Archive for July, 2007

31
Jul
07

bahasa cinta

” Ragukanlah bahawa bintang2 itu api;

Ragukanlah bahawa matahari itu bergerak;

Ragukanlah bahawa kebenaran itu dusta;

Tetapi…jangan ragukan cintaku.”

itu dialog romantis yang diungkapkan oleh Hamlet kepada Ophecia dalam karya Shakespeare : Romeo and Juliet.

orang yang sedang mabuk dan asyik bercinta memang bisa saja tiba2 jadi penyajak, penyair dan ahli bahasa yang agung. kata2nya pula jadi begitu manis walau kadang2 bagi aku slalu tidak logik dan melampaui batas kudrat manusia.

entah. aku sebenarnya…amat9  berharap suatu masa kata2 itu boleh aku pinjam untuk ku ucapkan buat KEKASIHku. yang SATU

<c gembel rkukaudya>

30
Jul
07

Ya Ilahy

Ya Ilahy…
cinta-MU, adalah kata-kata
bagi yang baru tersedar dari penipuan
bagi yang baru melangkah
dari kesesatan ke jalan yang terang

Ya Ilahy…
cinta-MU, adalah riak wajah dan gerak badan
bagi yang sedang berjuang
mengharap pengertian
mengharap kemenangan
pada sebuah percintaan

Ya Ilahy…
cinta-MU, adalah kesedihan pada kehidupan
adalah kerinduan pada kepulangan
adalah penantian pada pertemuan
bagi mereka2 yang telah merasai keni’matan
di sudut hati yang paling dalam…

<rkukaudya>

30
Jul
07

mengapa

aku berbicara bahasa cinta
lain hati lain makna
lain jiwa lain rasa

hati yang cuma ada satu
sedang terlalu banyak cinta diburu
aku tahu
hanya satu cinta yang sejati
lalu mengapa aku masih begini
mengharap yang telah pergi…

kusedar cinta manusia hanya ilusi
bahagia di mata
merana di hati

namun…
mengapa puas ku cuba
menagih cinta yang ESA
cinta manusia jua yang terus ku damba?

<rkukaudya>

30
Jul
07

cintakah kau pada-NYA

” Barangsiapa yang cinta kepada ALLAH,
maka dia tidak mencintai yang lainnya (selain-NYA) .
Cinta itu akan menghilangkan semua cinta
kepada yang selain-NYA…..”
                   

-Syeikh ‘Abd Qader al-Jailany-

26
Jul
07

salam Rejab


Hari ini dah tanggal 12 Rejab 1428h. Dah masuk pertengahan bulan. Sebenarnya aku agak teruja kerna apa yang aku pernah dengar, Rejab ini digelar sebagai bulan ALLAH. Tapi aku belum dapat cari dalil @ bukti lagi tentang itu. Ada satu hadith nabi , baginda bersabda ; bahwa ALLAH berfirman ” Bulan Rejab bulan ALLAH, bulan Sya’ban bulanku dan bulan Romadan bulan umatku.” Tapi aku tak pasti taraf dan tingkatan hadith ini. Berdasarkan sebuah buku kepunyaanku iaitu, FAZILAT BULAN REJAB, SYA’BAN DAN RAMADAN oleh BUDIMAN RADZI , buku ni nipis je. Warna merah jambu.

Ada dinyatakan asal @ makna kalimah Rejab. REJAB bererti ta’zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). Ia adalah dari 3 huruf iaitu, (rok , jim , bak) . rok untuk rahmat, jim untuk jud (pemurah) dan bak untuk bir (kebajikan). Lalu terhimpunlah maksud Rejab iaitu bulan yang padanya ALLAH limpahkan rohmat-NYA, kemurahan-NYA dan kebajikan-NYA terhadap hamba2-NYA yang beriman dan ber’amal soleh pada bulan Rejab ini.

Banyak diletakkan  kelebihan2 bulan Rejab pada buku ni, dan setiapnya dinyatakan secara umum bahwa ianya adalah hadith. Diantara kelebihan2 bulan Rejab ialah :

# “ Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam Nisfu Sya’bannya dan Ramadan dengan Lailatul Qadarnya.”   (al-hadith)

# “ Malam awal Rejab mustajab doanya.” –dari Kitab Raudhah, Imam Nawawi-
(sayang sekali aku takde kitab ni)

# “ Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada ALLAH pagi dan petang  70x @ 100x pada bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.”   (al-hadith)

# “ Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan ALLAH daripada api neraka , kerana kemuliaan bulan Rejab bulan ALLAH.”   (al-hadith)

# “ Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.”   (al-hadith)

# “ Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus) . Puasa dua hari dilipat gandakan pahalanya.”   (al-hadith)

# “ Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah ALLAH di dalam syurga, dan orang yang pertama menziarahi ALLAH di dalam syurga.”   (al-hadith)

p/s: dan beberapa lagi kelebihan2 puasa berkaitan jumlah hari dan lain2…

Aku tak pasti hadith2 ini sohih atau apa. Sekalipun segala kelebihan2 ber’ibadat di dalam bulan Rejab ini adalah dari hadith dho’if @tidak mencapai tahap sohih, kukira ia masih boleh dimanfa’atkan sebagai tasyji’ @ pembakar semangat untuk kita gagahkan diri dan berlumba2 untukmeningkatkan ibadah dan perhambaan kita kepada ALLAH ‘azza wa jalla. Lagipun, setahu aku memang kebanyakkan hadith2 yang menyatakan tentang kelebihan2 sesuatu ‘amalan (fadhoil a’mal) adalah dari hadith dho’if. Ianya boleh dipraktikkan Cuma tidak boleh, tidak kuat dan tidak sah jika dijadikan sebagai hujah @ dalil. Dan sesuatu hadith yang telah dikenal pasti sebagai hadith dho’if itu, hanya sah ber’amal dengannya dengan 3 syarat;
1. Kedho’ifan hadith itu tidak keterlaluan.
2. Hadith itu tidak berlawanan dengan dasar hukum yng telah pasti dan disepakati oleh para ulamak.
3. Jangan di i’tiqodkan  pada waktu menggunakan hadith dho’if  itu bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam ada mengatakannya. (maksudnya jangan sandarkan ia dari Nabi kita…)

Saat ni, tetiba aku rasa sedih plak…sebab tak ada kitab2 hadith, Bukhori Muslim @ kitab2 Sunan Sittah yang lain. Kalau tak, boleh aku rujuk dari kitab2 tu. Dan…sayang sangat sebab aku tak fasih bahasa ‘arab. he. ;=) klo beli pun aku tak paham sangat.So, kena beli yang terjemahan. Takpe, mudah2an ALLAH beri rezeki untuk aku beli kitab2 tu.

Aku cuma ada kitab Riyadus Solihin karya Imam Nawawi (yang terjemahan,2 jilid). Dari kitab Riyadus Solihin tu, aku cuma jumpa hadis ni.

(asalnya hadith ni panjang, tapi aku tuliskan yang berkaitan dengan Rejab je…)

“ …..Beliau  s.a.w bersabda; ‘ Berpuasalah pada bulan2 mulia   (lafaz arabnya ‘hurum’, bulan yang dimuliakan ialah Rejab,Zulqa’edah, Zulhijjah dan Muharram.)  dan tinggalkanlah, berpuasalah pada bulan2 mulia dan tinggalkanlah, berpuasalah pada bulan2 mulia dan tinggalkanlah.’ Baginda s.a.w bersabda demikian dengan menunjukkan 3 batang jarinya, kemudian mengumpulkannya dan kemudian membukanya. Maksudnya 3 hari puasa lalu 3 hari tidak dan demikian seterusnya.”   (riwayat Abu Daud)

Ada yang nak menambahkan ‘amalan pada bulan Rejab ni dengan cara berpuasa. Silakan. Teringat seorang makcik disini, dah bertahun2 dia mengamalkan puasa 3bulan berturut2 (Rejab,Sya’ban,Romadhon + puasa 6 Syawal) sampai kadang2 dia hampir terlupa yang dia berpuasa. he. Alhamdulillah, sekarang umurnya dah lanjut tapi masih kuat ber’ibadat. Jadi, pada sesiapa yang mampu dan mahu mencontohi dan mengikuti jejak soleh makcik ni…silakan puasa penuh sebulan. Kalau tak mampu, Rejab pun dah masuk pertengahan, lakukanlah seperti Nabi kita, puasa Isnin Khamis. Nabi s.a.w membiasakan diri baginda berpuasa Isnin dan Khamis.

Sebagaimana sabda Nabi; “ Itu (isnin) adalah hari yang saya dilahirkan didalamnya dan hari yang saya diangkat sebagai Rosul dan hari yang kepada saya diturunkan al-Qur an .”   (riwayat Muslim)

@ berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, kerna Nabi menganjurkan supaya berpuasa 3 hari pada tiap bulan. Maksud puasa 3 hari adalah pada hari bayd (hari putih) iaitu pada tanggal 13,14,15. sebagaimana sabda baginda;   “ Berpuasa 3 hari pada tiap2 bulan adalah sama dengan berpuasa setahun penuh.”   (muttafaqun ‘alaih)

Walaubagaimanapun, andai tak dapat juga…berpuasalah pada bila2 masa yang berkesempatan dan termampu. Bagi aku,yang penting kita ada niat untuk melakukan ibadat dan melaksanakannya. Usah difikirkan sangat tentang habuan ALLAH, kerna aku terlebih yaqin bahawa setiap ‘ibadat dan kebajikan yang hamba2-NYA lakukan pasti ALLAH ganjari dan andai dilakukan kerana-NYA semata2, pasti ganjarannya lebih tinggi. Maha Suci ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Ya ALLAH! Semoga apa jua yang kami lakukan, ianya mendekatkan kami kepada-MU.
Ya ALLAH…izinkan aku merasa madu cinta-MU!

rkukaudya
12Rejab,1428h

23
Jul
07

oh ALLAH…aishiteru ya Robb ;=>

ya-rabb.jpg

23
Jul
07

kisah seorang hamba

Inilah kisah Ibrahim bin Adham…

Pada suatu ketika beliau membeli seorang hamba.

‘ Siapakah namamu?’ tanya Ibrahim bin Adham padanya.
Lalu jawablah hamba itu.        

” Panggillah apa yang kau suka.”

‘ Apakah yang engkau makan?’ tanya Ibrahim lagi.
” Aku makan apa saja makanan yang kau berikan padaku.”

‘ Pakaian apakah yang kau pakai?’ .
” Pakaian yang kau berikan untuk aku kenakan.”

‘ Apakah yang kau kerjakan?’ .
” Pekerjaan yang kau perintahkan kepadaku.”

‘ Apakah yang kau inginkan?’ .
” Apakah hak seorang hamba untuk menginginkan?”
jawab hamba itu.

Lalu berkatalah Ibrahim bin Adham kepada dirinya sendiri, ‘ Celakalah engkau!, seumur hidup engkau adalah hamba ALLAH. Kini ketahuilah bagaimana seharusnya menjadi seorang hamba.’

( diolah bahasa bersumber dari buku ‘ KISAH PARA WALI, EPISOD DARI TAZKIRAT AL-AULIYA oleh FARID AD-DIN ATTAR. buku kesayanganku )

<rkukaudya>

22
Jul
07

sufi

SUFI / DAMASUTRA 

“   Sufi…Selangkah tirai kasihmu kubuka.
Engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada.     

Kasih sufi,
Kau rela pilih derita di dunia.
Biar rebah dihina, kau tak berubah.       

Kau menguasai selautan y
ang tersembunyi digenggaman.
Nafi dan isbat kau sandingkan
sebagai tali pegangan.  
Sufi, kau hilang di pandangan.
Ada di dalam keni’matan.
Engkau dan  DIA  pasti  tidak  akan terpisah.

Andai tertutup tirai  sufi,  y
ang terang  tidak  nampak terang.
Inilah  siksa menyakitkan sepanjang  jalan.
 
Inginku  tempuh titianmu…
Dari kekasih ke kekasih.
Peng’abdianku bersama-MU KASIH ……”

21
Jul
07

kaseh sufi ‘maafkanlah aku…’

“    Ya ALLAH! kiranya yang aku tanggung                     penuh luka  ini adalah sesuatu yang sia-sia disisi-MU, lenyapkanlah… padamkanlah…                                        namun, kiranya rasa  kasihku ini adalah dalam redo-MU, mekarkanlah selalu meskipun aku harus bertarung         antara  bahagia dan derita…..” upi

sebuah novel yang amat bermakna dalam hidupku. terima kaseh ya ALLAH…kerna menemukan aku dengan novel ini. terima kaseh juga kerna menggerakkan dan memberi ilham kepada penulis novel ini untuk sebuah novel yang sangat tulus dan bererti. Yang mengajar aku untuk dalam setiap apa jua keadaan, cinta-MU adalah yang teratas lagi suci. Sedalam mana pun cintaku pada manusia, aku tidak boleh terlalu mengharap pada mereka…kerna mereka jua hamba yang lemah sepertiku. Yang kadangkala akan membuatku sedih dan berkecil hati. Cinta manusia itu tidak selamanya kerna manusia kan mati. Cinta sejati takkan mati kerna cinta sejati itu dihati , dalam restu Ilahy dan tidak mati sekalipun di dunia tidak bersatu , di dalam doa ia menyatu.

oh upi…kerna kau aku makin menyukai kemboja putih, kerna kau aku membeli cadar putih dan sarung bantal putih untuk alas tidurku , kerna kau aku rela diluka, kerna kau aku belajar sabar menjadi manusia, kerna kau aku sedar betapa hidupku selama ini sia-sia, dan yang paling utama…kerna kau aku belajar menyintai-NYA dan ingin menyintai-NYA. dan aku yaqin semua ini tidak akan terjadi tanpa restu yang Maha Esa. Kerna itu terima kaseh ya ALLAH, sesungguhnya apabila Engkau mahu memberi petunjuk, Kau bisa memberinya dari sesuatu yang tidak disangka-sangka.

kita mungkin tak punya azam yang kuat senekad rabi’atul ‘adawiyyah…yang cukup baginya cinta ALLAH. tapi kita boleh berusaha, berharap dan berdo’a…unutk merasai cinta-NYA. kita bisa saja mencintai manusia…tapi janganlah sampai melebihi cinta kita pada yang Esa.

Ya ALLAH! sekalipun aku sememangnya tidak layak dan tidak mampu menjadi seperti rabi’atul ‘adawiyyah…izinkanlah aku menjadi seperti upi…..aameeen.

   ” Pian…..hanya yang dapat sufi katakan,  

kalau setiap  saat Pian  ingatkan ALLAH 

dan  setiap saat itu juga Sufi teringatkan ALLAH…

 bermakna   waktu itu  kita telah menjadi satu 

 kerana mencintai-NYA yang Satu. 

Di situlah selayaknya hati kita bertemu! “

 upi

” Sufi ,

pergilah…sebagai manusia yang mempunyai Tuhan dan menyembah ALLAH… Pian reda dengan ketentuan-NYA. Cukuplah kenangan yang Sufi berikan pada Pian. Sebuah catatan dan lukisan yang tidak tertulis dan tidak terlukis. Itulah yang paling indah dalam hidup Pian. Namun sebagai hamba yang percayakan ALLAH , Pian juga sedar bahawa hidup ini bukan hanya untuk bercinta, bukan hanya untuk berhiba kecewa. Ada lagi tanggungjawab yang lebih besar daripada itu yang perlu kita laksanakan. Oleh itu Pian tidak akan berhenti daripada mendoakan Sufi semoga bertemu dengan keredaan ALLAH yang Sufi cari.

Sufi… sebelum matahari di bumi Malaysia ini terbenam untuk hari ini, dan sebelum Sufi berangkat keesokan hari, Pian mahu menyatakan sesuatu. Pian memang ikhlas mencintai dan menyayangi Sufi dunia dan akhirat. Jangan pula Sufi merasa serba salah. Dan jangan pula berasa berat hati untuk pergi selepas Pian menyatakan kesekian kalinya. Memang Pian ikhlas mahukan Sufi. Tetapi cinta itu bukan hanya suatu keindahan yang bersatu di dunia semata. Ada lagi tempat yang lebih indah untuk dituju…..” Pian

MAAFKANLAH AKU / ZAHARAH MUHAMMAD

rkukaudya




Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

aku hamba-NYA

Ya Ilahy, aku hamba-MU kerana-MU aku hidup. kepada-MU aku menghamba diri. kepada-MU aku berserah diri. kerana-Mu aku ingin mati!!!

semua detik akan ditanyakan

July 2007
F S S M T W T
« Jun   Aug »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 11,087 hits

tetamu rkukaudya

web tracker
Watch videos at Vodpod and other videos from this collection.

buku kesayangan rkukaudya

[berguru kepada Allah;abu sangkan] ya Allah, tunjuki aku lorong menuju-Mu! santapan jiwa, koreksi hati hanya keampunan dan cinta ALLAH yang didambakannya kini 35 kisah perjalanan spiritual, menepis azab dan menuai rahmat sesungguhnya perjalanan cinta kita sangat jauh berdoalah agar ALLAH mengampuniku! seorang perempuan akhir zaman yang berdosa dan luka hatinya... bidayatul hidayah; sebuah permulaan menuju hidayah TUHAN

pesan dengan saya

buku2 yang ada di atas ni adalah buku2 yang bisa buat kalian rasa lebih dan makin dekat dengan-NYA. ada dijual di kedai2 buku. tapi andai kalian tak berkesempatan ke kedai buku, kalian bleh pesan dengan saya. saya berbesar hati mencarikannya untuk kalian. http://pondokbuku-rkukaudya.blogspot.com

tEtaPLaH diSiNi

tetaplah disini saudaraku... di jalan keimanan, di jalan keislaman, tetaplah bersama-sama meniti jalan ini sampai usai. kita semua mungkin telah letih... karena perjalanan ini amat panjang dan berliku, tapi, tetaplah disini dan jangan menjauh, yakinlah, kenikmatan yang kita reguk di jalan ini, jauh lebih banyak ketimbang yang dilakukan orang-orang yang lalai. keindahan yang kita alami disini, sangat lebih indah daripada keindahan yang kerap dibanggakan oleh mereka yang jauh di jalan ini. jangan berharap atau tertipu dengan fatamorgana kenikmatan, keindahan, kebahagiaan semua yang sering kita lihat dari orang-orang yang jauh dari tuntunan Allah swt. tetaplah disini..... *dikutip dari buku "Berjuang di Dunia Berharap Pertemuan di Surga" muhammad nursana tarbawi