesuatu hari khusus untuk berpuasa atau sesuatu malam yang tertentu untuk dihidupkan dengan ibadah tanpa bersandarkan kepada nas syara’ kerana sesungguhnya urusan ibadah ini bukanlah urusan yang sesiapa pun berhak menentukannya, tetapi ia adalah hak Allah semata-mata)).            (Rujuk Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah, 2/343)

 

dan apa yang aku lampirkan ni adalah untuk penambah ilmu dan penguat iman. Mereka ulamak adalah sebagai pembantu kita penunujuk jalan agar tak tersimpang. Ingatlah, ulamak itu pewaris nabi. aku ambil dari sebuah blog INTIS.

 

Walau bagaimanapun, janganlah dengan sebab2 ini…ada antara kita merasa lemah atau terus terbantut nak berbuat ibadah. Memang hal2 tentang sambutan maulid,tahlil dan termasuk Sya’ban menjadi perbincangan hebat sesetengah ulamak dan hamba Allah dengan mengatakan ia adalah bida’ah. Dan kita amat ketahui, bahawa Rasul telah bersabda bahwa setiap bida’ah itu nerakalah tempatnya.

 

Apa yang aku nak sampaikan di sini…sebolehnya memang kita kena berbuat sesuatu ibadat itu dengan ilmu, bukan sekadar ikut membuta tuli. Tapi aku sedar, ada antara kita yang ilmu agamanya tak tinggi. Macam aku. Sekadar mengetahui yang wajib2 dan yang selalu menjadi kebiasaan. Jadinya…sekiranya kita ada kudrat untuk cari dalil bagi sesuatu yang musykilkan dengannya, kita carilah. Tanya ustaz2 @ ustazah2 yang dipercayai, cari dan rujuk kitab2 sohih, di zaman moden ni kita ada internet…gunakan ia untuk ilmu yang bermanfaat.

 

Tentang berbuat taat sempena nisfu Sya’ban pula…aku cadangkan…teruskanlah dengan kebiasaan ibadat yang kalian buat selalunya, tapi…dengan syarat, janganlah kita niat berbuat sebanyak ibadat dan kebaikan kita kerna hari @ malam itu adalah nisfu Sya’ban. Buatlah dengan niat kerana Allah semata2. Yakinlah, selagi yang kita buat itu adalah perkara yang baik, hanya Allah lah yang memberi pahala dan balasan bagi setiap apa yang kita lakukan. Dan ingatlah, Allah itu amat tahu dengan apa yang terdetik di hati kita kerna Allah itu Maha Dekat, lebih dekat dari kerongkong kita.

 

Ini adalah sekadar pendapat seorang gembel yang hina. Tidak bermaksud melawan ulamak. Cuma aku takut ada yang terus tak buat apa2 ibadat kerna menganggap setiap ibadat kita pada nisfu Sya’ban itu bida’ah.

 

Slamat beribadat kerana Allah. Perhatikan dan amati hadis sohih pertama yang aku nyatakan di atas. Semoga disaat Allah melihat kita hamba2-NYA, DIA melihat kita dalam keadaan taat dan taqwa. Sama2lah kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah. Buatlah apa saja ibadat yang kita tahu dan mampu lakukan hari ini dan tika ini.

 

Kerna esok maupun sesaat nanti belum pasti untuk kita lagi.

 

<c.gembel rkukaudya>

23
Aug
07

mencintai dan dicintai ?

Mana yang lebih bahgia ye?

Mencintai ? Atau dicintai ?

Mencintai sesuatu yang sesuatu itu juga mencintai kita… tentulah seronot kan.

Dicintai sesuatu yang kita cintai…pun tentu seronot dan bahgia, kan kan kan… (eh macam same jek atas bawah tu? he)

Tapi, bagaimana pula kalau kita mencintai sesuatu yang sesuatu itu tidak mencintai kita?

Dan bagaimana pula kalau kita dicintai sesuatu yang tidak kita cintai?

Pasti ramai yg pernah merasa indah n bahgianya mencintai n sekaligus dicintai oleh yg kita cintai. Saat tu, serasa dunia ini kita yg punya. Saat tu, pahit rasa manis, yg masam n busuk jadi wangi. (teringat kata2 @ lagu yg sir aku slalu nyanyikan dulu; ‘ bila cinta sudah melekat, tahi ayam rasa coklat…’ he ;=p ).  ok sambung. Masa pula,  jadi pantas n terlalu cemburu bila kita bersama yg dicintai n mencintai kita. Malam jadi panjang sangat, seolah tak sabar menanti mentari terbit untuk meneruskan hari2 bahgia bersama yg dicintai n mencintai kita. Saat tu juga, sedar @ tak, perasan @ tak…kita pasti akan melebihi yg dicintai itu lebih dari segala2nya. Bahkan kadang2, tika ini… yg dosa jadi gula2. Yg haram bukan apa2. Yg syubhat lagi tak ternampak di mata. Tuhan pun…mungkin macam da takde… ;-I Paling2, kita berdoa juga…tapi berdoa agar umur kita panjang untuk terus bahgia bersama yg kita cintai n mencintai kita tu.

n pasti ramai juga, yg pernah merasai bagaimana pedihnya…bila kita mencintai sesuatu yg sesuatu itu tak mencintai kita. Bila jadi gini, kadang2 terkeluar la rasa tak puas hati kita pada Tuhan. Kenapa kita tak boleh rasa bahgia seperti orang lain? Kenapa kita tak dapat memiliki apa yg kita cintai seperti orang lain? n banyak lagi. Tapi tak kurang juga yg terus je membiarkan perasaan cinta itu subur dalam hati. Biar pedih, biar terluka…kita rela. Kita tetap sanggup berkorban apa jua untuk kebaikan n kebahgiaan yg kita cintai itu. Kerna yg penting orang yg kita cintai itu bahgia dengan hidupnya. n kerna kita juga sedar, yg cinta sejati itu tak semestinya bersatu.

n pasti ramai juga, yg pernah merasai betapa keliru n bingungnya apabila diri kita dicintai oleh sesuatu yg tidak kita cintai. Mungkin juga sedikit rasa tertekan, serba salah, bersalah, @ mungkin juga rasa benci. Tertekan, mungkin kerna yang mencintai kita tu mendesak kita untuk mencintainya, @ mungkin juga tertekan kerna kita tak dapat mencintai yg mencintai kita tu kerna kita sudah mencintai yg lain.

Serba salah n bersalah, kerna kita tak mampu membalas segala pengorbanan @ kebaikan yg telah diberikan oleh yg mencintai kita tu kepada kita.

@ mungkin juga rasa benci kerna mungkin kita tak suka. @ benci kerna ia menimbulkan masalah pada kita. Apabila yg mencintai kita n kita pun mencintainya tahu yg kita dicintai oleh yg lain.

hey…ntah la. Aku agak2 je. Tetiba macam pening plak. Rasa belit2.

…..sebenarnya, apa yg aku nak sampaikan ialah… dalam situasi apa pun seperti di atas kita berada, kita sebenarnya selalu melupakan sesuatu yg setia mencintai kita, sejak sebelum kita ada di dunia ini lagi. Yg setia mencintai kita dengan memenuhi segala kehendak n keperluan kita walaupun ada masanya kita tak pernah mahu memandang padanya. Yg selalu siap memenuhi permintaan kita. Yg selalu ada disaat2 kita susah, sedih, bingung…walaupun bila kita gembira,suka,senang…kita yg meminggirkannya. Yg selalu sudi memaafkan segala kesalahan kita padanya. Yg selalu rela melupakan segala kekurangan kita.

Aku pasti, kalian tau siapa yg aku maksudkan tu. Dialah ALLAH. TUHAN kita. KHALIQ yg menciptakan kita. Yg selalu mencintai kita sebagai hamba-NYA. Dia selalu menanti2, bila kita akan menoleh pada-NYA, menghargai kewujudan n kemurahan-NYA pada kita, n mengalihkan cinta kita kepada-NYA yg teratas n terutama.

Ini adalah lebih2 untuk ingatan ku sendiri. Moga2 aku selalu sedar hakikat cinta n mencintai. Moga2 kelak, aku tak menjadi sebahgian dari mereka2 yg rugi, lantas memohon agar dihantarkan semula ke dunia sekali lagi setelah mati. Kerna, sesungguhnya itu tidak akan sekali-kali terjadi.

<rkukaudya>

22
Aug
07

Kata2 hikmah Yusuf ar-Razi

# Kamu itu hamba ALLAH, hiduplah sebagaimana hamba.

# Cinta kepada ALLAH itu menghapuskan semua CINTA terhadap makhluk.

# Di dunia ini ada 2 kezaliman; iaitu kezaliman ilmu dan kezaliman harta. Yang dapat menyelamatkan dari kezaliman ilmu adalah ibadah, sedang yang dapat menyelamatkan dari kezaliman harta adalah zuhud terhadapnya.

# Manusia mengetahui bahwa ALLAH melihatnya, tapi mereka malu untuk melihat-NYA kerana sibuk memandang yang selain-NYA. Barangsiapa yang mengingati ALLAH dengan sebenarnya, dia lupa untuk menyebut yang selain-NYA. Barangsiapa yang lupa untuk mengingat segala2nya kerana menyebut ALLAH, segala makhluk akan memeliharanya kerana ALLAH menjadi ganti daripadanya.

22
Aug
07

dari dalam diri

salam

Entri kali ini mungkin yang paling banyak aku antar. Entah. Tiba2 rasa nak luahkan dan kongsikan smua yang ada dan dah lama tersimpan di benak dan bersarang di kepala aku ni. Mungkin sebab aku takut tak berkesempatan lagi nak kongsikannya. Sebab takde sapa yang boleh jamin, aku masih ada di dunia ini untuk hari esok maupun untuk sesaat nanti.

Tentang Blog

Sebenarnya, tujuan utama aku membina blog ni adalah sebagai tempat aku mengumpulkan bahan2 tentang cinta. Juga tempat untuk aku berlatih2 menulis. Juga tempat untuk aku mengeluarkan pendapat aku tentang cinta, tentang dunia secara peribadi. Dan ini sebenarnya langkah pertama aku…untuk mengarang sebuah buku, tentang cinta. Cinta yang satu. Cinta yang teratas dan terutama. Cinta yang suci. Cinta yang tiada rugi. Cinta yang selalu aku terlupakan dan kesampingkan…iaitu cinta kepada-NYA. Dan sebolehnya aku ingin membuktikan, bahwa di setiap denyut nadi kita, kita sebenarnya bergantung dan terlalu butuhkan DIA.

Tentang Cinta

Aku selalu memandang cinta itu suatu yang luas dan umum. Aku sedar…ramai antara kita apabila memperkatakan tentang cinta, mereka akan terus terbayang cinta antara lelaki dan perempuan. Mungkin sebab kita orang melayu, ada banyak perkataan yang dipecah2kan. Ada cinta, kaseh, sayang, suka, minat. Sebab tu, kalau cinta untuk lelaki perempuan ( selalunya pasangan kekasih, sedangkan cinta sebegitu tidak sah kecuali setelah pasangan sah menjadi suami isteri. Tu pendapat aku la.). Kaseh dan sayang tu barulah untuk keluarga dan sahabat handai. Beberapa tahun ni, aku sedar yang cinta ke, kaseh ke, sayang ke, suka ke…sama je.semuanya melibatkan perasaan kita pada sesuatu. Suatu perasaan yang dalam dan boleh membuatkan kita sanggup berbuat apa saja, berkorban harta dan nyawa. Itulah cinta,he. Entah .Itu pandangan masing2. Bagi aku DIA ciptakan cinta untuk kita rasakan pada semua yang kita senangi dan sukai, @ yang kita hormati dan kagumi.

Dalam Ihyak ‘ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Ghazali;

Bahawasanya yang dinamakan CINTA itu terbahagi kepada 5 bahagian :-

 CINTA manusia kepada dirinya.

 CINTA manusia kepada orang yang berjasa dengannya.

 CINTA manusia kepada orang lain lantaran kecantikannya.

 CINTA manusia kepada orang lain lantaran kesempurnaan sifatnya.

 CINTA manusia yang berbalas-balasan antara yang mencintai dengan yang dicintainya. Jadi begitulah, terpulang pada penerimaan masing2.

Jadi untuk semua tulisan aku di blog ni, tentang apa jua sekalipun, aku akan menggunakan perkataan cinta. Pada sahabat ke, kluarga ke, jiran ke, kucing ke, buku ke kerna bagi aku, cinta itu sesuai dan umum untuk semua.

CINTA ALLAH

Cinta pada ALLAH itu bukan suatu yang mustahil. Ia perlu dicari dan kita perlu berusaha mendapatkannya. Tidak bermakna apabila kita mencari cinta-NYA lalu kita meminggirkan dunia dan cinta2 yang lain. ( tapi andai cinta itu sudah benar2 menguasai dan kita diberi hadiah oleh ALLAH untuk merasai ni’matnya dan berhasil meminggir cinta yang lain, alhamdulillah. wALLAHu a’lamu bissawab) tapi, bila kita berhasil meletakkan cinta yang tertinggi itu hanya untuk ALLAH, kita akan mencintai yang lain juga hanya kerna ALLAH. Kita akan lebih selamat, lebih tenang dan lebih bahgia.

Sekian. ;=>

<rkukaudya>

 

22
Aug
07

lets be those!

Ingin dicintai ALLAH? Jadilah yang dicintai-NYA.

Ayuhlah kalian, temani aku…sama2 kita bertatih-tatih menjadi mereka2 yang dicintai-NYA.

<c.gembel rkukaudya>

22
Aug
07

Duhai Allah …. JANGAN TINGGALKAN DAKU

[ Duhai ALLAH / Seismic ]

Duhai ALLAH…Duhai ALLAH
Pemilik segala alam raya
Kepada-Mu bermuara doa
Kepada-Mu bermuara cinta

Duhai ALLAH…Duhai ALLAH
Hanya kepada-Mu daku mengadu,
Ku berdoa hanya pada-Mu,

YA ALLAH JANGAN TINGGALKAN DAKU…

Duhai Allah Yang Kuasa,
Cahaya-Mu mulia alangkah indahnya
Terangi hati yang lama resah
Tenteramkan jiwa yang gelisah

Duhai ALLAH…Duhai ALLAH
Rinduku biru hanyalah milik-Mu
Dekatkanlah daku dengan-Mu,

YA ALLAH JANGAN TINGGALKAN DAKU,

Duhai Allah Yang Kuasa
CintaMu mulia alangkah indahnya
Sirami hati yang lelah resah
Teduhi jiwa yang gelisah…

 




Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

aku hamba-NYA

Ya Ilahy, aku hamba-MU kerana-MU aku hidup. kepada-MU aku menghamba diri. kepada-MU aku berserah diri. kerana-Mu aku ingin mati!!!

semua detik akan ditanyakan

August 2007
F S S M T W T
« Jul   Sep »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 11,105 hits

tetamu rkukaudya

web tracker
Watch videos at Vodpod and other videos from this collection.

buku kesayangan rkukaudya

[berguru kepada Allah;abu sangkan] ya Allah, tunjuki aku lorong menuju-Mu! santapan jiwa, koreksi hati hanya keampunan dan cinta ALLAH yang didambakannya kini 35 kisah perjalanan spiritual, menepis azab dan menuai rahmat sesungguhnya perjalanan cinta kita sangat jauh berdoalah agar ALLAH mengampuniku! seorang perempuan akhir zaman yang berdosa dan luka hatinya... bidayatul hidayah; sebuah permulaan menuju hidayah TUHAN

pesan dengan saya

buku2 yang ada di atas ni adalah buku2 yang bisa buat kalian rasa lebih dan makin dekat dengan-NYA. ada dijual di kedai2 buku. tapi andai kalian tak berkesempatan ke kedai buku, kalian bleh pesan dengan saya. saya berbesar hati mencarikannya untuk kalian. http://pondokbuku-rkukaudya.blogspot.com

tEtaPLaH diSiNi

tetaplah disini saudaraku... di jalan keimanan, di jalan keislaman, tetaplah bersama-sama meniti jalan ini sampai usai. kita semua mungkin telah letih... karena perjalanan ini amat panjang dan berliku, tapi, tetaplah disini dan jangan menjauh, yakinlah, kenikmatan yang kita reguk di jalan ini, jauh lebih banyak ketimbang yang dilakukan orang-orang yang lalai. keindahan yang kita alami disini, sangat lebih indah daripada keindahan yang kerap dibanggakan oleh mereka yang jauh di jalan ini. jangan berharap atau tertipu dengan fatamorgana kenikmatan, keindahan, kebahagiaan semua yang sering kita lihat dari orang-orang yang jauh dari tuntunan Allah swt. tetaplah disini..... *dikutip dari buku "Berjuang di Dunia Berharap Pertemuan di Surga" muhammad nursana tarbawi